Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2012

Aurat Dengan Siapa?

Imej
Assalamualaikum... Peringatan kembali buat diri dan sahabat-sahabat. Kadang-kadang kita tahu kepada siapa aurat kita boleh diperlihatkan atau dengan siapa kita boleh bersentuh juga bersalaman. Kita juga tahu dengan siapa kita perlu melindungi aurat kita , atau dengan siapa haram kita bersentuhan.. Tetapi dalam tahu itu juga kita masih membiarkan aurat kita terjuntai sesuka hati kepada orang yang bukan mahram.... Ada ketika kita mungkin berada dalam keadaan tersepit, bila ada yang menghulurkan tangan... Kita jadi serba salah dan akhirnya kita menyambut huluran tangan tersebut.. Kadang-kadang kita terlalu menjaga hati manusia walau dalam keadaan yang salah hingga kita tidak menjaga larangan yang telah Allah gariskan kepada kita.Kita lemah, hingga kekadang kita tak mampu bertegas... Lihat carta di atas... Petak yang berwarna hijau adalah lelaki yang boleh kita sentuh, yang boleh kita dedahkan rambut di hadapan mereka.. Itulah mahram kita . Manakala petak merah adalah lelaki yang Hara...

GA Izan Mama Mia & Rakan Blogger

Imej
Assalamualaikum... Sebelum tu nak gelak dulu....Hahaha... Bukan apa , lucu pun ada, gembira pun ada... Dalam pada 'kurang rajin' (malas le tuuu..)..akhirnya c'jai sertai lagi GA Izan Mama Mia & Rakan Blogger ..... Kalah sungguh c'jai dengan Izan ni..walau pun sebenarnye mood tu memang ke laut... Izan, c'jai join ni... Kawan-kawan yang singgah sini yang belum join tu meh join sekali....Ada masa lagi ni.. Klik jer banner kat atas tu ye...

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Imej
Teringat semasa mengandung anak sulung 12 tahun lalu, sangat2 teringin akan buah delima... Terpaksa pula menunggu bulan september untuk mendapatkannya. Dari Pahang turun ke Kuala Lumpur waktu itu semata-mata mencari delima.. Alhamdulillah ... dapat juga saya merasa delima, seronok tak terhingga... Entah macam mana saya boleh mengidamkan delima ... 2010 sewaktu di Tanah Suci, rakan sebilik membeli beberapa biji delima.. Subhanallah , delima di sana saiznya lebih besar dari yang saya temui di sini.. Sungguh bagai di kata 'merah bak delima' lihat sahaja isinya.. Saya ingin berkongsi dengan pembaca khasiat dan fakta berkaitan delima.Dikatakan khasiat perubatan delima sudah dijumpai sejak 8000 tahun dahulu oleh masyarakat Parsi Purba (Iran). Buah delima juga menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah. Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenia penawar karena kandungan antiok...

Tahu Tak Nama-Nama Neraka...???

Imej
Assalamualaikum... Semalam berkesempatan untuk ke kuliah mingguan Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man... Beginilah saya, dalam cuba memenuhi tuntutan ROHANI,...ada ketika berkesempatan, dan banyak dari ketika-ketika itu yang tercicir..Allahurobbi...! Mengejar keduniaan memang tak akan cukup masa yang diperuntukkan ... Sesekali mencuri masa dalam keadaan fizikal yang agak letih dek kerana tugas, itu tak mengapa.... Apalah dikira letihnya badan jika dibandingkan dengan nilai ilmu yang akan diperolehi... Cerita Ustaz tentang azab di neraka...Ya Allah...mendengarnya pun sudah tak tertanggung rasanya... Setelah selesai dihisab nanti manusia akan dimasukkan sama ada ke syurga atau neraka mengikut amalan masing-masing.Kemudian Jibril akan terbang di atas neraka sambil itu kedengaran rintihan ahli-ahli neraka yang di azab...Untuk menghabiskan perjalanannya itu memakan masa 400 ribu tahun akhirat... Bayangkan betapa luasnya Neraka Allah.... Api yang membakar sekecil ini pun kita sudah tak mampu menaha...

Trade In Barang Kemas..'Bagaimana Cara Yang Betul Mengikut Islam'

Imej
Assalamualaikum.. Wanita...Emas..Wanita...Emas...Wanita...Emas..Wanita...Emas... Apahal pulak ni...Wanita...Emas..Wanita...Emas... Sebenarnye nak bagi tahu....Orang perempuan dengan barang kemas ibarat 'lagu dan irama' , bagai 'ombak dan pantai ', seperti 'our dengan tebing' ... Begitulah rapatnya kedua 'makhluk' ini .. Walau ada juga dikalangan mereka yang tidak begitu obses tetapi kebanyakan mereka memang sangat obses dengan barang kemas yang melibatkan emas.. Kadang-kadang bila jemu dengan design lama pergi kedai emas tukar yang baru..betulkan..? Biasanya kita guna istilah Trade In ... Untuk barang kemas yang bersumberkan emas kita tak boleh Trade In sesuka hati sahaja.. Ada caranya... SESEORANG YANG INGIN MELAKUKAN 'TRADE IN'. MENJUAL TERLEBIH DULU KEPADA PEKEDAI EMAS ITU, LALU IA MESTILAH MENGAMBIL DUIT HARGA RANTAI LAMA ITU, CTH HARGA SEUTAS RANTAI EMAS LAMA KITA RM 2000 DAN BERATNYA 200 GRAM, APABILA KITA INGIN TRADE IN DENGAN RANTA...

Bersikatlah Dengan Cara Yang Betul

Imej
Assalamualaikum semua... Bagaimana cara kita bersikat rambut...? Jangan dianggap remeh apabila kita bersikat. Bersikat juga ada adabnya... Rasulullah s.a.w melarang menyikat rambut di dalam kamar mandi ker ana perbuatan itu melemahkan umbi rambut. Seseorang itu hendaklah duduk ketika bersikat kerana ia akan mengguatkan otot jantung dan elak daripada melakukannya secara berdiri sebab ia akan melemahkan jantung. Adalah makruh menggunakan sikat yang diperbuat daripada perak atau bersadurkan perak. "BerPrasangka Baiklah kepada ALLAH dalam apapun juga keadaan.Kerana Kasih Sayang ALLAH itu mendahului Kemurkaan~NYA." Membina Jati Diri.. ..Andai manusia Sejujur Manggis.. Ada Masalah Nak Tenangkan Hati..? Teliti petua Dr.FK ni... Mengatasi Masalah Anak-Anak Yang Nakal, Degil Dan Suka Melawan Cakap Ibu Bapa Dendam Yang Terindah Cerita Si Tukang Kayu.. Kerja Biar Ikhlas...

Abang nak beli kuih..?

Imej
Hari itu selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan. "Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya. “Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas. Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja. "Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya. "Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-...

Siapa Pahala Sebanyak Bintang di Langit..?

Imej
Suatu malam Baginda Rasulullah s.a.w. dan isterinya Sayidatina Aisyah r.ha. berdiri di depan rumahnya sambil memandang keindahan langit ciptaan Allah s.w.t. Sayidatina Aisyah r.ha. bertanya kepada Rasulullah s.a.w. , "Ya Rasulullah s.a.w. , pahala siapakah sebanyak bintang-bintang di langit itu?". Di dalam hatinya sayidatina Aisyah r.ha. menebak pahala sebanyak ini pasti pahala ayahandanya. "Pahala sebanyak ini adalah pahala sahabatku Umar (r.a.)", jawab Rasulullah s.a.w. . Sayidatina Aisyah r.ha. terkejut, lalu ia bertanya, "Ya Rasulullah s.a.w. bagaimana dengan bapaku?". Rasulullah s.a.w. tersenyum kepada isterinya sambil Rasulullah s.a.w. berkata, "ketahuilah isteriku, satu hari penghijrahan Abubakar (r.a.) bersamaku pahalanya lebih banyak dari pahala Umar (r.a.) dan keluarganya sampai hari kiamat". Sebanyak-banyak pahala Umar...banyak lagi pahala Abu Bakar... Pahala aku bagaimana pula...? Usah sebanyak bintang dilangit, se...

' Mega Tech Giveaway By MizzsNinie, CikMun And DrFara '

Imej
Buke jer blog ari ni tetiba mata tertumpu pada shoutbox.. Ada mesej baru yang berbunyi .. ' anda ditag [ link ]' dari cik hajar Terima kasih hajar.... Pertama kali ditag..hehe.. c'jai pun terimalah jemputan sahabat.. Nah c'jai tepek banner dari blog cik mun.. Kat bawah ni ada syarat penyertaan. Syarat : 1. Follow Blog MizzsNinie , CikMun dan DrFara . 2. Like Page MizzsNinie dan DrFara . 3. Buat satu entry yang bertajuk ' Mega Tech Giveaway By MizzsNinie, CikMun And DrFara '. 4. Tampalkan banner diatas di dalam entry anda. 5. Tag minimum 5 orang blogger dan pastikan mereka tahu tentang giveaway ini. 6. Komen link entry anda di ruangan komen *cbox tak diterima* ( kalau komer join melalui mizzsninie atau drfafa atau mun , tinggalkan di komen mizzsnine atau drfafa mun . tak perlu hantar link sampai ketiga tiga . paham kan ? C'jai yakin korang paham punye...nak2 yang selalu join GA.. Jom tengok hadiah.. Eh ada hadiah ke..? Adeeee..n...

SUBHANALLAH...Kebesaran ALLAH

Imej
Surah Dan Bilangan Ayat Al-Quran Lihat foto yang dipaparkan betul-betul dan kaji. Ini merupakan graf surah-surah dalam al-quran beserta bilangan ayatnya. Jika diplotkan, inilah yang terhasil. surah dan bilangan ayat ) dicantumkan, kelihatan kalimah Allah terbentuk. Berikut serba sedikit info mengenai isi kandungan Kitab pegangan kita ini. ... Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi, angkasalepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya. Al-Quran sudah lama membuktikan banyak perkara sains ketika manusia baru menemuinya. Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran: DUNIA - 115 kali AKHIRAT - 115 kali MALAIKAT - 88 kali SYAITAN - 88 kali HIDUP - 145 kali MATI - 145 kali FAEDAH - 50 kali KERUGIAN - 50 kali UMMAH - 50 kali PENYAMPAI - 50 kali IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali BALA/MUSIBAH - 75 kali BERSYUKUR - 75 kali BERSEDEKAH - 73 kali BERPUAS HATI -...

Cermin Oh Cermin Mata..

Imej
Dah empat hari c'jai tak mencoret di sini.... Tadi Sesudah mengaji selepas solat maghrib , ralit pulak c'jai melihat kembali gambar2 yang ada dalam phone c'jai.. Tetiba jumpa gambar kat bawah ni... Lebih 20 tahun c'jai berkaca mata, keadaan ni sebenarnya cukup merimaskan... Sebab itu c'jai selalu pesan pada anak2 supaya menjaga penglihatan yang dipinjamkan ni sebaik mungkin.. Selalu tegur kalau dia orang rapat dengan skrin tv... atau kalau berlama-lamaan di hadapan skrin komputer.. Tiada apa yang seronoknya berkaca mata.. C'jai kalau boleh tak pakai , tak mahu pakai... tapi bila nak keluar rumah , atau nak drive mahu tak mahu kena juga letak kat atas batang idung.. Sebab tu bila berada di rumah dan di dalam kelas memang c'jai akan cabut.. rimas sangat... Penyudahnya botol air c'jai pulak yang bercermin mata... Godek-godek en.google tadi jumpa ayat untuk menyembuhkan mata yang rabun... c'jai nak cuba amalkan cara ni..mudah2an Allah beri kesembuhan.. ...

Proses Kejadian Manusia : BUKTI KEAGUNGAN TUHAN

Imej
Juru foto Swedia bernama Lennart Nilsson terkenal dengan foto-foto in vivo embrio manusia dan subjek-subjek kedoktoran.Gambar-gambar menakjubkan ini terhasil dengan menggunakan sebuah endoskop .. Foto-Foto di bawah ini merungkai sebuah rahsia, bagaimana kehidupan manusia bermula di alam rahim.. Inilah endoskop..Alat yang digunakan menguak Keagungan Ilahi untuk menjadi tatapan kita melihat BUKTI KEAGUNGAN TUHAN... Bayangkan manusia yang berenang di lautan Atlantik, dari tebing Aatlantik ke satu tebing yang lain. Umpama berenang di dalam lautan air gula yang pekat dan likat .. Begitulah Perjalanan panjang sperma menuju sel telur.. Sperma yang telah bersusah payah berenang siap membuahi sel telur.. Proses Pembuahan Dinding rahim yang baru siap dibuahi Sel telur yang dibuahi menuju dinding rahim Embrio mulai terbentuk, disini yang terlihat adalah awal pembentukan kepala Sudah mulai berbentuk.. Manusia sempurna, yang siap berjuang melawan hidup... SUMBER ... Merawat Marah Tip : Untuk Mu...