Anak Ikan Yang Degil




Salam singgah ke blog ummuainries ye.... Hari ni nak selitkan satu cerita yang pernah
dikisahkan oleh Datuk Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man di salah satu kuliah mingguannya di suatu ketika... Perumpamaan tentang mereka yang tidak mahu menerima kata2 ULAMA..
Bacaan buat mereka yang mahu berfikir..Silakan lah.....

Suatu hari seekor ikan yang lebih tua telah memberi nasihat kepada anak ikan. Ikan tua tersebut berkata,

"...Jika engkau terjumpa dengan benda yang yg panjang dan bergerak-gerak Janganlah engkau menghampiri dan memakannya . Kelak engkau akan terjebak dan akan ditangkap oleh manusia. Manusia tersebut akan menyiang engkau hidup-hidup. Sisik engkau akan dibuang dengan ganas. Kemudian badan engkau akan dikelar-kelar dan dipotong-potong. Setelah dimasukkan ke dalam serbuk kunyit, engkau akan digoreng di dalam minyak panas yang menggelegak".


Anak ikan itu hanya tersenyum mendengar nasihat ikan tua tersebut. Kemudian dia terus berenang-renang sambil menikmati keindahan dasar laut…Sedang anak ikan berenang-renang, tiba-tiba beliau ternampak sesuatu benda jatuh ke dalam air. Rupa-rupanya benda tersebut ialah sebentuk mata kail yang berumpankan seekor cacing. Tiba-tiba saja anak ikan tersebut terasa lapar melihat cacing yang melentuk liukkan badannya itu...Dia ingin mendapatkan umpan cacing tersebut. Tanpa berlengah anak ikan terus menyambar umpan tersebut.

Apabila menelan sahaja umpan tersebut, anak ikan terasa ada mata kail tersangkut di dalam mulutnya. Anak ikan cuba untuk mencabut mata kail itu. Dalam masa ia sedang terkial-kial , anak ikan merasakan badannya melayang disentak naik dari dalam air. Menggelupurlah anak ikan tersebut di atas darat.

Semasa masih nyawa-nyawa ikan, ia mula merasakan dirinya disiang-siang dan dikelar hidup-hidup. Ketika itu timbul penyesalan di hatinya kerana tidak mendengar nasihat daripada ikan tua tersebut. Sisik anak ikan tersebut dibuang, kemudian dimasukkan serbuk kunyit hinggalah akhirnya ia dimasukkan ke dalam kuali untuk digoreng.

Kesimpulan :
Kita manusia selalu dinasihatkan oleh para alim ulama supaya berbuat kebaikan dan menjauhi kemungkaran. Kita diberitahu mengenai seksaan Allah yang akan menimpa hambanya yang ingkar. Tetapi adakah kita mengambil iktibar atau teladan? Adakah kita hanya mulai sedar apabila tubuh kita kaku di dalam kubur? Hanya selepas itu baru kita mahu mengakui akan kebenaran ajaran yang disampaikan oleh para alim ulama?



"SAAT AKU MENYAMPAIKAN SUATU KEBAIKAN KEPADAMU, BUKANNYA AKU HENDAK MEMBERIKAN NASIHAT AKAN KEKURANGANMU SAHABAT..TAPI AKU SEKADAR MENJADIKAN DIRIMU SEBAGAI PERANTARA, AGAR NASIHAT ITU SAMPAI KEPADA DIRIKU."MENGARAHKAN WAJAH KE CERMIN, BUKAN BERERTI MENCARI-CARI KEKURANGAN CERMIN, NAMUN HAKIKATNYA ADALAH MENCARI KEKURANGAN DIRI UNTUK DIPERBETULKAN AGAR LEBIH BAIK, DENGAN "perantaraan cermin"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...