Minum susu kambing suatu sunnah Rasulullah yang patut di...amalkan.
Dalam riwayat-riwayat kita sering membaca Rasulullah SAW dan para sahabat meminum susu kambing, bukannya susu lembu.
Marilah kita menghiburkan Rasulullah dengan mengamalkan sunnahnya.
Rasulullah SAW pernah bersabda sebagaimana yang diriwayatkan dalam HR.
Muslim bahwa Islam datang dalam keadaan asing
dan pada akhirnya akan datang suatu masa di mana Islam akan menjadi asing kembali.
Kerana dalam memahami dan mempraktiskan ajaran-ajaran Islam seorang muslim diperintahkan Allah SWT untuk meneladani Rasulullah SAW (QS. 33: 21),
semaksimum mungkin.
Seluruh sikap dan perilaku sehari-hari Rasulullah
termasuk kebiasaan makan dan minumnya.
Di antara jenis minuman yang biasa diminum oleh Rasulullah saw. adalah susu kambing segar.
Antara kelebihan susu kambing :
- Paling hampir dengan susu ibu (minuman terbaik di dunia selepas susu ibu).
- Para Nabi meminum susu kambing dan membela kambing (membela dan meminum susu kambing adalah sunnah)
- Tiada dijangkiti penyakit kambing gila (yang ada penyakit lembu gila)
- Kurang dijangkiti penyakit kuku dan mulut berbanding lembu
- Kambing mempunyai sistem pertahanan tubuh yang kuat
- Kambing betina beranak 2 kali setahun, 1 hingga 4 ekor berbanding lembu setahun sekali dan hanya seekor.
- Lembu hanya mempunyai nafsu mengawan sekali dalam satu tahun berbanding kambing, setiap hari
- Susu kambing lebih mudah dihadam kerana ia hanya memerlukan 20 minit berbanding susu lembu memerlukan 2 jam.
Maka makanlah yang halal lagi baik (thoyyib) dari rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu, dan syukurilah nikmat Allah, jika kamu hanya kepada-Nya saja menyembah (QS. 16 :114).
Di antara gangguan kesihatan yang mungkin timbul dari kebiasaan minum susu lembu adalah kegemukan (sangat lazim), asthma, infeksi paru-paru, allergi dan tuberkulosis.
Dunia sudah terlalu dipromosikan dengan susu lembu.
Barat sengaja mahu memalingkan manusia dari sunnah nabi yang mengandungi seribu kebaikan. Hasilnya, harga susu kambing agak mahal berbanding susu lembu kerana susah didapati, terutama di negara kita.
Walhal kos penternakan kambing jauh lebih rendah dari lembu,
kadar pembiakannya tinggi, dan binatang ini tahan lasak.
"SAAT AKU MENYAMPAIKAN SUATU KEBAIKAN KEPADAMU, BUKANNYA AKU HENDAK MEMBERIKAN NASIHAT AKAN KEKURANGANMU SAHABAT..TAPI AKU SEKADAR MENJADIKAN DIRIMU SEBAGAI PERANTARA, AGAR NASIHAT ITU SAMPAI KEPADA DIRIKU."MENGARAHKAN WAJAH KE CERMIN, BUKAN BERERTI MENCARI-CARI KEKURANGAN CERMIN, NAMUN HAKIKATNYA ADALAH MENCARI KEKURANGAN DIRI UNTUK DIPERBETULKAN AGAR LEBIH BAIK, DENGAN "perantaraan cermin"
Ulasan