Menjaga batas pergaulan di 'dunia nyata' ...TETAPI cuai di 'alam maya'.....




Assalamualaikum
akhwat sekalian....

ana nak kongsikan disini
terutama batas ikhtilat di ...alam maya

risau dan gusar hati ana melihat ramai kini akhwat yang menggunakan alasan mahu menuntut ilmu dan mahu mendalami agama di group2 yang bercampur lelaki perempuan dengan sewenang-wenangnya berkomunikasi dengan lelaki tanpa ada sebab musabab yang benar-benar kuat.

bila dah tanya soalan
contohnya

'apa pendapat korang pada perempuan yang tak tutup aurat?'

pastu akan adalah yang komen

'tak tahu malu'
'pakai tudung tapi pakai baju ketat'
'buat malu je hahahha'

lepas tu berbalaslah komen bergurau senda dengan lelaki dan perempuan itu sendiri.

persoalan ana
bolehkah?

melalui pemahaman ana,
percampuran antara lelaki dan perempuan itu hanya boleh sebatas urusan penting, contoh, soal ilmiah, perniagaan, jual beli..dan lain-lain urusan yang memang perlu komunikasi antara lelaki dan perempuan.

jawapan kepada persoalan seperti diatas secara ilmiah
contohnya
'kesian pada dia yang tak nampak keindahan menutup aurat dengan sempurna doakan yang terbaik untuk dia'
'mungkin dia tersepit dengan keadaan sekeliling
dan tak pernah mendapat tarbiyah' serta

'perlu dibimbing.'

jika di alam realiti,
mata tunduk merenung jalan,
beradab sopan, mengurangkan komunikasi antara lelaki dan perempuan.

tetapi pabila di alam maya,
ana lihat seperti tercabut rasa malu.
malah ada yang berasa seronok mendapat perhatian dan balasan komen dari lelaki ajnabi.


Allah..
bagaimana para srikandi sekalian?
bolehkah budaya ini?
adakah benar budaya ini?
walau hanya di alam maya,
dimana malu kita sebagai wanita

sukakah kita jika satu masa nanti adik beradik kita sibuk chatting dengan yang berlawanan jantina?
sukakah kita jika pasangan yang kita sayangi berbalas komen tanpa faedah di alam maya?
sukakah kita jika satu masa nanti anak-anak kita sibuk berbalas komen di alam maya?

adakah Allah redha akan semua ini?

ana bimbang dengan budaya ini.amat.amat bimbang.

ia boleh dikategorikan pembuka jalan ke arah zina.
hakikatnya, batas pergaulan itu mesti terus dijaga sama ada di alam maya atau nyata.

jika ana salah, mohon dibetulkan,
tegur ana ya
ana sekadar berkongsi apa yang ana rasakan kini.

moga Allah redha dengan perkongsian ini

insyaAllah
amin~

p/s : Renung2kan lah....
Adakah kita seperti yang diperkatakan di sini...
Menjaga batas pergaulan di dunia nyata TETAPI cuai di alam maya.....
Astagfirullah....! Ada ketikanya aku juga tergelincir ke dalam kelompok ini...
Ampunkan aku YA KHALIQ...
AMPUNKAN AKUUUU...

Sumber : FB Nisa' Pahang

"SAAT AKU MENYAMPAIKAN SUATU KEBAIKAN KEPADAMU, BUKANNYA AKU HENDAK MEMBERIKAN NASIHAT AKAN KEKURANGANMU SAHABAT..TAPI AKU SEKADAR MENJADIKAN DIRIMU SEBAGAI PERANTARA, AGAR NASIHAT ITU SAMPAI KEPADA DIRIKU."MENGARAHKAN WAJAH KE CERMIN, BUKAN BERERTI MENCARI-CARI KEKURANGAN CERMIN, NAMUN HAKIKATNYA ADALAH MENCARI KEKURANGAN DIRI UNTUK DIPERBETULKAN AGAR LEBIH BAIK, DENGAN "perantaraan cermin"

Ulasan

iffah yahya berkata…
Allahu..peringatan yang baik..izin share...

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...