Mudahkan Yang Payah....
Seorang lelaki mengadu kepada seorang doktor pakar mengenai masalahnya tidak boleh tidur malam. Pelbagai cara telah diusahakan, tetapi masalah tetap tidak dapat diatasi.
"Apa yang mengganggu fikiran kamu hingga tidak dapat tidur?" tanya doktor
"Saya rasa ada seekor dinosaur bersembunyi di bawah katil saya.Dan apabila saya memejamkan mata, dinasour itu akan membaham saya!"
"Masalah awak hanya ada pada pemikiran awak.Tidak ada dinosaur, percayalah."
"Ada!" jawabnya penuh yakin.
Doktor itu mengadakan mesyuarat dalam kalangan doktor-doktor pakar berbincang mengenai masalah lelaki itu.
"Jelas, ini masalah psikologi," kata doktor pakar psikologi.
"Ini masalah phobia akibat didikan masa lampau," ujar seorang pakar yang lain.
"Saya rasa ini berkaitan dengan masalah saraf,"tambah seorang doktor pakar saraf.
"Baiklah.Saya berikan masa untuk awak semua mencuba kaedah masing-masing untuk mengubatinya," rumus doktor tadi.
Selepas seminggu, doktor-doktor tersebut bermesyuarat semula untuk membentangkan laporan masing-masing.
"Ini masalah psikologi yang sungguh kronik.Pelbagai kaedah telah saya gunakan, tetapi dia tetap merasakan ada dinosaur di bawah katilnya," pakar psikologi membuat penjelasan.
"Sarafnya semua okey.Tidak ada apa-apa yang tidak normal."
"Saya syorkan dia menerima rawatan alternatif."
Banyak cadangan yang diusulkan, sehingga doktor itu binggung mana satu rawatan yang logik untuk dilaksanakan.Di rumah, doktor itu termenung panjang.
"Mengapa ayah termenung?" tegur anaknya yang berusia tujuh tahun.
"Ada masalah seorang pesakit ayah."
"Apa masalahnya ayah? Mana tahu saya boleh membantu."
Dalam hati doktor terdetik,kalau daripada kalangan doktor-doktor pakar pun tidak dapat menyelesaikan masalah ini, inikan pula anaknya yang berusia setahun jagung!
Namun untuk meraikan si anak, doktor itu pun menceritakan masalah pesakitnya.
"Oh, dia rasa ada dinosaur menyorok di bawah katilnya hingga dia tidak boleh tidur?"
"Ya, begitulah."
"Kalau begitu ayah potong saja kaki katilnya!"
"Apa pula kaitannya kaki katil itu dengan masalahnya yang tidak boleh tidur?"
"Kalau kita potong kaki katil, sudah tentu dinosaur tu tak ada tempat untuk bersembunyi!"
"Ya tak ya juga,"bisik doktor itu dalam hatinya.Esoknya kaki katil si pesakit itu dipotong.
"Nah, sekarang dinosaur itu tidak ada tempat lagi bersembunyi di bawah katil kamu.Kamu boleh tidur sekarang."
Benarlah, si pesakit itu pun boleh tidur dengan nyenyaknya.
MORAL : Betapa banyak masalah besar yang dapat diungkai apabila kita berfikir dengan santai, bebas dan keluar daripada pemikiran yang biasa..
Ulasan
ttp,ramai yg tdk dpt brfikir secara santai bla ada mslh....kdg2 mslh kita sndiri akn mkn diri sendiri..
pringatan utk sy sndiri juga....
terima kasih diatas info