Musibah Latihan Sukan
KUANTAN – Seorang murid Tahun Dua di Sekolah Kebangsaan Sungai Ular di sini tenat setelah disengat lebih 10 tebuan ketika menjalani latihan sukan 20 Jun lalu.
Mohamad Al-Amin Ibrahim, 8, kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan setelah paru-parunya dikatakan gagal berfungsi kerana jangkitan kuman.
Bapa angkatnya, Abdul Aziz Mamat, 49 berkata, anaknya itu dikatakan disengat tebuan di bangunan pra sekolah tersebut dan terus dibawa ke rumah oleh pihak pengurusan sekolah tanpa merujuknya terus ke klinik atau hospital.
Menurutnya, anaknya itu disengat di bahagian kepala, leher, rusuk dan belakang sehingga menyebabkan seluruh badannya berubah menjadi kebiruan.
“Saya agak terkilan kerana guru di sekolah tersebut tidak terus membawa anak saya ke hospital untuk mendapatkan rawatan kerana tebuan yang menyengat anak saya ini bukan sedikit.
“Mereka terus membawa ke rumah saya dan isteri saya, Rosilawati Abdul Rahman untuk dibawa ke hospital,” katanya yang apabila guru memaklumkan anaknya itu sengaja datang ke sekolah walaupun tiada latihan sukan.
Selain itu, dia juga agak terkilan kerana guru di sekolah tersebut tidak mengambil perhatian terhadap apa yang terjadi.
Sinar Harian dimaklumkan juga, pihak sekolah telah menghubungi bomba untuk memusnahkan sarang tersebut sehari selepas kejadian menimpa Al-Amin.
“Meraung-raung dia cakap pada saya seluruh badan dia sakit-sakit, dua minggu dia terlantar di hospital dia masih boleh bercakap dan sejak tiga hari lalu dia dimasukkan ke dalam ICU dalam keadaan separuh sedar, ada guru-guru datang menjenguk,” katanya yang menjaga Al-Amin sejak berumur tiga hari sedih melihat keadaan anak bongsunya itu dalam keadaan tidak bermaya.
Sehubungan itu juga, mereka telah membuat laporan di Pejabat Pendidikan bagi memaklumkan kejadian yang menimpa anaknya itu.
“Semoga kejadian seperti ini tidak berlaku kepada orang lain dan dijadikan pengajaran kepada.
“Saya juga harap agar anak saya cepat sembuh kerana menurut doktor keadaan dia ketika ini benar-benar tenat,” katanya.
Sumber http://www.sinarharian.com.my/sh/pahang/content/story9271504.asp
Sedih denagn kejadian yang berlaku...kerana saya mengenali adik Amin walau tidak begitu rapat..Ternampak-nampak akan wajah comel .Badannya yang agak berisi itu menambah lagi rasa 'geram' pada kanak-kanak ini...Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.. Semoga Kak Tie dan Abang Aziz tabah dan bersabar dengan ujian yang Allah berikan ini...
Perkara telah berlaku...tetapi kita perlu ambil iktibar dan pengajaran dari musibah ini..Jangan "sudah terhantuk baru tergadah" kerana itulah sikap kebanyakan kita hari ini.. Orang lain yang akan menjadi mangsa dari sikap cuai, lalai dan sambil lewa kita... Bayangkan andai ini berlaku pada keluarga atau anak kita...Iktibar juga buat diri saya yang bergelar cikgu agar lebih cakna apa yang terjadi ke atas anak didik saya..Kita sebagai manusia biasa terlalu banyak kelemahannya..Yang silap tetap silap dan jika betul kita akan pertahankan.. Saya dapat merasai kesedihan Kak Tie. Rasa sebak begitu sendat di dada tatkala menerima dan mendengar cerita dari adik saya Ina yang menziarahnya di hospital.Tanpa saya sedar air mata bergenang dan bertakung ..Bersabarlah Kak Tie..berdoalah semoga Amin diberi peluang ke dua oleh Allah untuk memandang dunia yang terbentang luas ini...Semoga Allah memberikan sedikit keajaiban untuk Amin, walau doktor mengatakan harapannya 50/50....
Ulasan