Tahu Tak Nama-Nama Neraka...???

Assalamualaikum...
Semalam berkesempatan untuk ke kuliah mingguan Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man... Beginilah saya, dalam cuba memenuhi tuntutan ROHANI,...ada ketika berkesempatan, dan banyak dari ketika-ketika itu yang tercicir..Allahurobbi...! Mengejar keduniaan memang tak akan cukup masa yang diperuntukkan ... Sesekali mencuri masa dalam keadaan fizikal yang agak letih dek kerana tugas, itu tak mengapa.... Apalah dikira letihnya badan jika dibandingkan dengan nilai ilmu yang akan diperolehi...

Cerita Ustaz tentang azab di neraka...Ya Allah...mendengarnya pun sudah tak tertanggung rasanya... Setelah selesai dihisab nanti manusia akan dimasukkan sama ada ke syurga atau neraka mengikut amalan masing-masing.Kemudian Jibril akan terbang di atas neraka sambil itu kedengaran rintihan ahli-ahli neraka yang di azab...Untuk menghabiskan perjalanannya itu memakan masa 400 ribu tahun akhirat... Bayangkan betapa luasnya Neraka Allah....

Api yang membakar sekecil ini pun kita sudah tak mampu menahan kepanasannya..

Nama – Nama Neraka

Al-Quran mengemukakan dengan jelas bahawa neraka itu mempunyai nama – nama yang sendiri. Ia mempunyai lapan nama iaitu:

Neraka Jahanam
Hadis: Sesungguhnya neraka Jahanam itu hitam gelap,tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala.Ia memiliki tujuh pintu dan pada setiap pintu itu ada 70,000 gunung
setiap gunung itu pula ada 70,000 lereng dari api dan setiap lereng itu ada 70,000 belahan tanah yang membabitkan api,

pada setiap belahannya pula ada 70,000 lembah daripada api.
Dikisahkan dalam hadis itu juga, di setiap lembah berkenaan ada 70,000 gudang daripada api danpada setiap gudang itu pula ada 70,000 kamar daripada api.Pada setiap kamar itu pula ada 70,000 ular dan 70,000 kala jengking.Setiap kala jengking itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala jengking itu ia mempunyai 70,000 bisa. ~SUMBER

Bukankah dalam neraka jahanam itu ada tempat bagi orang-orang kafir? (al-ankabut:68)

Dan kami akan menghalau orang-orang yang derhaka ke neraka Jahanam dalam keadaan dahaga (Maryam:86)

Katakanlah api neraka Jahanam itu lebih panasnya (At Taubah: 81)

Pada hari mereka didorong ke neraka Jahanam dengan sebenar-benarnya (At Thur:13)

Sesungguhnya barang siapa datang kepada Tuhannya dalam keadaan dosa, maka neraka Jahanam baginya. (Tahaa:74)

Dan kami masukkan dia ke dalam Jahanam dan Jahanam itu seburuk-buruk tempat kembali (An Nisa: 115)

Neraka Jahim

Nama neraka yang kedua ialah Jahim juga banyak disebut dalam ayat-ayat al-Quran. Di antaranya ialah firman Allah swt:

Dan Allah memelihara mereka daripada azab neraka (Al-Dukhan: 56)

Nescaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahim (At Takathur:6)

Neraka Hawiyah

Allah swt telah menyebut dalam ayat al-Quran surah al-Qariah:

Dan orang-orang yang ringan timbangan kebaikannya, maka tempat kembalinya ialah neraka Hawiyah dan tahukah kamu apakah neraka Hawiyah itu? Iaitu api yang sangat panas (al-Qariah:8-11)

Neraka Wail

Firman Allah swt mengenainya:

Dan kecelakaan (wail) bagi orang-orang kafir kerana seksaan yang sangat pedih (Ibrahim: 2)

Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat, Yang mereka itu lalai dari solatnya. (Al-Ma’un:4-5)

Lalu beberapa golongan berselisihan faham sesama mereka akan malanglah orang-orang yang tidak mempercayai akan menemui hari yang dasyat (Maryam: 37)

Masih banyak ayat-ayat al-Quran menyebut mengenai sebab jelas orang yang masuk neraka Wail ialah orang yang celaka, bahkan celaka secelakanya.

Neraka Sa’ir

Nama Neraka yang kelima ini banyak disebutkan dalam al-Quran. Di antaranya sebagaimana firman Allah:

Dan kami sediakan bagi mereka neraka yang menyala-nyala (Al-Mulk: 5)

Sesungguhnya syaitan itu ialah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuhmu kerana syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala (Fathir: 6)

Sesungguhnya Allah melaknat orang-orang kafir dan menyediakan bagi mereka api yang menyala-nyala yakni neraka (al-Ahzab:64)

Dan barang siapa yang tidak beriman kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya Kami menyediakan untuk orang-orang lafir neraka yang menyala-nyala. (Al-Fath:13)

Neraka Ladha

Sebagaimana firman Allah swt:

Sesekali tidak dapat. Sesungguhnya neraka itu ialah api yang bergelojak, yang mengelupas kulit kepala (Al-Ma’arij:15-16)

Neraka Saqar

Sebagaimana disebut dalam al-Quran:

Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar (neraka)? Mereka menjawab, kami dulu tidak termasuk orang yang mengerjakan solat (Al-Muddathir;42-43)

Neraka Khutomah

Firman Allah swt:

Dan tahukah kamu apakah khutomah itu? Iaitu api yang disediakan Allah yang dinyalakan, yang naik sampai ke hati (Al-Humazah 5-6) ~ SUMBER

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Alhamdulilah rajin akak g kelas agama..api yang biasa pon dah takut,nie kan api neraka..berkali2 ganda panasnya..tak terbyang azabnya,ya Allah..moga kita dilindungi Allah drp azab api neraka..insyallah..amin..
Mommy_ima berkata…
Ya Allah...api yg kecil pun kita tak boleh tahan kan.. Jauhi la dari api neraka..tak terbayang betapa seksanya api neraka tu.
insan_marhaen berkata…
@TF..kat sini setiap hari selasa ada kuliah untuk kaum muslimat...
insan_marhaen berkata…
@Mummy GreenyHouse...betul tu...kalau dengar cerita tentang neraka...insaf akan diri....

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...