Aksi2 Dak Kucing...


Terlihat satu post di FB berkaitan seorang wanita telah di denda RM 400 kerana menganiaya kucing..Tak baca pun berita tersebut..tak sanggup...
Seperkara lagi tentang kucing juga di FB..di potong kakinya kerena mencuri ikan..
sungguh menyesal saya terpandang akan gambar tersebut walaupun sekilas lalu...
Teringat-ingat selepas itu...Kasihan sungguh...
Aduhai ... mengapa ada manusia sezalim itu...
Tidak dapat membayangkan apakah yang ada dalam fikirannya ketika melakukan perkara sedemikian...
Mungkin kepuasan yang tidak terhingga dapat melampiaskan dendam pada seekor kucing..

Ah..apalah sangat nilai seekor kucing..
sedangkan bayi sendiri pun boleh dibuang ,
dibunuh dan dicampak dimerata-rata....

Dua kisah di atas menyebabkan saya rasa terpanggil
untuk menulis n3 berkaitan kucing-kucing peliharaan saya...


gambar di copy dari en.google..



Di bawah ini adalah kucing kesayangan anak-anak saya...
Tak banyak.., cuma dua ekor sahaja...
Mereka ni jadi penghibur kami sekeluarga...

Ini Si Kitty..Tak tau yang mana Kitty yang mana sofa...

Kitty ni Persian Cat...
Perwatakannya yang lemah lembut tu membuatkan hati saya belas memandang wajahnya...'Muka kesian' kata orang...
Nampak manja sesuai dengan sifat kebetinaannya..
'Jinak-jinak kucing' pepatah baru..
Bila nampak saja saya nak ambil dia.., dan-dan dia pergi ke tempat bekas makanannya.
Buat2 nak makan.. Sebab Kitty ni tak suka dipegang .
Rimas agaknya.Hidungnya yang pesek itu menambahkan lagi kecomelan Kitty...
Kitty ni menjadi kemanjaan Along , anak teruna saya....

27 Julai baru-baru ni Kitty telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang pertama..



Happy Birthday Kitty...!!!


Ini namanya Si Opie

Opie ni pulak sangatlah aktifnya....
Kalau manusia ni dikira budak nakal la...
Ain , anak dara saya pula lebih sukakan Opie.
Sejarah Opie ni saya kutip dia ketika masih baby.
Berjalan pun masih ketar dan goyah..
Membesar tanpa seekor ibu membentuk jatidiri sebagai anak kucing jantan yang sedikit kasar..Lengan saya sekarang ni bercalar balar...
Bila bergurau, biasanya Opie akan menggigit sekuat hati..
Tak pandai nak berlembut..
Pantang nampak benda bergoyang dan bergerak, jaga-jagalah...
Dulu masa Opie takde, saya boleh menghias rumah...
Sekarang niiiiiiii.........hmmm...malas nak cerita...
nak di pukul tak sampai hati...
Seingat saya, waktu anak-anak saya kecil dulu.., saya masih boleh menghias dan mencantikkan rumah...Anak-anak pulak jenis baik...hehe...
Patutlah Allah kurniakan saya anak-anak yang baik dan senang dijaga...
Rupa-rupanya Dia nak berikan saya seekor kucing yang nakal dan aktif....


Kenangan...Botol susu Opie...

Aksi-aksi Kitty dan Opie

Kitty bersantai di atas sofa



Opie ni bila melepak, mesti nak di atas katil.Kalau tidur pun atas katil juga..



Tengok Kitty...Sedar diri, tidurnya di atas lantai je...



Muka comel..mata besar..hidung mancung...Ada harapan jadi jejaka hensyem...
Nakal-nakal pun tetap kami sayang...
Malah adik dan kakak-kakak saya turut sayangkan Kitty dan Opie...


Bersantai di tempat bergaru...
Tenang tanpa diganggu oleh Opie..
Kesian Kitty ni.., selalu kena buli dengan Opie.


Tengok Si Opie ni ...
Hari yang berlainan tapi tetap di atas katil....


Sedang khusyuk mengasah kuku..bergaru pada tiang pengaru..





Apa yang ingin saya sampaikan di sini,
dari kecil lagi anak-anak dan keluarga kita perlu dipupuk dengan sifat penyayang...
Bentuk anak-anak membesar dengan nilai-nilai murni ...
Janganlah hendaknya kita,
suami dan anak-anak termasuk dari kalangan orang-orang yang zalim pada makhluk Allah yang lain...

Ingatlah kisah seorang wanita yang alim dan warak kerana rajin bersolat malam
tetapi akhirnya Allah tempatkannya ke dalam neraka...
Di sebabkan dia mengurung seekor kucing sehingga kucing itu mati...
Dan seorang wanita lain pula, yang pernah menjalani kehidupan 'hitam' tetapi akhirnya dihadiahkan syurga...
Keikhlasannya memberi seekor anjing yang kehausan minum air sangat besar impak ke atas dirinya...
walaupun hanya seekor anjing ,
tetapi perbuatannya membantu sesama makhluk itu yang perlu dijadikan contoh teladan...





KERANA SUDI MEMBACA HINGGA KE NOKTAH AKHIR


Ulasan

Unknown berkata…
kucing juga adalah peneman di kala kesepian, kesedihan..

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...