Ada Orang Lain Yang Pernah Melaluinya..


Setiap Orang...
Akan ada sesuatu yang dia simpan
Akan ada sesetengah yang disembunyikan
Dan ada sesetengah perkara yang ingin dia kongsikan..
Siapa pun dia,
Segembira mana pun dia,
Walau sekerap mana kamu melihat dia tersenyum,
Pasti ada perkara-perkara yang pernah membuat dia terluka.
Pasti ada sesuatu yang pernah mengguris hatinya,
Pasti ada sesuatu yang pernah membuat dia menangis,
Pasti ada...
Kerana dia juga manusia .
Makanya,
Bila kamu menyangka bahawa hanya kamu yang merasa,
Hanya kamu yang melalui,
Dan hanya kamu yang mengerti,
Kamu silap, dan kamu salah.

Ada orang lain yang pernah melaluinya,
Bahkan ada orang lain yang pernah merasakan lebih dari apa yang kamu rasakan,
Ada orang lain yang pernah melalui lebih teruk
dari apa yang pernah kamu lalui.
Ada..
Cuma, mungkin kamu yang tidak pernah tahu,
kamu yang tak pernah nampak,
Jangan selalu menganggap,
Bahawa kamulah yang paling susah,
paling sakit diuji,
Paling berat diduga.
Ada..
Ada insan lain, yang lebih besar ujiannya,
yang lebih berat penderitaannya...
Sudahlah....,kesat air matamu,
walau serumit mana situasi kamu.
Pujuk Hatimu.
Yakinlah DIA ada..
dan selalu ada..
Bila kamu menyandar harapan kepadaNYA,
DIA tak akan sekali-kali mempersiakan harapan kamu.
Bila kamu mempercayai segala takdir dan ketentuanNYA,
Dia tak akan sekali-kali mengkhianati kepercayaan kamu




Akhir Kalam....
¸.•*´¯) Salam Ukhuwah. ¸.•*´¯)*
Sesiapa yg nak kongsi silakan.
Tak perlu mintak izin sebab saya memang ingin berkongsi dgn semua orang.
Klik butang 'SHARE'..kalau sudi (◠‿◠✿)
Selamat Beramal ~ Moga ada manfaatnya...
~♥♥ ummuainries ♥♥~


"SAAT AKU MENYAMPAIKAN SUATU KEBAIKAN KEPADAMU, BUKANNYA AKU HENDAK MEMBERIKAN NASIHAT AKAN KEKURANGANMU SAHABAT..TAPI AKU SEKADAR MENJADIKAN DIRIMU SEBAGAI PERANTARA, AGAR NASIHAT ITU SAMPAI KEPADA DIRIKU."MENGARAHKAN WAJAH KE CERMIN, BUKAN BERERTI MENCARI-CARI KEKURANGAN CERMIN, NAMUN HAKIKATNYA ADALAH MENCARI KEKURANGAN DIRI UNTUK DIPERBETULKAN AGAR LEBIH BAIK, DENGAN "perantaraan cermin"

Ulasan

Unknown berkata…
salam ukhuwah.teruskn menulis.:)
insan_marhaen berkata…
@mazreenafazira Salam ukhwah fillah... Syukran ..
Jahirah berkata…
bila rasa susah.....selalu ingatkan diri, ada orang lain yg lebih susah dan hebat dugaannya.

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...