Nama-nama Lain Bagi Ramadhan
- Ramadan adalah bulan yang kesembilan dalam tahun hijrah kalendar Islam.
- Ramadan bermaksud ”sangat panas atau membakar” – ia bermaksud bulan membakar dan menghapuskan dosa-dosa orang yang berpuasa.
– Disebut syahrul jihad kerana pada bulan Ramadhan, banyak peristiwa jihad yang berlangsung dalam sejarah umat Islam. Ketika pertama kali puasa diwajibkan, saat itu juga terjadi perang Badar. Jihad qital pertama yang menorehkan prestasi emas bagi umat Islam generasi pertama. Selanjutnya, pada tahun 10 H terjadi jihad yang sangat luar biasa. Fathu Makkah. Inilah penaklukan paling indah dalam sejarah umat manusia. Penaklukan tanpa korban jiwa. Kemenangan besar tanpa tetesan darah! Sepuluh ribu pasukan Islam yang dipimpin oleh Rasulullah memasuki Makkah dengan tenang, menang tanpa perlawanan.
Demikian pula sejarah umat Islam berikutnya. Kurang lebih 650 tahun kemudian, Perang Ain Jaluth juga terjadi pada bulan Ramadhan. Pasukan Islam melawan pasukan Tartar dan memperoleh kemenangan.
Masih banyak sejarah jihad yang dimenangkan kaum muslimin di bulan Ramadhan. Pada Ramadhan tahun 15 Hijrah, terjadi perang Qadisiyyah dimana orang-orang Majusi di Persia ditumbangkan. Pada Ramadhan tahun 53 H, umat Islam memasuki pulau Rhodes di Eropa. Pada bulan Ramadhan tahun 91 H, umat Islam memasuki selatan Andalusia. Pada Ramadhan tahun 92 H., umat Islam keluar dari Afrika dan membuka Andalus dengan komandan Thariq bin Ziyad.
– Disebut syahrul infaq kerana besarnya pahala infaq pada bulan ini. Kebiasaan umat Islam juga mengeluarkan zakat mal pada bulan Ramadhan ini. Rasulullah SAW sendiri mencontohkan bahwa beliau meningkatkan kedermawanannya pada bulan Ramadhan ini.
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - أَجْوَدَ النَّاسِ ، وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِى رَمَضَانَ حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ ، وَكَانَ يَلْقَاهُ فِى كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ فَيُدَارِسُهُ الْقُرْآنَ ، فَلَرَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - أَجْوَدُ بِالْخَيْرِ مِنَ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ
Dari Ibnu Abbas, ia berkata: "Rasulullah SAW adalah orang yang paling murah hati, lebih-lebih ketika bertemu Jibril di bulan Ramadhan. Beliau bertemu Jibril pada pada setiap malam bulan Ramadhan untuk tadarus Al-Qur'an. Maka sifat murah hati Rasulullah melebihi hembusan angin." (HR. Bukhari)
– dinamakan Bulan Al-Quran kerana dalam bulan ini diturunkan Al_Quran yang menjadi panduan hidup manusia.Maka mari kita perbanyak tilawah Al-Qur'an pada bulan Ramadhan ini, mempelajari dan memahaminya. Seperti disebutkan dalam ayat 185 di atas, Al-Qur'an adalah petunjuk. Bagaimana petunjuk itu bisa kita laksanakan kalau kita tidak memahami petunjuk itu. Maka mengkaji tafsir Al-Qur'an adalah salah satu interaksi yang tepat selama bulan Ramadhan ini.
– Bulan Puasa kerana pada bulan ini dilaksanakan ibadat puasa selama sebulan.Menahan makan, minum, hubungan seksual dan hal-hal lain yang membatalkan puasa sejak terbit fajar hingga terbenamnya matahari.
– Disebut syahrut tarbiyah kerana pada bulan Ramadhan ini, Rasulullah bertadarus .
– Bulan Rahmat kerana dalam bulan ini dipenuhi dengan segala kerahmatan.
– Bulan Kemurahan kerana dalam bulan ini terdapat banyak kemurahan dan kebajikan.
– Bulan Kejayaan kerana kejayaan melawan tuntutan nafsu dan berjaya mengerjakan puasa.
– Bulan Kesabaran kerana dalam bulan ini dipenuhi dengan latihan kesabaran melaksanakan perintah Allah.
10.
-Disebut syahrul qiyam kerana pada malam hari selama bulan Ramadhan disunnahkan untuk shalat tarawih, serta menjadi kebiasaan para salafus shalih bahwa mereka menghidupkan malam-malam di bulan Ramadhan melebihi malam lainnya dalam rangka memperlama shalat sunnah, memperbanyak dzikir dan tilawah, serta ibadah-ibadah sunnah lainnya. Terutama pada sepuluh malam terakhir di mana disunnahkan i'tikaf di dalamnya.
....WALLAHUALAM....
" INDAH LANGIT KERANA AWAN, INDAH LAUT KERANA KEBIRUAN, INDAH REJAB KERANA ISRAK MIKRAJNYA, INDAH SYA'BAN KERANA NISFUNYA DAN INDAH RAMADAN KERANA KEBERKATAN dan LAILATUL QADARNYA.
Ulasan