Cermin Oh Cermin Mata..




Dah empat hari c'jai tak mencoret di sini....
Tadi Sesudah mengaji selepas solat maghrib , ralit pulak c'jai melihat kembali gambar2 yang ada dalam phone c'jai.. Tetiba jumpa gambar kat bawah ni...
Lebih 20 tahun c'jai berkaca mata, keadaan ni sebenarnya cukup merimaskan... Sebab itu c'jai selalu pesan pada anak2 supaya menjaga penglihatan yang dipinjamkan ni sebaik mungkin.. Selalu tegur kalau dia orang rapat dengan skrin tv... atau kalau berlama-lamaan di hadapan skrin komputer..
Tiada apa yang seronoknya berkaca mata.. C'jai kalau boleh tak pakai , tak mahu pakai...
tapi bila nak keluar rumah , atau nak drive mahu tak mahu kena juga letak kat atas batang idung.. Sebab tu bila berada di rumah dan di dalam kelas memang c'jai akan cabut.. rimas sangat... Penyudahnya botol air c'jai pulak yang bercermin mata...


Godek-godek en.google tadi jumpa ayat untuk menyembuhkan mata yang rabun...
c'jai nak cuba amalkan cara ni..mudah2an Allah beri kesembuhan..
Lasik..???? Mak aiiii.... nak buat lasik macam Hafiz Hamidon , dengar kos dia pun .... hehe.. faham2 je la.... Boleh , kena mengumpul dulu la... Bagi yang berkemampuan , tiada halangan untuk melakukannya...
Apa pun , kepada pembaca yang senasib dengan c'jai...
sama2 kita cuba amalkan ayat di bawah ini disertakan baby carrots.. Selain untuk menyembuhkan karabunan mata, dapat juga PAHALA kerana mengaamalkan ayat2 suci ini... Segalanya Lillahitaala...


Tulisan Terbalik La pulaaaak....!!!!!
Pantun Suke Suki...

Ulasan

Unknown berkata…
saya pun kn pakai cermin mata, tapi degil tak nak pakai sbb rasa cam dok dalam aqurium ikan jer..hahah
insan_marhaen berkata…
@izan mama mia...tahan la rase cam dalam akuarium...c'jai rase cam duduk dalam sangkar hamster je...hahaha..
fieda berkata…
nasib baik saya tak pakai cermin mata..
insan_marhaen berkata…
@fieda .. Alhamdulillah..syukur atas nikmatNya..
Cikrosecute berkata…
Nasib baik jugak saya tak pakai cermin mata...Alhamdulillah...mata sihat..
Mommy_ima berkata…
lama dah tak pakai cermin mata..rabun sikit je, tp bila dah biasa xde cermin mata, mls nak pakai.. :p
Bagus ni, boleh cuba amalkan..mudah2an penglihatan lebih baik, insyaAllah.. :)
CtAyue berkata…
hubby sy ada masalah rabun tp dia pakai spek bila nak drive jer.. bagus ni..boleh try cuba amalkan..alhamdulillah sy tak pakai cermin mata lg setakat ni..
Jahirah berkata…
alhamdulillah setakat ni mata oke.tp ke depan tataw la rajin dok ngadap komputer...bgs perkongsiaan ni,blh diamalkan..;)
insan_marhaen berkata…
Pada kengkawan yang mata masih clear tu..jaga la elok2...kalu dan rabun hilang satu nikmat, terbatas pandangan wooo...hehe..

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...