~✿❤~ HEBATNYA WANITA SOLEHAH ~✿❤~
Salam ceria di hari yang indah ini..
semoga hari ini lebih baik dari hari semalam...
Saudara saudari...
Mari kita teliti secebis kisah teladan tentang seorang wanita..
Betapa hebat seorang wanita yang disaluti keimanan yang utuh...
lalu tatkala disuakan perbuatan maksiat,
seorang wanita solehah mampu menangkisnya dengan kata-kata..
lantas menghadirkan rasa GERUN kepada ALLAH di hati seorang lelaki.....
Terdapat dalam riwayat yang shahih....
Ketika seorang wanita solehah akan berangkat ke sebuah tempat yang jauh bersama kafilah, maka seorang lelaki mengikutinya kerana dia menyukai wanita itu..
Tidak berapa lama kemudian ketika semua orang mulai tidur..,
lelaki itu mendekati wanita tersebut dan mengajaknya untuk berbuat maksiat...,
Wanita itu berkata :
“apakah engkau yakin semua orang sudah tidur dan tidak ada yang akan melihat kita?”
maka lelaki itu pun kembali meyakinkan bahwa semua orang telah tidur,
wanita itu berkata :
“apakah Allah tidur dan tidak melihat kita?”,
mendengar ucapan wanita itu maka lelaki itu tertunduk malu dan berkata :
“ya betul Allah melihat kita”,
wanita itu berkata lagi :
“jika Allah melihat kita apakah engkau tidak malu kepada Allah,
hingga engkau mengikutiku dari tempat yang jauh untuk berbuat hal itu kepadaku,
dan jika engkau meninggal saat ini apa yang akan engkau jawab dihadapan Allah”,
maka lelaki itu menutup mukanya kerana malu dan kemudian pergi...
Setahun kemudian terdengar khabar bahawa telah wafat seorang wali Allah....
puluhan ribu orang yang mengantar jenazahnya ke tanah perkuburan....
setelah ditanya siapakah wali Allah yang telah wafat tersebut,
ternyata dia adalah lelaki yang telah bertaubat di tangan wanita itu yang kemudian Allah mengangkat darjatnya hingga ia menjadi wali Allah subhanahu wata’ala.
.¸.•*´¯) Salam Ukhuwah. ¸.•*´¯)
*Sesiapa yg nak kongsi silakan.
Tak perlu mintak izin sebab saya memang ingin berkongsi dgn semua orang.Sila klik share..(◠‿◠✿)
Selamat Beramal ~ Moga ada manfaatnya...
~♥♥ ummuainries ♥♥~
"SAAT AKU MENYAMPAIKAN SUATU KEBAIKAN KEPADAMU, BUKANNYA AKU HENDAK MEMBERIKAN NASIHAT AKAN KEKURANGANMU SAHABAT..TAPI AKU SEKADAR MENJADIKAN DIRIMU SEBAGAI PERANTARA, AGAR NASIHAT ITU SAMPAI KEPADA DIRIKU."MENGARAHKAN WAJAH KE CERMIN, BUKAN BERERTI MENCARI-CARI KEKURANGAN CERMIN, NAMUN HAKIKATNYA ADALAH MENCARI KEKURANGAN DIRI UNTUK DIPERBETULKAN AGAR LEBIH BAIK, DENGAN "perantaraan cermin"
Ulasan
p/s: kalau la cik ah bleh wat gitu...