Kalau Masih Ada Waktu…

Sahabat, terlalu cepat waktu berputar... Kita bagaikan kesuntukan dalam mengejar waktu mengurusi urusan seharian .Setiap detik yang pergi terlalu berharga dan tak mungkin berpatah balik untuk bertemu kita semula....
Kalau Masih Ada Waktu…

Kalau masih ada waktu, berusahalah memperbaiki diri kerana bila sudah tiada waktu rasa kesal itu tidak berguna.

Kalau masih ada waktu, tuntutlah ilmu yang bermanfaat sebanyak mungkin kerana bila sudah tiada waktu engkau akan merasakan umur itu pergi berlalu dengan sia-sia.

Kalau masih ada waktu, tunaikanlah impian murnimu kerana bila sudah tidak ada waktu engkau tidak akan sempat menikmatinya.

Kalau masih ada waktu, balaslah kasih sayang dan cinta insan-insan tersayang di sekelilingmu kerana bila sudah tiada waktu engkau akan kekal berhutang dengan mereka.

Kalau masih ada waktu, belajar dan fahamilah hakikat hidup ini kerana bila waktu itu sudah tiada engkau akan merasakan bahawa engkau tidak pernah belajar apa-apa dalam hidup ini.

Kalau masih ada waktu, hargailah setiap peluang yang datang kerana biasanya peluang terbaik hanya datang sekali.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...