~✿ Wahai Isteri...Renung-renungkanlah.... ✿~

Seorang Isteri, sudah tentu ingin kan yang terbaik dari seorang suami...
Ada ketikanya pengharapan itu
mungkin sesuatu yang di luar kemampuan seorang suami...
Isteri....,
Biarkan suami di dalam dirinya... menjadi diri sendiri..
Jangan didesak mereka agar terperangkap di dalam diri orang lain...
andai ada kekurangan itu perkara biasa..
Itulah perkahwinan.
.bersifat melengkapkan antara satu sama lain..
Keberadaan yang lain untuk menampung kekurangan yang lain...
Sama-sama membetulkan ..
sama-sama menegur..
sama-sama menasihati ...
sama-sama muhasabah diri..
dan Menerima diri pasangan masing-masing seadanya...



Mungkin Kisah ini dapat membuka minda ....



~~
.~~.
~~.~~.~~.~~.~~.~~.~~

Seorang lelaki telah mengahwini kekasihnya
dan majlis itu diadakan dengan penuh meriah sekali.
Setiap mata yg memandang pasti bersetuju mereka sangat sepadan.
Pada satu hari,
si isteri terbaca sebuah artikel di sebuah majalah
tentang bagaimana untuk mengukuhkan tali perkahwinan,
lalu dia menceritakan kepada suaminya
dan meminta mencatatkan segala kekurangan dan kelemahan dirinya..
Manakala
si isteri akan mencatat segala kelemahan dan kekurangan suaminya....
Mereka telah berjanji untuk tidak akan tersinggung dengan catatan yang akan diberi.
Pada malam itu mereka memutuskan untuk memisahkan tempat tidur ..
Lalu mencatatkan apa yg terlintas di benak masing-masing....


Keesokan harinya,selepas sarapan si isteri berkata
"sayang mulakan dulu ya?"...


Lalu ia mengeluarkan senarainya...
kira-kira 2 muka surat panjangnya....


ketika dia mula membaca perkara-perkara yg tidak disukai mengenai suaminya,
kelihatan riak-riak kesedihan di wajah suaminya ....
"maaf,adakah sayang harus berhenti?"...
"oh tidak...teruskan.."
lalu si isteri meneruskan bacaan sehingga selesai kedua-dua muka surat ,
Kemudian catatan itu dilipat dan diletakkan di atas meja dengan manis....


"sekarang giliran abang pula.."...

si suami terdiam.....
"maaf sayang, abang tidak mencatat apa-apa pun...
di mata abang...sayang sudah cukup sempurna ,
abang tidakku mahu mengubah dirimu...
sayang adalah diri sayang sendiri...
baik dan cantik di sisi abang...

tiada satu pun peribadi sayang yang kurang bagi abang....

Si isteri tersentak...
tersentuh dengan pengakuan dan ungkapan cinta suaminya...
Sesungguhnya, suami menerima diri si isteri seadanya dia...
Si isteri kemudian tertunduk dan menangis....


~~
.~~.
~~.~~.~~.~~.~~.~~.~~

P/s: seabagai isteri..jiwa saya telah disentuh oleh kisah ini..
Sebelum kita mencari kekurangan orang lain,

carilah dahulu kekurangan diri sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA
untuk dibandingkan dengan orang lain?
Kalau jawapan nya YA,
maka kita berbohong atau kita PERASAN.
Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dalam dunia ini dan sentiasa ada yang
perlu diperbaiki...
Dan jangan lupa untuk menghargai pasangan hidup kita..
'Raja' hati kita...

wallahualam.....

"Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita
kerana kelebihan kita dan menerima segala kelemahan kita,

sudah pastilah orang ini adalah sangat ikhlas menyayangi diri kita.
INSYA ALLAH."

Akhir Kalam....¸.•*´¯) Salam Ukhuwah. ¸.•*´¯)*
Sesiapa yg nak kongsi silakan.
Tak perlu mintak izin sebab saya memang ingin berkongsi dgn semua orang.
Klik butang 'SHARE'..andai sudi ..(◠‿◠✿)
Selamat Beramal ~ Moga ada manfaatnya...
~♥♥ ummuainries ♥♥~"

SAAT AKU MENYAMPAIKAN SUATU KEBAIKAN KEPADAMU, BUKANNYA AKU HENDAK MEMBERIKAN NASIHAT AKAN KEKURANGANMU SAHABAT..TAPI AKU SEKADAR MENJADIKAN DIRIMU SEBAGAI PERANTARA, AGAR NASIHAT ITU SAMPAI KEPADA DIRIKU."MENGARAHKAN WAJAH KE CERMIN, BUKAN BERERTI MENCARI-CARI KEKURANGAN CERMIN, NAMUN HAKIKATNYA ADALAH MENCARI KEKURANGAN DIRI UNTUK DIPERBETULKAN AGAR LEBIH BAIK, DENGAN "perantaraan cermin"

Ulasan

CHE ROSSLI berkata…
Kalau lelaki/suami boleh renung sama tak?(^-6)
insan_marhaen berkata…
@AL-QASSAMOrang lelaki pun renung2 la etek...xde hal ambe..:-))

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...