Akibat Suka Mempersenda





Ada seorang lelaki yang dikenali sebagai seorang yang amat suka bertanya
dan mempersoalkan sesuatu.
Mungkin dia merasakan itu hanya sekadar untuk bersuka-suka atau saja-saja.
Namun tanpa disedari,
sikapnya itu menimbulkan banyak masalah di kalangan penduduk setempat
dan lebih bahaya lagi apabila soalan-soalannya menyentuh soal keimanan.

Suatu hari dia bertanya kepada kawan-kawannya.
"Kau rasa betul ke neraka tu tempat seksa yang paling dahsyat?"
"Memang dahsyat, Sangat panas. Api neraka berganda-ganda lebih panas daripada api dunia. Kenapa kau tanyakan begitu?"
''Syaitan dijadikan daripada apa?" tanyanya lagi.
"Eh, tentulah daripada api"
"Neraka pula?"
"Neraka pun daripada api!"
"Itulah persoalannya. Syaitan akan dimasukkan ke dalam neraka. Dia daripada api, neraka juga daripada api...Kalau demikian , apalah sakitnya , apalah seksanya."Simpul lelaki itu sambil mencemik.
Kawan-kawannya mula berfikir betul juga, terlintas begitu dalam hati mereka.
"Apa kata kita jumpa Tok Imam untuk dapatkan penjelasan," cadang seorang daripada mereka.
"Aku rasa Tok Imam pun tak akan dapat menjawabnya," kata pemuda itu lagi.

Mereka berjumpa Tok Imam dan mengajukan soalan itu. Sejurus kemudian, Tok Imam

mengambil ketul-ketul tanah lalu membaling pemuda tersebut.

http://www.emocutez.com

Tok Imam terus membaling sehingga muka dan badan pemuda itu bengkak-bengkak.

http://www.emocutez.com

Tidak tahan dibaling, dia pun lari.

"Jangan lari.Jangan lari"
"Inikah sikap Tok Imam?
Saya bertanya soalan, sebaliknya dibaling dengan ketul tanah!"
"Itulah jawapan saya.Saya membaling kamu dengan tanah, sepatutnya tak sakit.
Kamu dicipta daripada tanah dan saya baling kamu dengan tanah,
apalah sakitnya...."
"Oh, sakit tuan.Habis badan saya bengkak-bengkak.."
"Itulah yang akan dialami oleh syaitan di dalam api neraka nanti!"
Ya,ya..Saya faham.Jangan baling lagi."

PENGAJARANNYA :~ http://www.emocutez.com

Sekali sekala orang yang degil perlu diajar dengan cara yang keras dan tegas.
Kekadang jawapan dalam bentuk tindakan,
walaupun ada masanya sangat pahit tetapi itu lebih berkesan.

Ulasan

terima kasih kak.. ingatan untuk saya.. :)
Unknown berkata…
jawapan yang paling logik sekali diberi oleh tok imam tu..hehee
Unknown berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata…
Tarikh post pada Isnin 19 Mei 2014?
mmg betul 19/5/2014 itu hari Isnin tapi hari ini baru 20 APRIL 2014..
Aryan azra berkata…
jawapan yg bagus dr tok imam

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...