Kisah Mistik .... Setandan Pisang..







Kring..!Kriiiiiing... Telefon rumah saya berbunyi ketika senja makin berlabuh...

"Ummi....? Ada..ada..!"Terdengar perbualan Along anak sulung saya.

"Ummiiiiii...Mak cu nak cakap" jerit along sambil menghulurkan gagang telefon kepada saya.
Agak bermalas-malasan saya lalu mencapai telefon..panggilan dari adik bongsu saya,Ina.

"Assalamualaikum...."

"Kenapa telefon handpone semua tak dapat"Saya diterjah soalan dalam nada yang sedikit cemas bunyinya.

"Laaa..awak ada telefon handphone aya ke?Tak de dengar bunyi pun....Kenapa?????

"Takde apa...awak ada kat mana?

"Kat rumah la..Kan awak tipon guna tipon rumah...Kenapanya? saya bertanya lagi .

"Tak de apa la....saja je...Eh, Tam aya nak tido kat rumah awak malam ni boleh?

"Lah, datang laaa....tapi kenapanya," saya agak kehairanan rasa nada tu seperti ada sesuatu yang tak kena saja...

"Tak de apa..ok lah..nanti aya datang.. Assalamualaikum.."

"Mmmmm..waalaikum salam..." sambil meletakkan gagang telefon otak saya ligat memikir..seperti ada sesuatu....

Inilah perbualan saya dengan adik bongsu saya pada suatu petang...Selepas Isyak Ina ,Jaffri dan anak-anak tiba di rumah....Ketika itu saya masih di bilik ..Seusai solat Isyak saya ke ruang tamu.

"Tam, nanti awak masukkan gambar buah pisang dari kebun aya dalam facebook awak," kata Ina berupa cadangan sebaik melihat kelibat saya...

"Mananya..meh nak masukkan dalam blog.." tingkah saya nada bergurau.

Lalu dia menghampiri saya sambil menunjukkan beberapa keping gambar setandan pisang yang terpapar pada skrin kameranya.Saya meneliti gambar tersebut..Ya..memang kelihatannya agak pelik sedikit dari tandan pisang yang pernah dilihat sebelum ni... Rupa-rupanya setandan pisang ini ada terselit kisah mistik disebaliknya.




Ini pisang yang biasa kita lihat..Cuba bandingkan dengan pisang di bawah pula..

Inilah rupa pisang yang diambil dari kebun pisang Ina dan Jaffri.Pisang yang keluar secara terbalik..Buah pisang ini agak panjang, ukuran sebiji lebih kurang sekaki panjangnya

Saya sambung semula kisah yang tergendala sebentar tadi....Begini ceritanya :
Petang Rabu yang lalu wak , pekerja Indonesia yang diupah Jaffri menunggu kebunnya telah menebang beberapa pisang untuk dijual....Sewaktu mahu menebang pokok yang satu ini berlaku sedikit perkara aneh...Sebaik mata parang melibas batang pisang , tak semena-mena keluar sedikit percikan api dari batang pisang tersebut..Tetapi wak ni memang seorang yang berani, kerana sebelum ini pun telah banyak perkara-perkara mistik yang dilaluinya sepanjang menjaga kebun Jaffri.. Dia tidak mengendahkan apa yang dia nampak sebentar tadi malah meneruskan usaha menebang..Bayangkan untuk menebang pisang ini dia perlu melakukan empat kali libasan...Jika difikir secara logik akalnya batang pisang yang lembut itu sekadar sekali libasan pun sudah memadai untuk menumbangkannya... Dek keletihan kerana telah banyak pokok-pokok pisang yang ditebangnya sebelum ini, wak tidak perasan langsung akan keanehan yang terdapat pada buah pisang tersebut..Apabila batang pisang telah tumbang, dan ketika ingin mencantas tandannya baru wak perasan akan kepelikan buah tersebut..Kerana terkejut, lantas wak mengundur kebelakang meninggalkan pisang tersebut tanpa sempat dipotong tandannya...Sewaktu mengatur langkah menjauhkan diri dari pisang tersebut wak sempat berpaling semula memandang ke belakang...Lagi sekali wak terkejut besar,berlaku satu lagi perkara pelik yang tidak masuk akal...Bayangkan sahabat-sahabat , pokok pisang yang telah tumbang , kembali tegak seperti sediakala...Wak pun apa lagi terus mengatur langkah sejuta....Begitulah ceritanya para pembaca yang budiman ..Terasa bagaikan membaca sebuah kisah dongeng zaman dahulu kala kan???? Saya turut merasakan begitu.... Andai cerita ini saya dengar dari mulut ke mulut saya mungkin tak akan percaya langsung akan kesahihannya..Tetapi apabila terkena kepada saudara terdekat.....hmmmm..tak mampu untuk mengatakan TIDAK PERCAYA.....Lagipun perkara-perkara ghaib yang berkaitan jin , iblis dan syaitan ini memang wujud.


Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepadaKu. (Surah az-Zariyat: 56)






Kerana penangan buah pisang ini, malam itu Ina sekeluarga bermalam di rumah saya...kerana pisang pelik itu telah ada di beranda rumahnya selama dua malam.Ia dibawa balik ke rumah oleh Jaffri dan wak..Penyudahnya mereka berdua agak kepayahan untuk tidur pada malam harinya ..Sebaik mata dipejam yang terlihat adalah bayangan pisang tersebut...Nasib baik pula anak-anak tidak meragam..Bagi saya peristiwa yang berlaku ini adalah dengan kehendak dan kuasa ALlah belaka...

Saya tidak mengharapkan para pembaca percaya dengan apa yang saya coretkan kali ini..Tetapi itulah peristiwa yang terjadi dan dihadapi sendiri oleh adik saya dan suaminya serta pekerja yang menjaga kebun tersebut..Selebihnya WALLAHUALAM........Allah jua yang mengetahui rahsia disebalik kejadia itu....



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...