13 Alasan Kenapa Perempuan Enggan Tutup Aurat




Apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu...?Ini adalah jawapan yang mungkin kita dengar dari bibir orang2 yang 'liat' untuk mematuhi perintah Allah yang satu ini...




  • 1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke?

-Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah (Nota: manusia masuk syurga bukan kerana amalannya, tetapi kerana Rahmat dari Allah SWT)

  • 2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.

-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”

  • 3. Macamlah kamu bagus sangat nak tegur aku. Kamu dulu pun lagi jahat .

-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kamu Islam, dakwah tu wajib walaupun kamu sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang ada terbit rasa keinsafan dan mahu bertaubat .

  • 4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.

-Adakah kamu mendakwa diri kamu mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kam,u tanpa perlu menutup aurat? (Nota: Adakah baik pada pandangan manusia sama dengan baik pada pandangan Allah? Kena fikir-fikirkan)

  • 5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.

-Adakah kamu berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

  • 6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.

-Seksi atau tidak, kamu tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut .

  • 7. Walau kami tak bertudung, kami tetap solat dan puasa.

-Apakah ibadat kamu diterima? Kamu yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin seseorang masuk syurga? (Nota: Solat dapat mengelak diri dari berbuat maksiat dan dosa)

  • 8. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.

-Kamu sebenarnya sedang menyusahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka ... disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kamu. (Nota: Gi baca 4 Golongan Lelaki dibawa wanita ke neraka

  • 9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan ALLAH.

-Berani cakap di dunia, berani ke kamu berkata begitu di depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya. (Nota: patut kamu malu kepada Allah)

  • 10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)

-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah? (Nota: takut hanya kepada Allah, bukan makhluk)

  • 11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.

-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti. (Nota: Kena mula belajar dan berazam untuk perubahan yang lebih baik)

  • 12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..

-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku. (Nota: Maut datang tidak dijemput dan diundang, ingatlah perjalanan menuju kematian bermula sejak kita dilahirkan)

  • 13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.

-Kalau begitu kamu sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. (Nota: Dunia ni memang satu pentas untuk kita berbuat baik demi mendapat syurga yang kekal abadi)

p/s:

Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”



"SAAT AKU MENYAMPAIKAN SUATU KEBAIKAN KEPADAMU, BUKANNYA AKU HENDAK MEMBERIKAN NASIHAT AKAN KEKURANGANMU SAHABAT..TAPI AKU SEKADAR MENJADIKAN DIRIMU SEBAGAI PERANTARA, AGAR NASIHAT ITU SAMPAI KEPADA DIRIKU."MENGARAHKAN WAJAH KE CERMIN, BUKAN BERERTI MENCARI-CARI KEKURANGAN CERMIN, NAMUN HAKIKATNYA ADALAH MENCARI KEKURANGAN DIRI UNTUK DIPERBETULKAN AGAR LEBIH BAIK, DENGAN "perantaraan cermin"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...