Merawat Marah
Menurut Imam al-Ghazali, sikap marah ialah nyalaan api yang bersumber daripada api Allah SWT yang menyala dan menjulang tinggi sampai naik ke hati.
Setiap manusia mempunyai sifat marah..... dan sabar sebenarnya adalah perisai kepada sifat itu.
Sebenarnya sifat marah itu tidak menjadi kesalahan jika kena pada tempatnya dan dengan tujuan yang baik iaitu untuk menyedarkan orang yang melanggar perintah Allah SWT dan Rasul-Nya.
Tetapi yang sebaik-baiknya, elakkanlah dari berlaku perkara sedemikian, kerana marah boleh menimbulkan keburukan dan permusuhan, bukan saja kepada orang lain tetapi kepada diri sendiri.
Bagaimana kita boleh merawat perasaan marah..? Apabila datang kemarahan dalam diri ...,perkara yang harus kita lakukan adalah seperti berikut:- Baca ta'awuz.
Maksudnya: aku berlindung diri kepada Allah daripada syaitan yang direjam
- Mengubah posisi .
- Mengambil Wuduk.
- Banyakkan berzikir.
Islam menganjurkan kita supaya jangan bersifat marah. Mudah-mudahan dengan demikian umat Islam akan bersatu padu dan menjadi umat yang kuat dan berpegang teguh dengan ajaran Islam.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
Dan segeralah kamu kepada mengerjakan amalan-amalan yang baik untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan ingatlah, Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.
(ali-’Imran: 133-134)
SUMBER: Buku 'Menangani Sifat Marah'
Oleh Dato' Dr Hj.Mohd Fadzilah Kamsah
Ulasan
itulahkan, kita perlu cekalkan hati..dan banyak bersabar