Sedar Tak Sedar 13 Tahun Telah Berlalu...


Alhamdulillah... Tahun ini pada hari ini genab 13 tahun saya dan encik zauj melayari bahtera rumahtangga bersama-sama.. Along sudah pun meniti usia 12 tahun dan Ain memasuki usia 7 tahun..

zaujku...
Sepanjang 13 tahun bersama banyak suka duka, pahit manis yang telah kita lalui dan harungi.... Kesedihan saya, kesedihan abang..Kegembiraan abang kegembiraan saya ...Terima kasih abang kerana sepanjang tempoh itu abang sering meminjamkan bahu dikala saya berduka..Semoga Allah merahmati dan sentiasa memberi keberkatan kepada Baitul Muslim milik kita..

zaujku..
Inilah yang diharapkan dengan ikatan pernikahan kita 13 tahun lalu..
Sesunggunya perkahwinan itu bersifat melengkapkan antara satu sama lain..
keberadaan yang lain untuk menampung kekurangan yang lain..
sama-sama membetulkan..
sama-sama menegur...
sama-sama menasihati...
sama-sama muhasabah diri...
dan menerima pasangan masing-masing seadanya..
Gurau senda , tawa bahagia, marah dan rajuk menghiasi rumah tangga ...
Adat lah sedangkan lidah yang erat dengan gigi, sesekali akan digigit oleh sang gigi...

Banyak lagi kekurangan saya sebagai isteri..Untuk menjadi isteri SOLEHAH juga terlalu jauh..tetapi tetap berusaha untuk ke arah itu...semoga abang dapat membimbing dan terus memimpin saya dan anak-anak kita..Tuntuni kami ke jalan yang LURUS dan BENAR...agar kami tidak meraba-raba dalam kesesatan..

Sesekali Terkenang ulang tahun pernikahan setahun yang lalu..Tak pernah merancang untuk menyambutnya di Tanah Suci tetapi itulah yang terjadi..Sedikit majlis jamuan makan dan doa selamat untuk kami dibacakan oleh Ustaz Pembimbing kami ..Ustaz Salahuddin, ianya cukup membuat airmata saya menitis...dan tidak disangka majlisnya agak meriah dikejutkan pula dengan sebiji kek..

Sedap rupa2nya kek Makkah ni.. Masa belum di potong2 segan nak amik gambar...

Harapannya semoga doa yang dibacakan dan diaminkan setahun yang lalu terus mengalir dan termakbul hingga ke hari ini...

zaujku..., di ulang tahun pernikahan kita yang ke 13 ini, untuk kesekian kalinya saya pohon kemaafan atas segala kekurangan dan kekhilafan dalam masa kebersamaan saya sebagai isteri sepanjang tempoh 13 tahun ini...Sesungguhnya abang seorang suami yang baik dan terbaik yang ALLAH hadirkan dalam hidup saya..

Maafkan saya....MAAFKAN SAYA..

Ulasan

Unknown berkata…
selamat ulg tahun perkahwinan c'jai....dah 13 yer....moga terus kekal bahagia....

er..agak kita ni sama jer kot usia...izan dah 12 tahun bln lepas...
Acik Erna berkata…
assalam c'jai..selamat ulangtahun perkahwenan yang ke 13..semoga terus bahagia dan berkekalan selamanya
insan_marhaen berkata…
terima kasih sahabat2 c'jai...@Acik Erna, ngn @izan mama mia ...haah 13 tahun dah...doakan kami bahagia hingga ke syurga ye.... Izan c'jai lahir thn 73... C'jai rasa c'jai senior drpd izan..tu panggil nama je k izan..tp kawen lewat sket..hehe...
Unknown berkata…
heheheh...c'jai senior sikit jer...nak kena ubah paggil sis c'jai nih....
insan_marhaen berkata…
hehe..panggil C'jai pun tak pe @izan mama mia mama mia..dapat gelaran cik ni pun sbb membahasakan diri dengan anak2 kengkawan masa waktu2 bujang dulu..cik tu singkatan mak cik la... heee...member2 panggil Kak Zai...Wah jauh sket ari ni kita berkenalan..
Unknown berkata…
semoga bertambah bahagia ya..tahniah
insan_marhaen berkata…
cikgu @etuza..terima kasih ye..

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...