Hati-Hati mengejar SUNAT..Bimbang2 mendapat DOSA
Solat terawih pula di buat 8 rakaat, jadi tidak lah terkejar-kejar sangat untuk menghabiskannya...Selepas rakaat keempat, terawih dihiasi pula dengan Tazkirah dari Pak Ustaz...Syukur..dapat lagi setitis ilmu..
Terawih diakhiri dengan solat witir 3 rakat 2 salam, atau kekadang dilakukan 3 rakaat dengan 1 salam...Sesetengahnya pulang melakukan witir di rumah atau mungkin selepas melakukan Qiam di rumah sebelum sahur..
Setelah usai berterawih kami paara jemaah berduyun-duyun meninggalkan masjid... Tetapi SEDAR tak kita MUSLIMAT sekalian...satu perkara yang mungkin di anggap remeh... Melakukan solat Sunat Terawih adalah sesuatu yang baik tetapi yang tidak bagusnya kita sebagai MUSLIMAT keluar rumah, apatah lagi menuju ke masjid dalam keadaan menutup aurat yang tidak begitu SEMPURNA....
Perasan tak, ramai di kalangan kita yang tidak memakai sarung kaki..?Ada kalanya kita terpaksa berselisih dengan jemaah lelaki ..Bermakna kita telah mempamerkan sebahagian aurat dalam keadaan kita berniat ingin melakukan ibadah..Bukankah kaki itu sebahagian daripada aurat wanita..
Muslimat...memakai sarung kaki itu bukanlah perkara wajib..Tetapi menutup kaki itu WAJIB... Jadi salah satu cara untuk memelihara kaki wanita dari terdedah, memakai sarung kaki adalah pilihan yang terbaik...Semoga KITA sebagai Wanita Islam dapat menjaga maruah diri serta aurat kita dari diperlihatkan secara sengaja atau pun tidak..sedar mahu pun tidak...
Ini adalah sekadar pandangan dan luahan rasa hati..hasil dari pandangan mata luaran dan mata hati ketika mata ini memandang..perbetulkan sekira ianya 'sumbang'..
Wallahualam..
Ulasan
ramai oo yg mcm tu..pegi masjid tak tutup aurat padahal tujuan pegi ke masjid tu nak beribadah mncari redha Allah..
http://nurulhusnamohdhassan.blogspot.com/2012/07/kad-raya-top-20-commentators.html
p/s:alhmdlh dh ok blog dgn bntuam ummi iman
kaki itu pun aurat kan,tapi kita selalu terlupa akan yang dua pasang kaki ini.terima aksih sis atas ingatan yang diberi
thanks 4 sharing ya..:)