Hadiah Terbaik Dari Suami Untuk Isteri Tercinta..
Hadiah Mendengar :
Berikan hadiah ini kepada isteri anda
dan anda hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan.
Jangan mencelah,jangan berangan-angan & jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas. Pandang mata isteri semasa dia sedang bersemangadengan apa yg nak dikatakan. (eye contact)...
Hadiah Tanda Kasih :
Jangan kedekut utk memberikan pelukan, ciuman & ramasan tangan.
Selalu membelai dahi isteri berulang-ulang kali, mencium dahi dan kawasan muka isteri..
dan Biarkan tanda-tanda kecil ini menunjukkan rasa
kasih dan sayang yg ada didalam diri anda..
Hadiahkan Sehelai Nota :
Ia mungkin ringkas seperti
“Sy Sayang Awak!.” ,
"sy nak awak selalu!"
"Senyuman awak buat hati sy tenang."
atau
sesuatu yang kreatif seperti sebuah syair dan puisi.
Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh insan yang dikasihi anda akan
jumpa..
Hadiah Ketawa :
Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel.
Mesejnya ialah,
“Saya suka ketawa bersama awak.”
"Sy suka cara awak ketawa"
"Sy suka cara awkberjalan" dan lain2.
Hadiahkan Puji-Pujian :
Sesuatu yang simple seperti
“Warna biru memang ngam dengan awak la”
atau
“Sedapnya masakan awak”
atau
"Cantik baju ni syg!" dan lain2..
Hadiah Bantuan :
Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jemur/angkat baju, jaga anak,
dan lain-lain kerja yg boleh mengurangkan
keletihan isteri dengan kerja2 rumah dan tambah2
lagi isteri yg juga bekerja untuk membantu ekonomi keluarga.
Sekali-sekala buat kejutan untuk isteri anda.
Seperti menghadiahkan dia sejambak bunga pada masa yg benar2 dia tak jangka..
Bercuti di tempat2 yg indah dan romantik..
Hadiah Bersendirian :
Ada ketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan
berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.
Hadiah Keceriaan :
Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang
yang dikasihi.
Hadiah Riadah :
Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi.
Walaupun anda tidak minat dengan sukan/aktiviti itu,
Kalah pun tak apa, sebenarnya kamu masih menang.. :)
Hadiahkan Doa :
Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka
yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.
*Suami yg mengamalkan tips2 ini insya'allah akan dapat merasa perbezaan layanan isteri anda
Ulasan
isteri tak mengharapkan harta sebagai hadiah dr suaminya...tapi kalau dapat...syukurlah.....perhatian dan cintanya yg didambakan...