Si Pemberi Tudung




Suatu ketika, waktu diamanahkan sebagai guru kelas Tahun 1 , saya menerima beberapa orang murid orang asli (OA).. Seingat saya 3 orang adik beradik berumur 7, 8 dan 9 tahun.. serta tiga empat orang yang lain masing-masing dalam lingkungan usia 8, 9 dan 11... 
Tahun itu merupakan tahun pertama sekolah menerima kehadiran murid OA ... 
Masih kuat melekat di ingatan...salah seorangnya bernama Lizawati berusia 9 tahun ketika itu.... Jika diperhatikan raut wajahnya memang terserlah dia murid OA..
Pun begitu saya 'jatuh hati' pada dia.... Mudah di ajar dan cepat belajar.. Seingat saya lagi, ada seorang murid Melayu yang akrab dengan Lizawati ... Beberapa bulan berlalu...suatu hari ketika melangkah ke kelas saya terpaku seketika...Tatkala melihat sehelai tudung tersarung menutupi rambut kerintingnya...
Saya panggil dia ke hadapan....
''Lizawati.. awak pakai tudung siapa ni"
"Nursyahida beri saya tudung ni cikgu.." lalu saya turut memanggil murid yang dimaksudkan itu ke hadapan.
"Syahida awak bagi Lizawati tudung ni ? Mak tahu tak?"
"Tahu cikgu.. mak tak marah".
Bagusnya anak ini...kata hati kecil saya terselit rasa kagum.. kerana sikapnya yang tidak memilih kawan dan mampu memberi.
"nanti Kalau mak tengok mak tak marah ke" tanya saya kembali kepada Lizawati, terselit rasa bimbang....bimbang jika penjaga nya marah kepada si pemberi tudung...
"Balik nanti saya tanggal"
"Oooooo"

Begitu lah hari-hari seterusnya... Dia terus bertudung.... Dan suatu hari bila terserempak dengan emak nya yang bermotosikal menunggu kepulangan si anak di luar pagar sekolah bibir saya koyak dengan senyuman...melihat dia juga sudah bertudung ☺️

Melihatkan itu tinggi harapan saya moga ada harinya hidayah singgah di hati dua beranak ini...

Saya masih lagi guru kelas mereka ketika anak-anak ini di Tahun 3... Satu hari yang cerah saya merasa hairan melihat kehadiran murid OA yang merudum... Dua orang sahaja yang hadir... Biasanya suasana begini terjadi jika di musim hujan..
"Eh mana kawan2 yang lain"
Tanya guru kelas yang kehairanan ini...
"Yang lain tak datang cikgu"
"Kenapa.... Bukan hari hujan pun"
"Dia orang tak datang sebab Lizawati mati cikgu.... "
"Hah .... !!!!! Apa??!!!"
"Lizawati mati" ulang salah seorang...
Terdiam seketika...
"Bila?''
"Malam tadi, dia minum racun"
😥😥😥

Ceritanya dia kecewa sebab tak diizinkan berkahwin. Itulah yang diberitahu oleh kawannya.. ketika itu usianya telah mencecah 12 tahun.
Patut lah Sebelum kejadian tu dia kerap tak hadir sekolah...

Apa yang saya doa dan harapkan berasbab pemberian tudung oleh Nursyahida itu tidak termakbul....
Betul lah.... Hidayah itu milik Allah... DIA akan beri kepada sesiapa yang dkehendakiNYA...

Walaupun dah berbelas tahun peristiwa ini tapi seringkali saya terkenang kepada mereka...lebih-lebih lagi kepada si pemberi tudung itu... Entah apa khabarnya... entah di mana sekarang...

Sehinggalah saya bertemu janji untuk berjumpa dengan seseorang atas urusan bisnes... Bila saya pandang wajahnya saya teringat kepada si pemberi tudung tu.. wajahnya... Iras...

"Syieda ni bukan ke yang kawan dengan Lizawati... " Tanya saya ketika kami bertemu untuk kali kedua selepas di Tol Chenor sebelum PRU tempohari... Itupun setelah dia yang menegur bekas gurunya ini.. pun terkebil kebil saya sewaktu cuba mengingati nya ketika itu..

"Lizawatiiii... Yang mana ye"
"Budak asli tu.. syieda pernah bagi dia tudung"
"Ooo ... Yang sama dengan Razak tu... Sama la sekelas dengan saya"..
Saya pandang wajah dia...terus saya ternampak wajah polos anak kecil ketika di usia 7 tahun dahulu...
Tak sangka saya dah temui si pemberi tudung ni lebih awal dari pertemuan hari ini...
Malah kami telah bersahabat di alam maya setahun dua kebelakangan ni... Cuma cikgu nya yang tak perasan.... Maklumlah cikgu semakin berusia sedangkan anak murid semuanya dah semakin manis menawan...😜

Semoga anak-anak didik cikgu diberi kejayaan dalam hidup ...

*Rasa rindu membawa saya mengimbau kenangan berbelas tahun dahulu...

😥😥😥


#perjalananHidupSeorangCikguJai

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...