Sedar Tak Sedar 13 Tahun Telah Berlalu...
Alhamdulillah... Tahun ini pada hari ini genab 13 tahun saya dan encik zauj melayari bahtera rumahtangga bersama-sama.. Along sudah pun meniti usia 12 tahun dan Ain memasuki usia 7 tahun..
zaujku...
Sepanjang 13 tahun bersama banyak suka duka, pahit manis yang telah kita lalui dan harungi.... Kesedihan saya, kesedihan abang..Kegembiraan abang kegembiraan saya ...Terima kasih abang kerana sepanjang tempoh itu abang sering meminjamkan bahu dikala saya berduka..Semoga Allah merahmati dan sentiasa memberi keberkatan kepada Baitul Muslim milik kita..
zaujku..
Inilah yang diharapkan dengan ikatan pernikahan kita 13 tahun lalu..
Sepanjang 13 tahun bersama banyak suka duka, pahit manis yang telah kita lalui dan harungi.... Kesedihan saya, kesedihan abang..Kegembiraan abang kegembiraan saya ...Terima kasih abang kerana sepanjang tempoh itu abang sering meminjamkan bahu dikala saya berduka..Semoga Allah merahmati dan sentiasa memberi keberkatan kepada Baitul Muslim milik kita..
zaujku..
Inilah yang diharapkan dengan ikatan pernikahan kita 13 tahun lalu..
Sesunggunya perkahwinan itu bersifat melengkapkan antara satu sama lain..
keberadaan yang lain untuk menampung kekurangan yang lain..
sama-sama membetulkan..
sama-sama menegur...sama-sama menasihati...
sama-sama muhasabah diri...
dan menerima pasangan masing-masing seadanya..
Gurau senda , tawa bahagia, marah dan rajuk menghiasi rumah tangga ...
Adat lah sedangkan lidah yang erat dengan gigi, sesekali akan digigit oleh sang gigi...
Banyak lagi kekurangan saya sebagai isteri..Untuk menjadi isteri SOLEHAH juga terlalu jauh..tetapi tetap berusaha untuk ke arah itu...semoga abang dapat membimbing dan terus memimpin saya dan anak-anak kita..Tuntuni kami ke jalan yang LURUS dan BENAR...agar kami tidak meraba-raba dalam kesesatan..
Sesekali Terkenang ulang tahun pernikahan setahun yang lalu..Tak pernah merancang untuk menyambutnya di Tanah Suci tetapi itulah yang terjadi..Sedikit majlis jamuan makan dan doa selamat untuk kami dibacakan oleh Ustaz Pembimbing kami ..Ustaz Salahuddin, ianya cukup membuat airmata saya menitis...dan tidak disangka majlisnya agak meriah dikejutkan pula dengan sebiji kek..
Sedap rupa2nya kek Makkah ni.. Masa belum di potong2 segan nak amik gambar...
Harapannya semoga doa yang dibacakan dan diaminkan setahun yang lalu terus mengalir dan termakbul hingga ke hari ini...
zaujku..., di ulang tahun pernikahan kita yang ke 13 ini, untuk kesekian kalinya saya pohon kemaafan atas segala kekurangan dan kekhilafan dalam masa kebersamaan saya sebagai isteri sepanjang tempoh 13 tahun ini...Sesungguhnya abang seorang suami yang baik dan terbaik yang ALLAH hadirkan dalam hidup saya..
Maafkan saya....MAAFKAN SAYA..
Maafkan saya....MAAFKAN SAYA..
Ulasan
er..agak kita ni sama jer kot usia...izan dah 12 tahun bln lepas...