Fakta tentang ibu anda !



Ibu..
pinjamkan aku sebentar hatimu...
agar ku tahu seberapa beratnya deritamu dalam mengasuhku..

1. Mengandung:
Selama 9 bulan ibu berpenat lelah dan dalam keadaan begitu lemah membawa kita ke mana sahaja ketika di dalam kandungan.

2. Melahirkan:
Ibu bertarung dengan nyawanya demi melahirkan kita ke dunia.

3. Mendidik Dari Kecil Hingga Besar:
Sewaktu kita lahir ke dunia, kita ibarat seperti kain putih. Dari tidak tahu apa-apa, kita menjadi seorang yang berilmu atas didikan ibu sehingga menjadi manusia yang berguna, beriman dan berjaya.

4. Berkorban Masa Dan Tenaga:
Masa yang dikorban oleh ibubapa kita sangat banyak. Antaranya masa bayi, siang malam kita dijaga dengan teliti. Malah mereka juga bekerja mencari rezeki untuk keluarga.

5. Sabar Dan Tabah:
Kerenah kita bermacam-macam. Kadang-kadang tanpa disedari, kita selalu menyakiti hati ibu kita, namun ibu kita tetap bersabar.

6. Melindungi:
Tidak kira apa yang berlaku, ibu dan ayah pasti melindungi kita. Tak percaya? Buktinya kita ada rumah yang selesa, makan minum yang cukup, pakaian yang sempurna dan kehidupan yang baik.

7. Pendengar Dan Penasihat:
Jika kita ada masalah, orang yang paling risau adalah ibu kita. Apabila kita luahkan rasa hati, ibu pasti memberikan nasihat yang sangat baik dan ibu akan mendengar masalah kita dengan penuh sabar dan teliti.



♥ ♥ ♥ AJAIBNYA IBU ♥ ♥ ♥

Ramai orang cakap masakan ibu sendiri adalah yang paling sedap , pendek kata memang tak boleh lawan la dengan ibu orang lain . sedangkan mungkin bagi orang lain masakan itu biasa-biasa sahaja ...

Tapi tahu tak kenapa anda sentiasa rasa masakan ibu anda yg paling sedap?
Sebab.. apabila seorang wanita itu memasak , dia memasak dengan sepenuh hati..
umpama kasih sayangnya diadun bersama rempah masakan tersebut...^_^

"Kenapa sedap sangat ni mak masak?"
Sebab ada kasih sayang seorang ibu dalam masakan tersebut...
Orang lain rasa tak sedap, sebab mereka tak dapat rasa kasih sayang tu ♥

Al-Fatihah Untuk Bonda ku...Insan yang kaya dengan sifat Kasih sayang.. ~ Hajjah Rahmah binti Mat ~

Ulasan

Unknown berkata…
memang takde yang boleh lawan masakan ibu saya ..
insan_marhaen berkata…
Sesedap mana pun masakan org lain tak mungkin dpt menandingi kelazatan resepi ibu sendiri...kerana berpuluh tahun kita dibesarkan dengan air tangan seorang ibu..

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...