Ku minta pada ALLAH, setangkai bunga segar...





Aku minta pada ALLAH, setangkai bunga segar
DIA berikan kaktus yang berduri..
Aku minta pula
kupu-kupu
DIA berikan ulat..
aku sungguh kecewa
dan bersedih..
namun tak lama kemudian...

kaktus itu berbunga indah sekali..
dan ulat itu
menjadi kupu-kupu yang sangat cantik.....

kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari,

DIA datangkan hujan petir & kilat...
kita bersedih
dan tertanya-tanya,
ke mana menghilangnya
matahari..
rupa-rupanya, ALLAH nak hadiahkan
kita
pelangi yang sungguh indah....

.

begitulah
ALLAH mengasihi kita...
kadang-kadang ALLAH
tak berikan kepada kita
apa yang kita nak
kerana
ada yang lebih baik untuk kita...
......Wallahua'lam....
Readers yang budiman..
YAKINLAH...
di setiap kesulitan yang kita lalui ada kemudahan yang menanti....
Allah tidak akan menzalimi hambanya...
Setiap dari kita telah disediakan ujian mengikut kemampuan diri masing-masing..
dan ALLAH tak akan menguji kita dengan ujian tersebut andai kita tidak mampu...


Berhenti mengeluh...
Usah dipersoal..'Mengapa aku..dan bukan dia'..
bersyukurlah di atas setiap ujian yang diterima,
dan bersyukur Allah memilih kita kerana kita insan TERPILIH....
Tentu Allah mahu berikan ganjaran hebat di atas setiap ujian yang diberi andai kita berjaya laluinya dengan penuh REDHA...


"SAAT AKU MENYAMPAIKAN SUATU KEBAIKAN KEPADAMU, BUKANNYA AKU HENDAK MEMBERIKAN NASIHAT AKAN KEKURANGANMU SAHABAT..TAPI AKU SEKADAR MENJADIKAN DIRIMU SEBAGAI PERANTARA, AGAR NASIHAT ITU SAMPAI KEPADA DIRIKU."MENGARAHKAN WAJAH KE CERMIN, BUKAN BERERTI MENCARI-CARI KEKURANGAN CERMIN, NAMUN HAKIKATNYA ADALAH MENCARI KEKURANGAN DIRI UNTUK DIPERBETULKAN AGAR LEBIH BAIK, DENGAN "perantaraan cermin"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...