Cara Berfikir Orang Berjaya
Teringat saya kepada sebuah kisah popular tentang keluarga seekor kura-kura. Suatu hari Mereka pergi ke taman untuk berkelah sekeluarga. Apabila si ibu mengeluarkan makanan, mereka dapati makanan yang terhidang itu kekurangan garam. Lalu salah seorang daripada anak mereka, diminta untuk pergi mendapatkan garam.
“Saya tidak mahu. Nanti semasa saya tiada, kalian akan habiskan semua makanan” kata si anak.
“Tidak. Mana mungkin. Kami akan tetap menunggu” jawab si ibu.
“Betul. Lagi pun tidak enak makan tanpa garam. Pergilah!” pinta si ayah.
“Adik janji, adik tak usik makanan itu sampai abang pulang!” ikrar si kecil.
Setelah puas dipujuk, akhirnya kura-kura itu bersetuju. Dengan hati yang berbelah bagi, beliau pergi mencari garam.
10 minit.
20 minit.
1 jam.
2 jam.
Kura-kura itu tidak pulang. Keluarganya sudah amat kelaparan. Mereka hairan mengapa sukar benar hendak mendapatkan garam. Dek rasa lapar yang bersangatan, akhirnya si bapa mencubit makanan yang terhidang, demikian juga si ibu dan adik kecilnya.
“Hah!!!” tiba-tiba kura-kura itu menyergah dari balik semak.
Mereka sekeluarga terkejut.
“Kan saya dah kata. Kalian tidak akan menunggu saya pulang. Kalian akan membelakangkan saya. Sudah berjam-jam saya memerhatikan kalian dari balik semak. Dan ternyata, sangkaan saya tepat!” tegas si kura-kura.
Oh, rupa-rupanya selama ini dia tidak pergi mencari garam. Dia hanya berpeluk tubuh di sebalik semak dan menunggu sahaja untuk apa yang difikirkannya terjadi. Dan ia benar-benar terjadi!
Perhatikanlah…
FIKIR, JADI
Berapa banyak kejadian dalam kehidupan ini, berpunca daripada apa yang kita fikirkan, tanpa kita sedar.
Kita bergaduh dengan isteri, kita sakiti hati dia, kita tidak berusaha mengambil hati sang isteri. Akhirnya isteri buat perangai, dan kita kata, “hah, tengok! Engkau memang tak boleh diharap!”
Tidakkah semuanya terjadi berdasarkan apa yang kita fikir? Kita mahu ia terjadi. Ia memilih tindakan-tindakan yang menjurus kepada terjadinya ia. Dan akhirnya, kita ‘berpura-pura’ terkejut apabila ia terjadi.
Kisah yang didengar dari Segmen Motivasi Pagi yang disampaikan oleh Abu Saif ...Sumber dari SINI
JOM KLIK
KISAH BERANI GAGAL PARA TOKOH DUNIA..Anda BERANI..????
Dendam Yang Terindah
Pesanan Buat Sang Suami dari Seorang SUAMI... :)
Hadiah Terbaik Dari Suami Untuk Isteri Tercinta..
Kalau Dahi Tak Mencecah Sejadah Dunia..
Mengatasi Masalah Anak-Anak Yang Nakal, Degil Dan Suka Melawan Cakap Ibu Bapa
Ulasan