Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2011

Kisah Yang Sangat Menyentuh Hati

Imej
Assalamualaikum..... Saya terbaca cerita seorang gadis kecil dari Mesir yang begitu tabah..Ketabahan dirinya merentasi usia kanak-kanaknya..Kisah ini cukup menyayat hati.Membuatkan hati keibuan saya begitu tersentuh... Saya ingin berkongsi kisah ini dengan sahabat-sahabat dan pembaca-pembaca yang singgah di sini. Ia mengisahkan tentang seorang kanak-kanak bernama Bara'a..

Adakah Kau Lupa II

Imej
Sesungguhnya Islam pernah menguasai 2 per 3 dunia ini.. Bangkitlah Pemuda pemudi Islam dari lena yang sekian lama...Bangun dari tidur yang panjang.. Didik diri agar jadi pejuang untuk Islam yang syumul...Ayuh bangkitlah ! Bangkitlah anak-anak, perkukuhkan diri untuk berjihad ke jalan ALLAH..

Tiga Tetamu Misteri

Imej
Seorang isteri tinggal di rumahnyaa bersendirian.Suami dan anaknya pergi bekerja di kebun berdekatan.Sedang sibuk dia menyediakan makanan tengah hari, datang tiga orang tetamu yang begitu tua memberi salam di hadapan rumahnya. Setelah menjawab salam, dia berkata, "Saya tidak dapat menjemput tuan-tuan masuk ke dalam rumah, kerana suami saya tiada.Sudikah tuan-tuan duduk dihalaman sementara menunggu suami saya pulang?"

Yang Aneh Tentang Usia Nabi-nabi

Imej
1. Adam Hidup paling lama iaitu 1000 tahun. Dikebumikan di India dan ada riwayat yang mengatakan dikebumikan di Baitul Maqdis. 2. Idris Hidup 865 Tahun 3. Nuh Hidup selama 950 tahun. Umurnya ini telah dipotong sebanyak 50 tahun daripada umur asal Nabi Nuh. 4. Hud 464 tahun. Dikebumikan di timur Hadramaut, Yaman. 5. Ibrahim Hidup selama 200 tahun. Telah dikebumikan di Palestin. 6. Ismail 137 tahun. Dikebumikan bersama ayahandanya Nabi Ibrahim. 7. Ishak 180 tahun. Juga dikebumikan bersama ayahanda Nabi Ibrahim. 8. Yusuf 110 tahun. Wafat di Mesir tetapi dikebumikan di Palesti atas permintaannya. 9.Sulaiman Hidup selama 52 tahun. Mewarisi krajaan daripada ayahnya semasa berumur 12 tahun dan kerajaan baginda kekal selama 40 tahun. 10. Zakaria 150 tahun. Baginda mendapat zuriat walau uban sudah memenuhi kepala dan isteri baginda tidak dapat memberikan zuriat. 11. Yahya Diriwayatkan lahir pada tahun yang sama dengan Isa. 12. Isa Nabi yang paling singkat usianya di bumi ini. Hidup selama 33 ta...

Darah..

Imej
Darah dikategorikan najis dan wajib dibersihkan bagi tuntutan solat. Sekiranya darah tersebut banyak, ia boleh membatalkan solat. Lelehan dari pecahan jerawat itu tidak najis dan tidak batal sembahyang. membersihkan terlebih dahulu sebelum memulakan solat dan hendaklah ditampalkan tempat tersebut supaya darah jerawat tersebut tidak meleleh keluar. Jerawat bukan najis dan tidak membatalkan air sembahyang..

Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W. – 27 Rejab

Imej
Gambar sekadar hiasan Bismillahhirrahmanirrahim... Alhamdulillah , hari ini kita masih diberi peluang untuk berada di atas muka bumi bagi mengenang kembali peristiwa dan sejarah penting dalam Islam.Peristiwa israk mikraj telah berlaku pada tanggal 27 Rejab yang membawa kepada suruhan penting, di mana Allah telah mewajibkan solat 5 waktu sehari semalam ke atas umat Nabi Muhammad saw. Sebelum membaca dengan lebih lanjut mari kita lihat pengertian Israk Mikraj. Kita sering di sogokkan di akhbar-akhbar utama tentang rupa masjid Al Aqsa, makanya di sini dengan rasa tanggungjawab ini lah gambar sebenar masjid Al Aqsa (kubahnya berwarna biru). Zionis menggunakan kubah emas (kubah As Sakhra) untuk mengaburi umat Islam tentang usaha mereka meruntuhkan masjid Al Aqsa. Wallahualam

Pokok Misteri di India

Imej
Sebatang pokok besar yang terdapat di Negara India Perhatikan pokok besar di atas. Jika dilihat sekilas pandang ia tiada bezanya dengan pokok-pokok lain yang mungkin ada di sekeliling kita...Pokok besar ini terdapat di Nalgonda, Andra Pradesh, India.Apa yang peliknya tentang pokok ini?????? Mari kita zoom sama-sama....

Asal Usul Kejadian Api di Dunia

Imej
G ambar sekadar hiasan Bagaimanakah asal kejadian api di dunia???? Diriwayatkan Rasulullah pernah menceritakan tentang asalnya kejadian api di dunia.Ketika Adam dicampakkan ke dunia, maka ALLAH swt telah memerintahkan malaikat Jibril as supaya mengambil sedikit api dari neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan Nabi Adam.Jibril diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada Malaikat penjaga api neraka iaitu Malaikat Zabaniah.Inilah antara dialog mereka berdua.

Kalimah ALLAH di mana-mana....

Imej
Subhanallah..... ALLAH telah memperlihatkan KEBESARAN-NYA di serata alam.Penciptaan-Nya, baik di langit mahu pun di bumi adalah bukti dan tanda-tanda kebesaran-Nya bagi kita YANG MAHU BERFIKIR ...Begitu juga kalimah nama ALLAH yang AGUNG itu terzahir di mana-mana sahaja...

Etika melawak dan bergelak ketawa.

Imej
Islam tidak melarang untuk kita berseronok dengan melawak dan bergelak ketawa. Lihatla bagaimana kisah Rasulullah bergurau dengan seorang wanita tua. Wanita itu berkata kpd baginda “Doalah kepada Allah supaya Dia memasukkan aku ke dalam syurga.” Baginda menjawab “Wahai ibu, sesungguhnya orang tua tidak masuk ke dalam syurga.” Perempuan itu balik dan menangis. Baginda saw bersabda:

BERSIH....BERSIH....BERSIH....Kami mahu Segalanya Bersih

Imej
Perhimpunan BERSIH adalah pertubuhan NGO yang menjadi peneraju transformasi ke arah demokrasi yang lebih baik. Kalau demokrasi telah dicabul, demi untuk memastikan keputusan undi dapat dimanipulasi agar berpihak kepada parti yang memerintah, bagaimana mungkin parti pemerintah akan boleh dikalahkan melalui piliharaya? Tidak dapat dinafikan dalam keghairahan parti politik yang memerintah untuk terus mengekalkan kuasa, dengan sengaja atau tanpa mereka sedari, telah mencabul beberapa prinsip asas demokrasi supaya kemenangan dalam pilihanraya sentiasa berpihak kepada mereka. Perhimpunan BERSIH yang sedang hangat diperkatakan, bakal diadakan pada 9 Julai 2011 (Sabtu) jam 2.00 petang telah menyenaraikan 8 tuntutan kepada parti yang memerintah Malaysia (BN), sebagai langkah untuk memurnikan demokrasi di negara ini. Apa tuntutan BERSIH ? Ada 8 perkara : BERSIHKAN SENARAI UNDI MENREFORMASI UNDI POS GUNA DAKWAT KEKAL MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN A...

Ni Ada DOA nak ELAK DI ROGOL DAN CABUL

Imej
Sebelum anda membaca dengan lebih lanjut.. nak maklumkan ... di akhir artikel ini telah disediakan beberapa FAKTA kes culik dan bunuh... untuk kita renung2kan dan ambil iktibar.. ~ ♥ ~ . ~ ♥ ~ . ~ ♥ ~ . ~ ♥ ~ . ~ ♥ ~ Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita sama ada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan. Maka di sini, selain doa dari hadis sahih pelindung setiap kali keluar rumah.Iaitu :-

WAHAI MUSLIMIN...BERSEGERALAH MENGHADIRI SOLAT JUMAAT..

Imej
Alhamdulillah... Kita masih diberi ruang waktu dan peluang untuk bertemu dengan PENGHULU segala hari , JUMAAT yang penuh keberkatan ini.. Pada Hari Jumaat inilah kaum Muslimin mengatur langkah menuju ke masjid-masjid untuk berjemaah Solat Jumaat.. Sebenarnya......., Terdapat ganjaran yang berbeza bagi orang-orang yang bersegera ke masjid pada HARI JUMAAT. Berdasarkan hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah r.a daripada Rasulullah saw, yang diringkaskan seperti berikut: Orang yang masuk ke masjid di awal waktu seolah-olah berkorban seekor unta..... Org yang masuk masjid pd waktu kedua , seperti berkorban seekor lembu, Org yang masuk masjid di waktu ketiga , seperti berkorban seekor kibas atau kambing. Org yang masuk masjid di waktu ke empat' seperti berkorban seekor ayam . Dan akhir sekali org yg masuk masjid di waktu terakhir, (ketika khatib berkhutbah).... maka orang itu seperti berkorban sebiji telur !... ...

Keluarga Bahagia..

Imej
Kita Bagaimana...???? Kasih sayang ibu..sesungguhnya anak itu penyejuk mata.... Anak mithali itu penyejuk mata ayahanda bonda.Sejuk mata memandang perilakunya,sejuk lagi perut ibu yang pernah mengandungkannya...sejuk juga hati ayah yang banyak berkorban untuknya. Sabda Rasullullah saw yang bermaksud..."Berbuat baiklah kamu kepada kedua-dua ibu bapa kamu, nescaya anak-anak kamu akan berbuat baik kepada kamu"...( Riwayat Al-Tabarani) "Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepadaku dan kedua-dua ibu bapaku dan sekelian orang Mukmin pada hari berlakunya hisab (hari kiamat) ." (Surah Ibrahim 14:41)

Belajar Berenang

Imej
Telah tamat sepuluh buku mengenai renang dibacanya.Dia sudah mengetahui pelbagai cara berenang.Daripada kuak dada, kuak kupu-kupu sehinggalah berenang dengan gaya bebas. Namu satu perkara yang menjadi kemuskilannya, dia masih tidak pandai berenang. "Kau perlu ada guru.Jangan hanya membaca daripada buku," nasihat seorang temannya. "Baiklah, mulai esok aku akan berguru." "Mula-mula apungkan diri,"kata guru yang mengajarnya.

Cerita Si Tukang Kayu.. Kerja Biar Ikhlas...

Imej
Suatu ketika ada seorang tukang kayu yang sangat berdedikasi.... Ketekunan dan dedikasinya beliau bekerja telah menghasilkan banyak reka bentuk rumah yang cantik dan sangat indah...Setelah bertahun-tahun bekerja.... Suatu hari timbul keinginan beliau untuk berehat dan berhenti dari menjadi tukang kayu... Hasrat hati Si Tukang kayu untuk 'pencen' itu telah disampaikan kepada majikannya.Mendengarkan itu, majikan beliau merasa sedih dek kerana akan kehilangan seorang pekerja yang sangat rajin dan tekun dalam bekerja...

Meneladani Asma' binti Abu Bakar r.ha.

Imej
Bismillahhirrahmanirrahim..... Salam ukhuwah berbalut wangian kasih mesra buat sahabat-sahabat yang sudi mengintai sejenak teratak saya untuk membaca sekilas entri yang ada terselit di sini....Ralit menelaah artikel yang padat dalam Solusi, hati tertarik dengan nukilan Ustaz Ahmad Husni Abdul Rahman...Mengenali Ustaz Husni sewaktu menunaikan haji lewat tahun 2010..Bertugas sebagai salah seorang ustaz pembimbing dalam rombongan kami...Seorang yang agak lucu sewaktu menyampaikan kuliah dan ceramah kepada kami.. Terdetik hati untuk berkongsi apa yang dibaca hasil penulisan beliau.Andai Ustaz Husni 'tersesat' ke teratak saya dan terbaca bahan yang saya 'pinjam' dari ideanya, harap-harap beliau tidak kisah...

Politik Islam : Belajar Dari Dua Umar

Imej
Kenyangkan Perut Rakyat Umar memerintahkan kedua-dua utusan Utbah bin Furqad (gabenor Azerbaijan) supaya membawa kembali ( habish ) makanan ke negerinya sambil menulis surat kepada gabenor. “ .......... makanan semanis dan selazat ini bukan dibuat daripada wang ayah dan ibumu. Kenyangkan perut rakyatmu dengan makanan ini sebelum engkau mengenyangkan perutmu.” Kisah ini memberikan pengajaran yang teramat berharga bagi umat Islam, khususnya pemimpin. Pemimpin harus memikirkan rakyat sebelum dirinya sendiri. Umar pernah menyatakan “Aku orang pertama yang merasa lapar kalau rakyat kelaparan dan orang terakhir yang merasa kenyang kalau mereka kenyang.”

Cerita Tentang Ayah

Imej
Suatu ketika, ada seorang anak gadis yang bertanya kepada Ayahnya, tatkala tanpa sengaja dia melihat Ayahnya sedang mengusap wajahnya yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbungkuk-bungkuk, disertai suara batuk-batuknya. Anak gadis itu bertanya pada ayahnya : “Ayah, mengapa wajah Ayah kian berkerut-merut dengan badan Ayah yang kian hari kian terbungkuk ?” Demikian pertanyaannya, ketika Ayahnya sedang santai di beranda. Ayahnya menjawab : “Sebab aku laki-laki.” Itulah jawaban Ayahnya. Anak gadis itu bergumam : “Aku tidak mengerti.” Dengan dahi yang berkerut karena jawaban Ayahnya membuatnya tercenung rasa penasaran. Ayahnya hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anak gadis itu, dan menepuk-nepuk bahunya, kemudian Ayahnya mengatakan : “Anakku, kamu memang belum mengerti tentang laki-laki.” Demikian bisik Ayahnya, yang membuat anak gadis itu tambah kebingungan...

Selamat Hari Bapa 'Zauj'ku..

Imej
Zauj ku yang dikasihi ...

Bingkisan Untuk Abah

Imej
Sempena Hari Bapa yang jatuh pada tanggal 19 Jun 2011, sedetik saya ingin mengenang insan yang menghadirkan saya ke dunia yang fana ini.. Sesungguhnya rindu saya padanya tak pernah padam buat seseorang yang saya panggil Abah. Abah... Mengenang abah dalam watak lelaki yang begitu tegas..Abah juga menjadi tempat rujukan penduduk setempat dan dihormati....Abah jadi tempat jiran-jiran minta pandangan dan nasihat.Abah memang selalu tolong orang...Sebab tu rezeki abah murah..Rumah kami pula selalu didatangi orang jauh dan dekat..Adakalanya yang datang tu kami tak kenal pun.. ...Kadang-kadang orang datang minta abah tolong buatkan solat hajat, kadang-kadang minta tolong tawarkan air untuk anak demam atau apa-apa saja....Tapi abah bukan bomoh...Abah pernah pergi Haji.., jadi bila ada jiran yang hendak ke Makkah mereka akan datang belajar dengan abah...Abah juga ajar budak-budak mengaji ...

BULAN REJAB

Imej
Syukur kehadrat Ilahi kerana Dia masih memberi peluang kepada saya untuk bertemu kembali dengan Rejab pada 1432 Hijrah kali ini.Bulan REJAB antara bulan Islam yang patut umat Islam muliakan. Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. Sabda Nabi s.a.w. lagi : Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku...

Sedikit Ujian Selepas Kesenangan yang Banyak..Syukur Ya Aziz..

Imej
Sepanjang minggu ini sistem badan kami anak beranak masih lagi belum stabil dengan suasana di sini...Putera sulong saya, Along telah dua hari demam dan muntah-muntah..Alhamdulillah..kerana semasa di tanah suci Allah beri kami kesihatan yang baik...Tak mengapalah demam setelah balik dari mengerjakan umrah..Telah banyak Allah beri kemudahan dan kesenangan kepada kami sewaktu di sana, jadi redhalah dengan ujian yang sedikit di bumi sendiri...Alhamdulillah juga Ainul Mardhiah puteri saya sihat sepanjang di sana dan pulang ke tanah air... Waktu tidur masih lagi tidak menentu...Pukul 12 tengah malam waktu Malaysia mata masing-masing cerah...Yang susah hatinya berada di tempat kerja, bila waktu tengah hari kelopak mata saya bagaikan melekat tak boleh dibuka...Along dan Ain seminggu ni memang tak jejak kaki ke sekolah.... Harap-harap kedatangan minggu baru nanti, Along kembali segar dan anak-anak saya akan bertemu semula dengan sekolah, guru-guru dan rakan-rakan mereka....Saya juga akan ke...

Manusia Aneh

Imej
Kejadian dan ciptaan Tuhan itu sememangnya sudah cukup sempurna dan indah.... Namun begitu ada di kalangan hambanya yang gemar mengubah kejadian Allah...apakah mereka cuba melawan takdir..????? Lihat antara manusia-manusia aneh dan pelik di bawah ini...Kekadang mereka kelihatan menakutkan pada pandangan mata kita. Etienne Dumont - manusia berwajah tengkorak. .

Makhluk Tuhan Yang COMEL..

Imej
Geram sungguh Ya ALLAH, ketika menatap wajah-wajah comel di bawah ini... Haiwan yang menjadi kesayangan kekasih ALLAH...., Nabi Muhammad saw..

Senamam Muka

Imej
Tugasan 1 Tugasan 2

Selamat Ulang Tahun Along..

Imej
Along... . Alhamdulillah, maka hari ini genablah usiamu yang ke 11 tahun.. Setelah tiga hari pulang dari menjadi tetamu yang Maha Agung kita masih di beri ruang untuk bernafas menyambut ulang tahun kelahiran Along..

MARI KITA LIHAT SENARAI TUGAS-TUGAS SYAITAN LAKNATULLAH

Imej
IBLIS dan syaitan adalah musuh nyata manusia. Kedua-duanya termasuk kaum jin yang dijadikan daripada api sangat panas dan tergolong dalam spesies makhluk ghaib, iaitu tidak kelihatan dengan mata kasar manusia biasa, kecuali apabila ia menjelma dalam bentuk tertentu. Syaitan dan iblis mempunyai empayar kerajaan yang besar, malah ada pihak mendakwa nisbah seorang manusia 99 jin, manakala satu jin 99 malaikat, menunjukkan banyaknya makhluk terbabit yang mempunyai tugas masing-masing. Antara tugas syaitan ialah:

7 Rombongan Iblis LAKNATULLAH!

Imej
Godaan syaitan mempunyai tahap-tahap tertentu. Lebih kuat iman seseorang maka lebih hebat dan tinggilah pangkat syaitan yang datang menggoda. Waktu yang paling dahsyat adalah sewaktu sakaratul maut. Ketika ini syaitan tidak lagi datang untuk menggoda kita untuk membuat maksiat. Tetapi matlamatnya lebih hebat. Impiannya lebih tinggi daripada gunung Fuji malah mengalahkan gunung Everest. Mungkin juga lebih tinggi daripada langit. Tujuan syaitan kali ini adalah untuk menukar akidah kita. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Ya Allah, aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan ketika saat maut." Iblis yang ditugaskan untuk mengganggu manusia ketika Sakaratul Maut disusun menjadi 7 golongan....