Bila Hati 'di Usik'..




Bibir yang cantik belum tentu kepunyaan orang yang berhati cantik juga...

(◕︵◕)

Bila hati terusik dengan kata-kata..
maka benarlah kata pepatah...
Lidah itu tajamnya melebihi mata pedang...
Sesekali bila perasaan diuji...
diri jadi pemikir seketika..

memujuk hati..
"ah biarlah apa orang nak kata..
yang penting aku laksanakan tugas ..
tiada kesudahan memikirkan kata-kata orang..
Lebih dari ini pun pernah aku lalui..."

Ya...
mungkin apa yang dikata itu ada kebenaran
yang aku sendiri terleka..
kerana mereka itu menjadi 'cermin'ku
Tapi jadilah cermin yang jelas ..
yang terang..
bukan menjadi 'cermin gelap'..
Apapun...
Terima kasih kerana menyedarkan..

atau...
Kalau kita disakiti oleh seseorang ..
mungkin kita pernah bersikap begitu satu saat dahulu..
Tapi...
Jika mereka sakitkan hati kita,
dan..kita tak pernah menyakiti mereka..
INSYAALLAH..
Kita hanya perlu tersenyum..
menerima dengan hati yang tenang,
apa jua perbuatan mereka...
ada hikmah disebaliknya...

YA..
ada hikmah di sebaliknya..
ingat sekali lagi....
lebih teruk daripada ini pun telah pernah aku lalui...
apalah sangat bila hati 'diusik manja' begini..
kerana..
ada insan lain..
yang hatinya lebih hebat lagi diuji.....

✿◕__◕✿

Ulasan

cik aisha berkata…
saya setuju sangat lidah lebih tajam daripada mata pedang yang tajam tu. kdg2 dgn kata2, banyak hati yg terguris.:(
insan_marhaen berkata…
Betul cik aisha...terkadang kita rasa kita tak ambil tahu hal org lain kita x akan 'diusik'..tapi ...kita silap...sbb tu kita perlu persiapkn hati untuk jadi sekuat batu andai boleh..untuk menagkis perkara2 tak terduga seperti ni... hehe..
Tanpa Nama berkata…
salam ziarah akak..;)

terkesan.terima kasih;)
insan_marhaen berkata…
Pengemis cinta ~ teriima kasih dik, sudi ziarah dn singgah...
... Ini lah kehidupan...

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...