Berhati-hati..Kita Diintai setiap Masa......

Assalamualaikum....
5 minggu  blog ini terbiar tanpa berusik..Alhamdulillah hari ada sedikit keiginan untuk berkongsi apa yang boleh dikongsikan bersama..Mudah2an ada manfaatnya....

Malaikat Maut Mengintai Kita 70 kali Sehari.....
Kematian ‘menjemput’ manusia secara perlahan-lahan atau beransur-ansur mulai daripada jasad, hujung kaki kemudian ke paha.

Bagi orang kafir pula, apabila nyawanya hendak dicabut Izrail, wajahnya akan menjadi gelap dan keruh dan dia mengeruh seperti binatang yang disembelih. Itu pula tanda azab yang diterimanya disebabkan dosa dan kekufuran mereka.

Al-Qamah bin Abdullah meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan perlahan-lahan dan bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap dengan kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut nyawa seekor khimar.”

Allah juga turut menimpakan seorang Muslim yang berdosa itu dengan kekasaran ketika mereka menghembuskan nafasnya yang terakhir sebagai kaffarah dosanya. Mungkin ada juga orang kafir yang mati dalam ketenangan mungkin kerana ketika hidupnya dia berbuat kebajikan dan itu adalah balasan terhadapnya kerana setiap kebajikan pasti akan dibalas. Tetapi kerana tidak beriman, ia tidak menjadi pahala kebajikan dan kekufurannya tetap diazab pada hari akhirat kelak.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut."

“Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar."

“Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

Malaikat Izrail menjalankan arahan Allah s.w.t dengan sempurna. Dia tidak diutuskan hanya untuk mencabut roh orang sakit saja ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka.


Kembara Hati: Untuk tuan belog..takeNote n takeAction....
p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Ulasan

Aisy Nasiha berkata…
Askum kak..lama btul menyepi,sibuk ke?

Peringatan untuk saya juga ni...perlu take note and take action..
Cik Ai berkata…
assalamualaikum sis..
nice sharing..moga kita sntiasa ingt mngingati :)
Kak iman berkata…
kak..bakpe lama xupdate??rindu la..
Unknown berkata…
betul tu kak..
thanks for ingatan.....
agar kita tidak lupa yg mati itu pasti....
siti saniah berkata…
terima kasih kak atas peringatan tu...berpesan-pesanlah kita pada kebaikan....semoga dipermudahkan segala urusan...:-)
yan's cottage berkata…
salam sayang kak.....

rindu rasanya....lama tak buat n3 baru....tq untuk peringatan nie...
Unknown berkata…
selamat kembali..infor yang amat2 baik..melembutkan hati dan melunakkan jiwa, agar selalu ingat hari akhirat.
Unknown berkata…
terima kasih peringatan ini CJai..:)
Chic Na berkata…
moga2 akan membuatkan kita sentiasa mengingati Dia.

lama tak nampak akak. ;)
Unknown berkata…
salam kak ... lama betul menyepi.

Insyaallah semoga kita semua sentiasa dalam keimanan
Ira berkata…
salam kak..
lama x baca coretan akak. nnt ada masa, saya dtg semula ye. lama menyepi.. semoga akak sihat n bahagia selalu..
Unknown berkata…
salam kak..

alhamdulillah saya sihat..

peringatan yg sgt baik,moga2 saya sentiasa ingat.
Ira berkata…
baru ada kesempatan utk baca.
terima kasih sudi berkongsi..
ada juga dgr psl ni dlm tv..
TiranaAduka berkata…
salam sis
Lawatan petang.pekhabar?
LydSunshine berkata…
Lama menyepi cjai.

70 kali ke sehari malaikat jenguk kita? Gulpp..
azievee berkata…
lama menyepi...rindu dengan coretan cjai...
Unknown berkata…
Salam kenal n done polow sini juga. tq share info sebagai peringatan dan pedoman. Mmg sbg manuasia kita selalu lalai dan alpa.
Izzah Haneefa berkata…
thanxx akak atas info :)
Unknown berkata…
Jemput join segmen pertama saya iaitu Segmen:Saya suka makan.. http://nasuhanass.blogspot.com/2013/02/segmen-saya-suka-makan.html
shida berkata…
takut baca entry nie...~~~
tq memperingatkan... :)
Fiza Rahman berkata…
Lama tak terjah sini. Lamanya menyepi. Mekasih atas peringatan.
zikrullah wa zikrul maut... syukran kak...
Tie HT berkata…
as salam kak..

reminder yang berguna..lama saya tinggal blog, akak pun menyepi juga..ape khabar yea ? :)
TiranaAduka berkata…
salam sis c'jai
Melawat dan mengintar sis.ingin bertanyakan perkhabaran sis,apakah gerangannya di kala ini.
Jangan lupa mengintai tirana aduka .
puteraduyong berkata…
rasa risau pulak bila ada yang memerhati... bagus jugak sebab kita lebih hati-hati...
Umialya berkata…
kunjung tanya khabar
TiranaAduka berkata…
salam sis c'jai.
Kerinduan melanda pd sis
Pekabar?
Si Matatajam berkata…
Assalamualaikum Cjai...lama M tak jenguk sini... Apa habaq na? Tq for sharing this entry Cjai...kena alert selalu la bahawa kita sentiasa diperhatikan.
Unknown berkata…
salam, lama xjenguk sini, sebak baca entri nih , dgn dgn laguu dekat blog nih, macam nak nagis pun ada,
Ciktie berkata…
lamanya tak terjah sini. thnks your sharing
TiranaAduka berkata…
lawatan tirana aduka

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...