'Dia' Dalam Kenangan..

tangisan Pictures, Images and Photos


Terkenangkan seorang teman ..., lantas saya menukilkan sedikit coretan di sini...Entah kenapa ingatan padanya tiba-iba terimbau..Dia yang telah agak lama tidak saya temui..Kalau tidak salah ingatan saya terakhir kali bersua muka awal tahun 2010 ketika kami sama-sama terlibat dengan mesyuarat.

Setelah lama tidak bertemu , April lalu saya diberitakan dia sedang bertarung dengan penyakit barah tahap 4..Terkejut dengan berita itu lantas saya mencapai telefon lalu menghantar mesej bertanya khabar.Saya ingat lagi hari itu tarikhnya bersamaan dengan 19 April 2011..Kesal pula rasanya selepas itu, kerana tidak bercakap sendiri dengannya.Mesej saya tidak dibalas terus seperti kebiasaan..dalam fikiran saya, memang dia benar-benar bertarung dengan penyakitnya.

Suatu pagi, 22 April 2011 saya menerima mesej masuk dalam kotak inbox telefon..
'Maaf lambat bls.X sihat dah 4 bulan x g sek tangan bengkak'
Saya membacanya berulang kali..Mesej tersebut sebolehnya di taip seringkas mungkin... Melihat kepada mesejnya dapat saya bayangkan keadaannya ketika itu...


Isnin , 8 Ogos 2011 entah kenapa hati saya tak keruan..Perasaan risau menyumbat ruang hati..tetapi saya tak pasti apa yang dirisaukan.. Malas melayani perasaan saya berlagak selamba seperti hari-hari biasa walau hati hebat berkecamuk.. Sebaik kaki melangkah ke dalam pejabat untuk mengambil BRM yang telah siap di cop oleh GB, Wa kerani SKUJ menegur saya...

"Kak Zai, Kak Zai kenal Kak Faizahkan..."

"Ha..kenal" saya menjawab ringkas.

"Kak Zai tahu dia sakit..?"

"tahu.. sakit barah...kenapa..?"

"Kak Faizah meninggal dah Kak Zai, hari sabtu baru ni...Semalam kebumi..."

Saya terpana.....Sangat terkesima dengan huluran berita dari mulut Wa...Baru beberapa minggu lepas saya teringatkan dia, bercadang untuk bertanya khabar...

Telah kembali menemui Ilahi seorang sahabat dan teman yang saya kenali...Perginya di bulan yang cukup mulia.16 Mei lalu adalah saat terakhir, hari terakhir dan kali terakhir dia mengirimkan mesej mengucapkan selamat Hari Guru......Terbayang kenangan bersamanya..,tidak banyak..., tetapi cukup untuk membuat saya mengingatinya...
Kebaikannya..keramahannya..keluhurannya...

Telah bermula sebuah perjalanan panjang yang harus dilalui oleh seorang insan bernama Faizah..Sedang kita di sini masih dalam barisan menunggu giliran untuk 'dipanggil'..ALLAHUAKBAR...

AL-FATIHAH
Semoga roh Allahyarhamah Faizah ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh dan solehah..AMIN...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...