Nisfu Syaaban




Assalamuailaikum...

Bulan Syaaban telah sampai dipertengahannya...Dimana pada 15 Syaaban ia dikenali dengan Nisfu Syaaban..Banyak kekeliruan yang timbul berkaitan dengan Nisfu Syaaban di kalangan orang-orang Islam Melayu.

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud :

“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Rasulullah s.a.w menjawab, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Tergerak hati ini untuk mengetahui dengan lebih detail tentang Nisfu Syaaban..Dalam usaha mencari maklumat berkaitannya saya terjumpa soal jawab tentang Nisfu Syaaban di satu laman .Saya bawakan soal- jawab itu ke sini untuk kita teliti dan kongsikan bersama..Mudah-mudahan ia dapat menambahkan lagi ilmu dan pemahaman kita berhubung dengan Nisfu Syaaban..

Soal Jawab Tentang Nisfu Syaaban

Soalan :
Apakah hukum atau dari manakah asalnya amalan membaca yaasin 3 kali pada malam nisfu Syaaban. Adakah ada dalil yang jelas mengenai perkara ini.

Jawapan :
Amalan nisfu Sya'aban adalah suatu perayaan yang direka berdasarkan nas-nas yang lemah dan mardud (tertolak). Inilah pendapat majoriti mujtahid hari ini antaranya Prof Qardhawi (Fatawa Mu'asirat), Syekh Sayyid Sabiq (Fiqh Sunnah), Prof Mutawalli Sya'rawi (anta Tasal), Dr Abdul Karim Zaidan (alMufassal) dan Prof TM Hasbi asSiddiqui (Sunnah dan Bid'ah). Amalan membaca Yaasin 3X pada malam nisyfu Sya'aban adalah bid'ah dan tidak ada nas yang menyokongnya. Amalan nisfu Sya'aban ini adalah adat Melayu dan ia bukan peristiwa yang disyari'atkan.

Soalan :
Adakah keistimewaan atau kelebihan hari atau malam nisfu syaban ?

Jawab:
Para pengkaji Sunnah mengesahkan fadhilat malam nisfu sya'ban ni tiada dasar dalam Islam. Malam yg diagung2kan itu sebenarnya malam lailatul Qadr sahaja. (lihat Dr Qardhawi, Fatawa Mu'asirat)

Soalan :
Tak kan lah dengan membaca yasin boleh mendatangkan bidaah, kan kita digalakkan untuk banyak membaca alquran, saya menjadi confuse dengan apa yg diceritakan.

Jawab:
Kita sudah mengkaji dalam semua kitab2 fatwa dan laman web antaranya: islam Online, kitab Qardhawi: Fatawa Mu'asirat, Lujnah Daimah Arab saudi, Lujnah fatwa alAzhar, Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah, Ustaz Basri Ibrahim, Kusza...
Penjelasan: Baca yaasin tidak bid'ah. Ia menjadi bid'ah bila dikaitkan dengan peristiwa dan malam2 tertentu sedangkan amalan itu tidak diambil dari nabi saw.


Soalan :
Adakah terdapat nas sahih yang mengatakan pada malam nisfu syaban, catitan amalan untuk tahun lalu akan di bawa ke langit dan buku yang baru akan dibuka untuk amalan yang datang ?

Jawaban:
Pendapat tersebut adalah Dha'if. Perkara di atas terdapat di dalam beberapa kitab tetapi nas atau sumbernya tiada yang sahih. Tiada ditemui sumber/nas sahih berkaitan perkara di atas setelah dilakukan kajian mendalam oleh berbagai pihak.

Soalan :
Apakah hukum berpuasa sunat selepas 15 Syaaban ?

Jawapan:
Berkata Imam asSyawkani (Nailool Awthor, Jld 3/243),"jumhur ulama' mengharuskan puasa sunat selepas 15 Sya'ban kerana larangannya datang dari hadis dha'ef. PUASA DI BULAN SYAABAN Adalah disunatkan berpuasa di bulan Sya`ban sebagaimana yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu `anha berkata:

Maksudnya: "Adalah Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam berpuasa sehingga kami mengatakan baginda tidak berbuka, dan baginda berbuka sehingga kami mengatakan baginda tidak berpuasa. Saya tidak pernah melihat Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam menyempurnakan puasa satu bulan kecuali pada bulan Ramadan dan saya tidak pernah melihat baginda berpuasa lebih banyak daripadanya pada bulan Sya`ban." (Hadith riwayat Bukhari)

Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam memperbanyakkan berpuasa pada bulan ini adalah disebabkan oleh beberapa perkara sebagaimana yang diriwayatkan daripada Usamah bin Zaid berkata:

Maksudnya: "Wahai Rasulullah! Aku belum pernah melihat engkau berpuasa satu bulan daripada bulan-bulan sebagaimana (banyaknya) engkau berpuasa di bulan Sya`ban

" Baginda bersabda: "Sedemikian itu kerana bulan Sya`ban, bulan yang manusia lalai (kerana terletak) di antara bulan Rajab dan bulan Ramadan, dan Ia adalah bulan di mana diangkat padanya amalan-amalan manusia kepada Allah Rabbul `Alamin, maka aku suka supaya diangkat amalanku sedang aku di dalam keadaan berpuasa." (Hadith riwayat An-Nasa'i)

Anda boleh klik http://www.mail-archive.com/dakwah@yahoogroups.com/msg00000.html untuk mendapatkan maklumat lanjut dengan link2 lain yang disertakan di laman ini..

Lagi Berkaitan Nisfu Syaaban

Adapun amalan membaca Yasin sebanyak 3x pada malam tersebut sebenarnya adalah TIDAK WARID ( tiada sandaran ) dari Al Quran dan Hadis Rasulullah SAW. Namun…tidak salah kita nak membaca Yasin pada malam tersebut.Yang salahnya ialah kefahaman sebahagian orang melayu yang meletakkan kepercayaan bahawa MESTI BACA YASIN 3x. Itulah yang salah.

SYAABAN adalah salah satu bulan Hijrah yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Syaaban dianggap pintu gerbang Ramadan kerana pada bulan itu umat Islam masih boleh makan dan minum pada siang hari sebelum mereka menyambut kedatangan bulan puasa yang penuh berkat.

Kelebihan Syaaban dapat dilihat apabila Rasulullah SAW pernah memberitahu sahabat mengenai Syaaban. Bulan itu dinamakan demikian kerana pada bulan itu Allah banyak memberi rahmat kepada hamba-Nya.

Pada bulan Syaaban, ada satu malam sangat dinantikan umat Islam iaitu malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu, umat Islam akan membanjiri masjid dan surau untuk menghidupkan malam itu dengan bacaan surah Yasin secara beramai-ramai.

Malangnya, timbul persoalan mengapa umat Islam hanya melangkah kaki ke masjid dan surau pada malam Nisfu Syaaban saja, tidak pada hari lain dalam bulan lain. Perlu ditegaskan, setiap bulan Hijrah memiliki keistimewaan dan kelebihan masing-masing dan bagi Muslim bertaqwa akan sentiasa berusaha merebut dan meraih keistimewaan yang Allah sediakan pada bulan itu.

Muslim sejati tidak akan memilih bulan tertentu untuk beribadat kepada Allah. Dia akan sentiasa beristiqamah dan beriltizam menjunjung segala titah dan perintah Allah pada setiap masa dan keadaan sehinggalah dia menghadap Allah nanti.

Antara Nisfu Syaaban dan Lailatul Qadar

Jika kita lihat di Malaysia ramai orang-orang Melayu kita berebut-rebut memenuhi masjid dan surau semata-mata untuk merebut fadhilat malam Nisfu Syaaban. Sememangnya terdapat juga himpunan hadis menerangkan keistimewaan Syaaban, kelebihan malam Nisfu Syaaban dan keutamaan amalan tertentu pada bulan itu. Tetapi kebanyakan daripada hadis itu adalah hadis daif menurut pandangan ulama. Walau bagaimanapun ada sebahagian ulama berpendapat hadis daif boleh dipegang dalam amalan sunat secara perseorangan.

Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban ialah:

“Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).”

[Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain].

Hadis ini tidak mengajar kita apakah bentuk amalan malam berkenaan. Oleh itu, amalan-amalan khas tertentu pada malam tersebut bukan dari ajaran Nabi S.A.W.

Dalam masa yang sama berapa kerat sangatkah daripada kita yang berebut - rebut untuk mencari malam Lailatul Qadr. Sedangkan dalil berkenaan kelebihan malam Lailatul Qadr sudah jelas termaktub di dalam al-Quran dan juga disebut di dalam hadis-hadis yang soheh.

Firman Allah SWT: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) itu pada malam al-Qadar. Apakah cara yang membolehkan engkau mengetahui kebesaran lailatulqadar itu? Lailatul qadar ialah malam yang lebih baik berbanding 1,000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar. (al-Qadr: 1-5).

Bacaan Yasin Sebanyak 3 Kali Pada Malam Nisfu Syaaban

Biasanya diadakan majlis bacaan surah Yasin sebanyak tiga kali selepas solat Maghrib. Di celah-celah bacaan Yasin ini diselitkan dengan bacaan doa seperti :
Pada bacaan Yasin pertama, diniatkan memohon panjang umur.
Pada bacaan Yasin kedua, diniatkan memohon dijauhkan bala.
Pada bacaan Yasin ketiga, diniatkan memohon murah rezeki yang halal.

Diperhatikan bahawa amalan sambutan Nisfu Syaaban yang kaifiatnya sebegini tidak diamalkan di tempat lain di seluruh dunia melainkan di Malaysia dan sekitar Nusantara.

Ada di sesetengah tempat pada malam Nisfu Syaaban, mereka membaca Surah Yasin dengan begitu pantas sehingga mengabaikan hukum-hukum tajwid. Ini berlaku semata-mata ingin mengejar bilangan 3 kali bacaan. Sebetulnya kita perlu membaca al-Quraan dengan cara yang betul dan bertepatan dengan bacaan sebagaimana ianya diturunkan oleh Allah Taala. Jadi manakah pilihan terbaik; membaca Yasin 1 kali dengan bertajwid, ataupun membaca surah Yasin sebanyak 3 kali dengan mengabaikan tajwid?

Allah Taala berfirman di dalam Al-Quraan :

“Dan bacalah Al-Quran dengan penuh tartil (bertajwid)”. (QS 73 : 4)

Doa Antara Bacaan Yasin Malam Nisfu Syaaban

Sepertimana yang biasa diamalkan oleh penduduk tempatan:
Doa pada bacaan Yasin pertama, diniatkan memohon panjang umur.
Doa pada bacaan Yasin kedua, diniatkan memohon dijauhkan bala.
Doa pada bacaan Yasin ketiga, diniatkan memohon murah rezeki yang halal.

Sebenarnya kita digalakkan berdoa apa saja kepada Allah S.W.T pada malam Nisfu Syaaban untuk kebaikan kita di dunia dan di akhirat. Tidak hanya tertakluk pada tiga doa di atas sahaja. Apa-apa sahaja doa untuk kebaikan sepertimana firman Allah S.W.T di dalam al-Quran:

Firman Allah di dalam al-Quran:
“Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.”
(Surah al-Mu’min, 40: 60)

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”
(Surah al-Baqarah, 2: 186)

Kita boleh membaca surah Yasin dan berdoa bersendirian, di mana-mana dan bila-bila masa sahaja.

Inilah antara info yang saya perolehi dalam pencarian saya tentang Nisfu Syaaban...
Sahabat-sahabat yang lebih arif..., betulkan saya jika terdapat kekhilafan..

Ulasan

Jahirah berkata…
smlam dgr kat TV amalan baca yasin 3kali elok masa nifsu syaaban...;)
Deq's Qienz berkata…
salam kenal ya..amboi blog dia.bling² lagik...hehee nice sharing sis :)
insan_marhaen berkata…
Aishah Jahirah...betul tak salah cuma jangan meletakkan kepercayaan bahawa MESTI BACA YASIN 3x pada malam nisfu syaaban..wallahualam... banyak sangat pandangan dan pendapat..kita pilih yang terbaik..:)
insan_marhaen berkata…
Deq's Qienz..terima kasih singgah mengomen..:)

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...