Sembah Bangunan Kotak Hitam






Kafir : ‎Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?

Muslim: Oh.. itu Ka'abah atau nama lainnya Baitullah

Kafir : Baitullah tu apa?

Muslim: Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah.

Kafir : Allah ada dalam tu?

Muslim : Tak..

Kafir : Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam
tu?

Muslim : Yang aku sembah bukannya bangunan tu...

Kafir : Kau sembah apa?

Muslim : Aku sembah Allah SWT.

Kafir : Jadi, kenapa sembah bangunan tu?

Muslim : Aku menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi aku tak sembah
Kaabah.

Kafir : Bukankah kau sujud ke arah Kaabah, maknanya ku sembah
Kaabah la.

Muslim : Kau pernah tgk perlawanan bola dalam TV?

Kafir : Pernah.. selalu...

Muslim : Kau tengok TV ke tengok perlawanan bola?

Kafir : Tengok perlawanan bola la.

Muslim : Di mana?

Kafir : Dalam TV la...

Muslim : Cuba buka TV tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.

Kafir : Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada...

Muslim : Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

Kafir : Jadi...?

Muslim: Maknanya kau tengok TV, bukan perlawanan bola.. betul tak?

Kafir : Tak.. Aku tengok perlawanan bola la melaui TV tu...

Muslim: Peliknya...

Kafir : Sebab apa pulak pelik?

Muslim: Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku
tengok dalam TV tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je
berselirat...

Kafir : Memanglah dalam TV tu ada banyak wayar, tapi TV tu
menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya...

Muslim: Hmmm... jadi tak peliklah ni...?

Kafir : Ya.. tak pelik

Muslim: Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk
menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada
Allah...

Kafir : Erk.. kau betul..

Kongsian dari blog sahabat : Ustaz Huzaifah

Ulasan

Firdaus Life berkata…
menarik.. terima kasih share ni
insan_marhaen berkata…
Ok,silakan Freaky..mg ia mjd dakwah dn dpt memberi sedikit kefahaman kpd diri sendiri dn org lain..
insan_marhaen berkata…
Ainul...mudah2an kita dpt berikan yang terbaeeeek.. :-)

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...