Hati-Hati mengejar SUNAT..Bimbang2 mendapat DOSA


Alhamdulillah.., sepanjang menghadirkan diri bersolat terawih di awal-awal Ramadhan ,masjid cukup meriah dengan para jemaah....Tak kurang juga jemaah di kalangan muslimat, makcik-mak cik, kakak-kakak, adik-adik dan anak-anak ramai memenuhi ruang masjid...

Solat terawih pula di buat 8 rakaat, jadi tidak lah terkejar-kejar sangat untuk menghabiskannya...Selepas rakaat keempat, terawih dihiasi pula dengan Tazkirah dari Pak Ustaz...Syukur..dapat lagi setitis ilmu..

Terawih diakhiri dengan solat witir 3 rakat 2 salam, atau kekadang dilakukan 3 rakaat dengan 1 salam...Sesetengahnya pulang melakukan witir di rumah atau mungkin selepas melakukan Qiam di rumah sebelum sahur..

Setelah usai berterawih kami paara jemaah berduyun-duyun meninggalkan masjid... Tetapi SEDAR tak kita MUSLIMAT sekalian...satu perkara yang mungkin di anggap remeh... Melakukan solat Sunat Terawih adalah sesuatu yang baik tetapi yang tidak bagusnya kita sebagai MUSLIMAT keluar rumah, apatah lagi menuju ke masjid dalam keadaan menutup aurat yang tidak begitu SEMPURNA....




Perasan tak, ramai di kalangan kita yang tidak memakai sarung kaki..?Ada kalanya kita terpaksa berselisih dengan jemaah lelaki ..Bermakna kita telah mempamerkan sebahagian aurat dalam keadaan kita berniat ingin melakukan ibadah..Bukankah kaki itu sebahagian daripada aurat wanita..



Muslimat...memakai sarung kaki itu bukanlah perkara wajib..Tetapi menutup kaki itu WAJIB... Jadi salah satu cara untuk memelihara kaki wanita dari terdedah, memakai sarung kaki adalah pilihan yang terbaik...Semoga KITA sebagai Wanita Islam dapat menjaga maruah diri serta aurat kita dari diperlihatkan secara sengaja atau pun tidak..sedar mahu pun tidak...

Ini adalah sekadar pandangan dan luahan rasa hati..hasil dari pandangan mata luaran dan mata hati ketika mata ini memandang..perbetulkan sekira ianya 'sumbang'..
Wallahualam..

Ulasan

Si Matatajam berkata…
Betoi tu beramal tapi jangan sampai terbuat dosa plak kan.. Tq atas peringatan ni cjai..
tq atas peringatan ini...betul tu jgn sampai jadi dosa pulak kan
mekasih kak atas peringatan :)
Cendol berkata…
bagus entry ni..setuju sgt!!
ramai oo yg mcm tu..pegi masjid tak tutup aurat padahal tujuan pegi ke masjid tu nak beribadah mncari redha Allah..
Unknown berkata…
tq atas ingatan cjai,...insyaallah sedang usaha berjinak2 dengan stoking sekarang ni....
posto2. akak dapat kad raya :)

http://nurulhusnamohdhassan.blogspot.com/2012/07/kad-raya-top-20-commentators.html
Kak iman berkata…
akk sy ingat ag time dok hostel.akk muslimat gtau dy kata pe kelebihan pkai stokin ni...dy kata lau nk kaki cantik n bersih pkai la stokin.xd la msuk habuk so kaki pon cantik..time 2 akk2 muslimat nk bg ppendekatan dgn menutup aurat la...

p/s:alhmdlh dh ok blog dgn bntuam ummi iman
sal ya berkata…
peringatan untuk kita semua kan...
Jahirah berkata…
terima kasih ingatkan...;)
Mommy_ima berkata…
bagus peringatan ni.. Kadang terleka dan ambil mudah benda2 mcm ni. Sedangkan hal2 begini bokeh mengundang dosa tanpa sedari.,
ummu berkata…
Assalamualaikum
kaki itu pun aurat kan,tapi kita selalu terlupa akan yang dua pasang kaki ini.terima aksih sis atas ingatan yang diberi
izz iizza berkata…
oh ya ker...patut sy nampak ramai yg pakai stoking..camner sy boleh x tahu benda ni..

thanks 4 sharing ya..:)

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...