Trade In Barang Kemas..'Bagaimana Cara Yang Betul Mengikut Islam'


Assalamualaikum..

Wanita...Emas..Wanita...Emas...Wanita...Emas..Wanita...Emas...
Apahal pulak ni...Wanita...Emas..Wanita...Emas...
Sebenarnye nak bagi tahu....Orang perempuan dengan barang kemas ibarat 'lagu dan irama', bagai 'ombak dan pantai', seperti 'our dengan tebing' ... Begitulah rapatnya kedua 'makhluk' ini .. Walau ada juga dikalangan mereka yang tidak begitu obses tetapi kebanyakan mereka memang sangat obses dengan barang kemas yang melibatkan emas..

Kadang-kadang bila jemu dengan design lama pergi kedai emas tukar yang baru..betulkan..? Biasanya kita guna istilah Trade In... Untuk barang kemas yang bersumberkan emas kita tak boleh Trade In sesuka hati sahaja.. Ada caranya...
SESEORANG YANG INGIN MELAKUKAN 'TRADE IN'. MENJUAL TERLEBIH DULU KEPADA PEKEDAI EMAS ITU, LALU IA MESTILAH MENGAMBIL DUIT HARGA RANTAI LAMA ITU, CTH HARGA SEUTAS RANTAI EMAS LAMA KITA RM 2000 DAN BERATNYA 200 GRAM, APABILA KITA INGIN TRADE IN DENGAN RANTAI BERHARGA RM2500, MAKA KITA MESTI JUAL DULU, LEPAS KITA PEGANG DUIT RM2000, BARULAH KITA PILIH RANTAI BARU DAN KEMUDIAN TAMBAH DGN RM 500, KEMUDIAN PEMBELI MEMBAYAR KEPADA PEKEDAI LALU MENGAMBIL RANTAI BARU ITU.

Kemungkinan jika transaksi seumpama ini di buat di Malaysia, ia akan kelihatan pelik. Bagaimanapun itulah cara yang selamat dari Riba.

~Ust Zaharuddin Abd Rahman~

Ada tak yang trade in emas ikut cara macam UZAR jelaskan di atas...?
Jujur cakap , dulu-dulu kalau tukar emas lama kepada yang baru saya terus je tambah duit..Tak pernah ambil dan pegang nilai duit emas lama yang dah dijual tu...Moga Allah ampunkan diri saya yang KEJAHILAN waktu itu.. Tak tahu..., nak buat macam mana..Benda pun dah lama berlalu.. Istighfar banyak2 mohon ampun...Jadi bila dah tahu jangan buatlah... Sebab tu saya kongsikan di sini dengan kawan-kawan supaya kalian tidak silap seperti saya dahulu...

Seperkara lagi Membeli Emas secara ansuran...Saya pernah membaca tentang ini... HARAM membeli emas dengan bayaran ansuran... Perlu dibayar secara tunai dan di akad di dalam kedai atau tempat kita membeli emas tersebut..

Pernah tanya Ustaz ,guru mengaji Kaedah Al BAGDADI saya...Katanya kebanyakan atau majoriti pendapat mengatakan HARAM, Walau ada juga pendapat minoriti yang membolehkannya atas alasan yang diberi... Tetapi katanya dalam pilihanraya kita ikut majoriti... Siapa majoriti dia lah menang...(bukan politik sekadar perumpamaan). Begitu juga dalam hal ini..
Alhamdulillah..untuk isu yang kedua itu.., saya tak pernah membeli emas secara ansuran...
Bagi sesiapa yang ingi penjelasan lanjut boleh klik SINI...untuk lebih pencerahan..
Dari Aabu Hurairahr.a pula dari Nabi s.a.w, sabdanya,
"Binasalah yakni celakalah orang yang menjadi hambanya dinar-emas dan dirham-perak, beludru sutera serta pakaian.Jikalau ia diberi itu relalah hatinya dan jikalau tidak diberi, maka tidaklah rela-maksudnya ialah amat sangat tamak.
(Riwayat Bukhari)
.....Berpesan-pesan untuk kebaikan bersama....

Jom Klik

Bersikatlah Dengan Cara Yang Betul
Terkenang-Kenang
Semangat Membara Untuk Menyentuh Baitullah..
Kata Orang
SIRAH : DETIK-DETIK KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W.
Hargailah isteri anda.....

Ulasan

Unknown berkata…
tq berkongsi info sgt penting ini...
Mommy_ima berkata…
Ooo...nasib baik baca ni. Baru ingat nak trade in earing Aleesya (tinggal seblah, sbb seblah lg tercicir x jumpa..) so, kena beli sepasang yg baru.. :p
tq c'jai.. :)
mamawana berkata…
Assalamualaikum,

Apa kabar? Salam senyum... :-)
Tanpa Nama berkata…
thanks share info nie..bnyak manfaatnya..
insan_marhaen berkata…
mudah2an info ni akan memberi seribu manfaat buat kita..terima kasih pada UZAR...

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...