Siapa Pahala Sebanyak Bintang di Langit..?
Suatu malam Baginda Rasulullah s.a.w. dan isterinya Sayidatina Aisyah r.ha. berdiri di depan rumahnya sambil memandang keindahan langit ciptaan Allah s.w.t. Sayidatina Aisyah r.ha. bertanya kepada Rasulullah s.a.w.,
"Ya Rasulullah s.a.w., pahala siapakah sebanyak bintang-bintang di langit itu?".
Di dalam hatinya sayidatina Aisyah r.ha. menebak pahala sebanyak ini pasti pahala ayahandanya.
"Pahala sebanyak ini adalah pahala sahabatku Umar (r.a.)", jawab Rasulullah s.a.w.. Sayidatina Aisyah r.ha. terkejut, lalu ia bertanya,
"Ya Rasulullah s.a.w. bagaimana dengan bapaku?".
Rasulullah s.a.w. tersenyum kepada isterinya sambil Rasulullah s.a.w. berkata,
"ketahuilah isteriku, satu hari penghijrahan Abubakar (r.a.) bersamaku pahalanya lebih banyak dari pahala Umar (r.a.) dan keluarganya sampai hari kiamat".
Sebanyak-banyak pahala Umar...banyak lagi pahala Abu Bakar...
Pahala aku bagaimana pula...? Usah sebanyak bintang dilangit, sebanyak butiran2 sepiring kecil garam kasar pun belum tentu..Allah hurobbi...!
Gambaran Rumah Rasulullah saw..
Ulasan
mari kita sama2 perbanyakkan pahala..insyaAllah.. :)
Cerita2 tentang nabi kita memang sentiasa meinggalkan kesan di hati bagi sesiapa yang mahu berfikir.