Catatan Buat Kakak Manis..
Berbulan-bulan menyepi,namun saat ini saya gagahi jejari untuk membina patah demi patah perkataan... Kerana seorang sahabat saya terpanggil untuk menukilkan sesuatu...
*********************
Buat kakak yang manis....
saat kakak berbicara dalam sendu tempohari
sebenarnya saya ingin mengucapkan lebih banyak kata2 untuk memujuk hati seorang sahabat..
kerana menahan perasaan sedih...simpati,
kata2 itu sekadar tercicir di kerongkong nan sempit ini...
Kakak yang manis...
saya tahu kakak seorang yang sabar di atas ujiannya...
cuma kadang2 kita sering tenggelam dalam rasa kesedihan...betulkan..
kerana waktu itu kita belum mampu menterjemahkan apakah hikmah disebalik semua yang terjadi..
Kakak ku yang manis...
Allah tak pernah menzalimi hambanya...
Lebih2 lagi manusia sebaik kakak..
Hari ini kita mungkin tak mampu mencungkil kebaikan di sebalik sesuatu dugaan...
tapi percayalah kakak...
Inilah yang mahu saya katakan tempoh hari..
Barangkali Allah ingin melihat sejauh mana kesungguhan kita..
atau dengan cara ini DIA sebenarnya sedang mendidik kita untuk terus berazam dan istiqomah..
saya yakin Allah mahu berikan sesuatu yang lebih bernilai pada saat dan ketika yang betul..
Yang mungkin orang lain tak akan perolehi seperti apa yang akan kakak dapat nanti..
yakini itu...
Kakak yang manis, usah bersedih lagi... kesat air mata mu...
p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.
Ulasan
moga akak sihat sentiasa,lama tunggu akak update.
betul tu Kak...ujian yg datang tu ada hikmah sebaliknya....dan Allah menguji hambanya yg benar2 tabah & mampu menghadapinya....
untuk kakak manis, semoga tabah.
Lama tak dpt sini.
Pekabar sis?