Dendam Yang Terindah



Sebuah kisah yang benar-benar berlaku di Negara Saudi Arabia sekitar tahun 1940-an..Berlatar belakangkan di sebuah Syarikat Pengeluar Minyak terbesar di sana, hadir seorang pemuda tempatan yang bekerja sebagai pekerja bawahan…

Kisahnya terlakar di suatu hari di suatu ketika..…
sewaktu sedang bekerja si pemuda berasa begitu dahaga sekali… Tekaknya yang begitu kering sangat memerlukan air ketika itu..Pemuda itu berjalan dan menjengah andai ada sedikit air di sekitar kawasannya bertugas…Hatinya berbunga ketika terpandangakan air yang terdapat di dalam sebuah botol…Di Negara yang bersuhu tinggi seperti Saudi air merupakan sesuatu yang begitu berharga.. Tanpa mengetahui siapa pemilik air tersebut pemuda itu lantas mengambil botol yang mengandungi air berkenaan..Belum sempat dia meneguk membasahkan tekak ,satu suara mengherdiknya..

“Air itu mana layak di minum oleh pekerja bawahan seperti kamu” Suara milik seorang lelaki berbangsa Amerika selaku ketua di tempat pemuda itu bekerja..

Si pemuda yang berasa dirinya terhina telah memasang azam bahawa dia juga boleh memegang jawatan yang setaraf dengan Lelaki Amerika tersebut..Bertitik tolak dari peristiwa itu si pemuda menyambung kembali pelajarannya ….

Akhirnya beliau Berjaya membawa segulung ijazah ke dalam genggamannya.Lalu… dia bekerja kembali di Syarikat Minyak dahulu.. bermula dari bawah dia mendaki,akhirnya dia dinaikkan pangkat.. dari satu tangga ke satu tangga dia mencipta kejayaan dalam kerjayanya.. Hinggalah beliau berada di kemuncak apabila dilantik sebagai CEO di Syarikat tersebut.Di waktu itu, amat sukar anak tempatan dapat memegang jawatan setinggi beliau , dan beliau adalah lelaki tempatan pertama yang berjaya memegang jawatan setiggi itu..Dan Lelaki Amerika yang pernah mengherdiknya dahulu, kini berada di bawah Si Pemuda…

Hinggalah suatu ketika Lelaki Amerika tersebut ingin memohon cuti untuk pulang kenegaranya…

“Tuan ,saya ingin memohon cuti yang panjang untuk pulang ke Negara saya.. Saya mengharapkan Tuan bekerja dengan bersikap professional agar meluluskan cuti saya dan tidak mencampur adukkannya dengan kisah lalu dan berdendam sewaktu saya bersikap buruk mengherdik Tuan dahulu…”

Si Pemuda hanya tersenyum mendengar kata-kata Lelaki itu…

“Tidak..Saya tidak berdendam dengan kamu.Sebaliknya saya mengucapkan terima kasih kepada kamu dari lubuk hati saya yang paling dalam..”ujar si pemuda..

“Benar..Sewaktu mendengar kata-kata itu saya menjadi begitu benci kepada kamu..Tetapi dengan izin Allah kamu adalah pencetus kejayaan saya pada hari ini...saya telah menukarkan rasa kebencian itu dengan kebencian dan dendam yang positif…Akhirnya saya berada pada kedudukan hari ini di sebabkan kata-kata kamu beberapa tahun yang lalu”

TAHUKAH ANDA SIAPA LELAKI INI...?

Beliau adalah Ali bin Ibrahim Al-Naimi (Menteri Petrolium dan Mineral Arab Saudi) yang juga Past President, Director, and CEO of Saudi Aramco, the world’s largest oil company, sejak tahun 1995 sampai saat ini (2011)memegang jawatan Menteri Minyak dan Mineral Arab Saudi. Terbayangkah, hanya dengan mengembangkan hinaan menjadi dendam positif, isu air segelas di masa lalu membentuknya menjadi salah seorang penguasa minyak yang paling berpengaruh di seluruh dunia. Itulah kekuatan”DENDAM POSITIF”...

Tahukan Anda apa perusahaan yang dipimpinnya?

Perusahaan itu adalah Aramco (Arabian American Oil Company) perusahaan minyak terbesar di dunia. Ditangannya perusahaan ini semakin membesar dan kepemilikan Arab Saudi semakin dominan. Kini perusahaaan ini menghasilkan 3.4 juta barrels (540,000,000 m3) dan mengendalikan lebih dari 100 ladang migas di Saudi Arabia dengan total cadangan 264 miliar barrels (4.20×1010 m3) minyak dan 253 triliun cadangan gas.

p/s:Secebis Kisah yang boleh memotivasikan diri..Agar merubah sesuatu perkara dan peristiwa hitam dalam hidup ini sebagai cabaran untuk kita menempa kejayaan…

SUMBER : Radio IKIM..Slot Motivasi yang didengar dan dirakam kemas dlm kotak memori sewaktu memandu dalam perjalan ke tempat kerja..dan saya persembahkan dengan gaya bahasa yang serba kekurangan ini untuk di kongsi bersama..


"SAAT AKU MENYAMPAIKAN SUATU KEBAIKAN KEPADAMU, BUKANNYA AKU HENDAK MEMBERIKAN NASIHAT AKAN KEKURANGANMU SAHABAT..TAPI AKU SEKADAR MENJADIKAN DIRIMU SEBAGAI PERANTARA, AGAR NASIHAT ITU SAMPAI KEPADA DIRIKU."MENGARAHKAN WAJAH KE CERMIN, BUKAN BERERTI MENCARI-CARI KEKURANGAN CERMIN, NAMUN HAKIKATNYA ADALAH MENCARI KEKURANGAN DIRI UNTUK DIPERBETULKAN AGAR LEBIH BAIK, DENGAN "perantaraan cermin"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...