Tip : Untuk Mudah Bangun Tahajud
Susahnya kita untuk bangun di sepertiga malam..Sedangkan itulah waktu yang sangat-sangat mustajab untuk mengadu, memohon keampunan Ilahi.. Bukan kah Allah itu akan turun di langit dunia pada ketika sepertiga malam yang terakhir..?
Itu antara tip yang boleh kita kongsikan bersama dalam usaha bangun untuk qiamullail..Semoga kita berjaya menempuh halangan dan bisikan-bisikan dari musuh-musuh yang tak kelihatan.
SUMBER: Diolah dari AL-Ustaz.
Untuk itu mari kita cuba Tip Untuk Mudah Bangun Tahajud.
1. Tidur awal
2. Niat untuk bangun TAHAJUD.
3. Pastikan tidur dalam keadaan suci (berwuduk) dan membaca doa yang disarankan oleh Nabi Muhammad SAW.Antaranya membaca 3 Qul (Al-Ikhklas,Al-Falaq dan An-Nas), Lalu ditiupkan ditapak tangan dan disapukan ke seluruh badan.Kemudian tidur dalam keadaan mengiring dengan rusuk kanan ke bawah.
4. Kunci jam loceng.Jangan letakkan jam berhampiran kerana dibimbangi tangan akan cepat menutup bunyi jam dan kita kembali menyambung tidur.
5. Sebaik-baiknya tidur sebentar waktu tengah hari sebelum masuk zuhur atau qailulah.InsyaAllah kita akan lebih selesa untuk bangun TAHAJUD.
Itu antara tip yang boleh kita kongsikan bersama dalam usaha bangun untuk qiamullail..Semoga kita berjaya menempuh halangan dan bisikan-bisikan dari musuh-musuh yang tak kelihatan.
SUMBER: Diolah dari AL-Ustaz.
Ulasan