Berhati-hati..Kita Diintai setiap Masa......
5 minggu blog ini terbiar tanpa berusik..Alhamdulillah hari ada sedikit keiginan untuk berkongsi apa yang boleh dikongsikan bersama..Mudah2an ada manfaatnya....
Malaikat Maut Mengintai Kita 70 kali Sehari.....
Kematian ‘menjemput’ manusia secara perlahan-lahan atau beransur-ansur mulai daripada jasad, hujung kaki kemudian ke paha.
Bagi orang kafir pula, apabila nyawanya hendak dicabut Izrail, wajahnya akan menjadi gelap dan keruh dan dia mengeruh seperti binatang yang disembelih. Itu pula tanda azab yang diterimanya disebabkan dosa dan kekufuran mereka.
Al-Qamah bin Abdullah meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan perlahan-lahan dan bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap dengan kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut nyawa seekor khimar.”
Allah juga turut menimpakan seorang Muslim yang berdosa itu dengan kekasaran ketika mereka menghembuskan nafasnya yang terakhir sebagai kaffarah dosanya. Mungkin ada juga orang kafir yang mati dalam ketenangan mungkin kerana ketika hidupnya dia berbuat kebajikan dan itu adalah balasan terhadapnya kerana setiap kebajikan pasti akan dibalas. Tetapi kerana tidak beriman, ia tidak menjadi pahala kebajikan dan kekufurannya tetap diazab pada hari akhirat kelak.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut."
“Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar."
“Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”
Malaikat Izrail menjalankan arahan Allah s.w.t dengan sempurna. Dia tidak diutuskan hanya untuk mencabut roh orang sakit saja ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka.
Kembara Hati: Untuk tuan belog..takeNote n takeAction....
p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.
Ulasan
Peringatan untuk saya juga ni...perlu take note and take action..
nice sharing..moga kita sntiasa ingt mngingati :)
thanks for ingatan.....
agar kita tidak lupa yg mati itu pasti....
rindu rasanya....lama tak buat n3 baru....tq untuk peringatan nie...
lama tak nampak akak. ;)
Insyaallah semoga kita semua sentiasa dalam keimanan
lama x baca coretan akak. nnt ada masa, saya dtg semula ye. lama menyepi.. semoga akak sihat n bahagia selalu..
alhamdulillah saya sihat..
peringatan yg sgt baik,moga2 saya sentiasa ingat.
terima kasih sudi berkongsi..
ada juga dgr psl ni dlm tv..
Lawatan petang.pekhabar?
70 kali ke sehari malaikat jenguk kita? Gulpp..
tq memperingatkan... :)
reminder yang berguna..lama saya tinggal blog, akak pun menyepi juga..ape khabar yea ? :)
Melawat dan mengintar sis.ingin bertanyakan perkhabaran sis,apakah gerangannya di kala ini.
Jangan lupa mengintai tirana aduka .
Kerinduan melanda pd sis
Pekabar?