Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2011

Kaabah.., Aku Datang Lagi.

Imej
Kaabah...aku kau gamit lagi...Rasa bagaikan semalam kau ku tinggalkan... Hati ini bagai diseru untuk menatapmu kesekian kalinya....Tunggu kehadiran ku.. Kali ini aku tidak keseorang..tidak berduaan dengan suami tersayang seperti enam bulan yang lalu... Ku hadirkan permata-permata hatiku untuk bersama-sama mengunjungi rumahMu ya RABB.. Saat impianku membawa bonda tercinta tidak kesampaian hati di pagut kesayuan...InsyaALLAH akan ku hadiahkan umrah sebagai tanda kasihku pada bonda.. YA Khaliq.....Yang ku pohon..kau permudahkan urusan ku dan suami dalam mengurusi anak-anak sewaktu di sana... Sesungguhnya kami tidak berdaya...dan ku serahkan padaMu jua untuk lindungi kami dalam setiap langkah menuju Baitullah...Dorong dan lorongkan hati kami untuk beribadah sekhusyuk mungkin mengejar redhaMu di bumi suci...Saat jari jemari mengetik huruf-huruf untuk membina perkataan demi perkataan..jiwaku seakan terbang membawa roh ku di tanah HaramMu... Kaabah aku rindu bumi yang menampung...

Cis..! Kita di Tipu Rupa-rupanya...

Imej
Permakanan: 'Yahudi Menipu Kita..' Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam , mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW. Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum. Teruskan membongkar kebijaksanaan yahudi menipu umat Islam...

Kisah Ustadzah Yoyoh Yusroh

Imej
Saya Ingin berkongsi cerita tentang seorang Mujahidah Islam dari negara jiran... Beliau adalah Ustadzah Yoyoh Yusroh... Umat Islam di Indonesia telah kehilangan ibu yang merupakan sosok panutan..Ibu yang mempunyai 13 orang anak, tetapi mempunyai segudang aktifitas ...Dan anak-anaknya juga menjadi anak yang sholeh dan sholehah.

Dr Marwa Al-Sherbini Syahid Mempertahankan Hijab..

Imej
Kisahnya bermula begini, pada Ogos 2008, ketika Dr Marwa al-Sherbini,32, seorang warga Mesir yang bekerja sebagai pharmacist di Jerman sedang berjalan di sebuah taman, jirannya Alex W, 28, seorang imigran Rusia yang sedang menganggur di Jerman telah menggelarnya sebagai seorang terrorist hanya kerana melihatnya berhijab. Lalu Dr Marwa telah mengambil tindakan untuk menfailkan saman terhadap Alex. Dr Marwa mungkin melakukannya untuk mengelakkan lebih ramai lagi wanita Islam yang berhijab sewenang-wenangnya dituduh sebagai terrorist. Maka pada 1 Julai lalu, setelah mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah memutuskan bahawa Alex bersalah dan diarahkan membayar denda sebanyak 2800 Euro. Namun kejadian yang tidak berperikemanusiaan telah berlaku apabila Alex terus menerkam ke arah wanita tersebut dan menikamnya bertubi-tubi sebanyak 18 kali

Misteri PENJARA PUDU . Mengapa PENJARA PUDU ditutup ??

Imej
Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu.Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja... Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir". Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Dinamakan "BILIK TERAKHIR " adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terakhir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung. Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.

DOA DHUHA

Imej
Ya Allah ... Sesungguhnya waktu dhuha itu dhuhaMu.. Kecantikanya KecantikanMu ... Keindahannya KeindahanMu ... Kekuatannya KekuatanMu ... Kekuasaannya KekuasaanMu ... Perlindungannya PerlindunganMu ... Ya Allah jika rezki masih dilangit, turunkanlah jika dibumi, keluarkanlah Jika sukar, permudahkanlah jika haram, sucikanlah jika jauh, dekatkanlah Berkat waktu dhuha KecantikanMu KeindahanMu KekuatanMu KekuasaanMu Limpahkan segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh Amiin Amiin Ya RabbalA'lamin

KUASA TAQWA PEREMPUAN

Imej
* Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya. * Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.

UJUB ZAMAN MODEN

Imej
~ ♥♥ ~ ♥♥ ~ ♥♥ ~♥♥~ ♥♥ ~♥♥~ ♥♥ ~ Aduhai.. Susahnya menjaga HATI... Sedangkan ia tempat jatuhnya pandangan ILAHI.. Menjadi rebutan Malaikat dan Syaitan untuk mengisi... Malaikat dengan HIDAYAH.. Syaitan dengan KEKUFURAN.. Mengharapkan IMAN jadi PERISAI.. Agar hati tidak terhijab dari hidayah Tuhan. SUNGGUH...! Ku ingin HATI ini... kembali menghayati asal maksud PENCITANYA.. Oleh RABB yang Maha Segalanya! Wahai diri Yang sering Lupa....! SEDARLAH..! Adalah mudah untuk patuh dan menuruti perintah ALLAH.. dari melalui setiap kepayahan dan kesukaran.. Cuba melawan fitrah dan berlagak sombong bongkak dan takbur terhadap ALLAH.. Wahai Diri...! Mudah-mudahan kehidupan kita menjadi lebih SEJAHTERA.. bila dinilai dan keutamaan ditumpahkan kepada mencari REDHA ALLAH.. dan bukan sanjungan manusia Jangan direnung masa yang lalu.. ia tak akan mengubah segalanya sebaliknya Musibah diri.. Perbetulkan langkah yang tersasar agar tidak putus RAHMAT dariNYA.. ...INSYAALLAH...

Cara Berbakti Kepada Ibu Bapa yang Sudah Meninggal Dunia

Imej
Dari Abi Usaid Malik bin Rabi’ah berkata bahwa ketika kami sedang duduk-duduk bersama Rasulullah, tiba-tiba datanglah seorang lelaki dari kabilah Bani Salamah berkata : “ Ya Rasulullah, adakah kebaikan yang dapat saya lakukan kepada kedua ibu bapa saya yang telah meninggal dunia ? Rasul menjawab : Ada, engkau berdoalah untuk keduanya, dan meminta diampunkan dosa-dosanya, dan tunaikan wasiat dan janji-janjinya, dan hubungkan silatiurahim dengan saudara dan keluarganya , dan hormati serta muliakan kawan-kawannya.“ (HR Abu Daud, Ibnu Majah, Ibnu Hibban) Dari Aisyah menceritakan bahwa seorang lelaki datang kepada Rasulullah bertanya : Ya Rasulullah, sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia, dan dia tidak ada berwasiat apa pun dan saya rasa kalau dia sempat berbicara dia akan bersedekah , apakah dia mendapat pahala jika aku bersedekah untuknya ? Nabi menjawab : Ya (bersedekahlah dan dia akan mendapat pahala ). (Sahih Bukhari dan Muslim)

FALSAFAH BUAH

Imej
Duhai sahabat-sahabat yang dimuliakan Allah Ta'ala... Mari kita hayati sama-sama 'falsafah buah' di bawah ini...Ia nampak biasa-biasa....dan luar biasanyanya apabila boleh dijadikan pengajaran kerana ia begitu dekat dengan kehidupan kita.

Pengajaran Dari Alam ~ KEHIDUPAN INI IBARAT SECAWAN AIR KOPI

Imej
Sekumpulan bekas pelajar yang sudah berjaya di dalam kerjaya masing-masing telah berkumpul untuk melawat pensyarah universiti yang pernah mengajar mereka. Mereka berasa gembira kerana dapat bersua sesama mereka setelah lama tidak berjumpa, apatah lagi dapat menemui pensyarah universiti yang selama ini telah banyak membantu mereka ketika menuntut ilmu di universiti yang menatijahkan kerjaya yang baik buat mereka. Setelah lama berbual, timbullah beberapa rungutan tentang tekanan di tempat kerja dan juga dalam kehidupan seharian yang disuarakan oleh beberapa bekas pelajar ini. Pensyarah itu hanya mendengar dan kemudian beliau ke dapur untuk menyediakan air kopi untuk tetamu-tetamunya.

Peti Surat ...????? Betul Ke Ni...KREATIF2x...

Imej
Mengimbas kembali zaman kanak-kanak dahulu.. Diri terasa begitu dekat dengan encik posmen...Apa tidaknya, rumah saya antara rumah yang kerap disinggahi oleh encik posmen.. Kakak-kakak saya selalu berutus surat dengan teman-temannya. Kadang juga menerima surat dari secret admire yang entah dari mana datangnya... Bila kakak-kakak saya berkahwin mereka mewariskan pula kegemaran berutus surat itu kepada saya...Tiba bulan Ramadhan maka setiap harilah saya dapat menatap wajah lesu encik posmen..Kekadang lima ,enam keping sehari kad raya yang diterima..Waktu-waktu begini baru perasan..ramai juga kawan-kawan saya rupanya.. Dulu mana ada Nokia,Sony Ericson,Samsung atau apa saja jenama handset...Suratlah penghubung antara keluarga atau pun teman-teman untuk bertanya khabar..Sekarang dunia semakin mengecil...Berada jauh beribu batu , dalam masa beberapa saat sahaja kita boleh berhubung melalui suara.. Lebih canggih lagi kita boleh menatap wajah orang yang kita hubungi walau dia berada di Khutub U...

9 JENIS WANITA YANG ADA DIDALAM NERAKA.Peringatan Buat Semua Muslimah.

Imej
Salam ziarah sahabat-sahabat yang sudi berziarah ke blog ini...Peringatan yang ingin saya paparkan kali ini adalah lebih kepada peringatan untuk diri sendiri...Selebihnya marilah kita sebagai muslimah menghayati apa yang diperingatkan kepada kita...Sesungguhnya peringatan ini adalah sesuatu hal yang BENAR akan berlaku kelak... Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah dan kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, "Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Baginda menjawab, "Pada malam aku di Isra'kan ke la ngit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku menangis. Saya bertanya lagi, "Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?" Baginda bersabda: 1. Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih. 2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan api yang mendidih dari n...

Kelas Pemulihan Saya

Imej
Coretan hari ini sebenarnya lebih kepada cubaan mengedit blog menggunakan ipad. Ipad yang baru diterima daripada putera puteri saya sempena hadiah Hari Ibu tempohari sangat bermakna buat saya. Atas nama anak-anak,yang sebetulnya abah dia oranglah yang punya idea. Mengambil peluang waktu rehat dan ketiadaan murid-murid di kelas, lantas saya bersegera mencungkil idea. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk memaparkan coretan tentang kelas saya. Di sekolah, Saya merupakan guru Pemulihan Khas. Kelas saya perlu diceriakan dan bersifat kondusif. Namun, saya bukan lah orang yang begitu kreatif dalam melakukan susun atur.Baru saja mengemas kelas dan mengubah kedudukan susun aturnya bersama anak-anak didik saya minggu lepas...Dan inilah deco yang terhasil biarpun bukan bersama 'Eric Leong'..Puas hati juga la setelah keluar peluh jantan saya dan anak-anak murid untuk menggerakkan beberapa buah almari ke kedudukan sekarang. Alamak...kenapa gambar tak boleh dimuat naik ye....? a...