Ativiti Waktu Cuti: BerFamily Day
2 Jun tempohari saya telah berfamily day bersama adik beradik ipar dan biras-biras di kampung encik zauj... Family Day ini julung-julung kalinya dicadangkan encik zauj, dirancang dan diadakan bersama adik beradik ipar dan biras2...
Aktiviti kami pada malam itu, berBBQ ayam, sedikit ikan dan sotong... sewaktu mula mahu membakar ayam, ada tanda2 air dari langit akan tumpah..sesekali cahaya kilat memancar menerangi malam yang agak gelap... Isyarat yang diberi memang tidak mungkir, tak berapa lama, hujan turun begitu lebat... pemanggang elektrik segera dipindahkan ke dalam rumah... manakala pemanggang yang menggunakan arang diletak di muka pintu... Jadi terpaksa pulalah biras2 saya membakar ayam sambil berpayung.
.. Yang tak tahannya asap memenuhi rumah ..
Apa pun segala yang dirancangkan tetap diteruskan...
Membakar sambil berpayung..hehe..
Adik2 dan kakak ipar~ Noji, Aini dan Kak Nora
sedang merasa ayam yang telah siap dibakar dalam kepulan asap yang menebal... lazat3x...hiiiiii..
Ibu mertua yang dikasihi bersama adik ipar perempuan bongsu Lina
(masih lagi suasana pengantin baru) dan anak saudara ,Wani begitu sabar menunggu ayam bakar...weeeeee
(padahal dah berketul2 makan) kan..Linakan..hehhe..

Semoga hubungan persaudaraan semakin erat bila sesekali berhimpun dalam suasana begini...
Keesokan harinya beberapa keluarga ipar akan ke
Gambang Water Park..
Keesokan harinya beberapa keluarga ipar akan ke
Gambang Water Park..
Dan saya pula akan berlibur di Air Terjun Chamang Bentong bersama kakak2 dan adik saya untuk mandi-manda di sana.. Kami ni memang 'hantu' sungai...
Ulasan