Kisah Sendu di Pagi yang Damai..
Di suatu pagi, di dalam sebuah LRT di ibu kota suasana agak hening dan tenang..
LRT terus bergerak dari satu stesen ke satu stesen.. Keadaan yang sunyi mendamaikan hati penumpang yang berada di dalamnya.. Ada yang membaca tak kurang juga ada yang cuba memejamkan mata untuk lelap seminit dua ..
Sehinggalah LRT itu berhenti di sebuah stesen.. Naik seorang lelaki bersama dua orang kanak-kanak kecil.. Si ayah mengambil tempat lalu bersandar sambil memejamkan mata.. Keadaan dalam LRT kini tidak lagi tenang seperti sebelumnya... Dua orang kanak -kanak itu sibuk berlarian di dalamnya..mereka riuh bermain, ada ketikanya bergaduh sesama sendiri sehingga mengejutkan mereka yang terlelap..LRT kini digamatkan dengan suara anak-anak lelaki itu...LRT bertukar suasana.. Penumpang rasa terganggu, ketenangan mereka seolah-olah diragut oleh kanak-kanak ini.. Sedang Si ayah terus memejamkan mata tanpa melarang dan menegur tingkah laku si anak...
Lalu seorang lelaki mendatangi Si ayah.
"Encik , maafkan saya, tadi suasana di dalam ni sangat tenang dan sunyi. Sehinggalah encik dan anak-anak encik bersama kami, keadaan telah bertukar sebaliknya."
Mendengar kata-kata lelaki itu Si Ayah lantas menangis...
"Maafkan saya dan anak-anak saya encik.”
Setelah diam seketika, dia menyambung kembali kata-katanya.
“Sebenarnya isteri saya berada di hospital... Setiap hari saya akan melawat isteri saya.. Tetapi doktor tidak mengizinkan anak-anak saya untuk berjumpa dengan ibu mereka..."Si Ayah mengesat mata yang berair.
"Kerana tidak dapat berjumpa dengan ibu mereka, anak-anak saya berada dalam kesedihan.Mereka tidak mahu makan.... saya terpaksa memujuk mereka untuk makan...
Si Ayah memandang anak-anaknya yang leka bergurau, lelaki tadi masih setia mendengar..
“Semalam saya menerima panggilan dari hospital .Mereka membenarkan saya membawa anak-anak untuk berjumpa dengan ibu mereka hari ini.. Langsung saya khabarkan kepada dua orang anak saya, esok mereka akan dapat bertemu dengan ibu.. Perkhabaran itu sangat mengembirakan mereka.. Lalu merubah watak anak-anak saya yang kesedihan beberapa hari lalu..Malam tadi mereka makan tanpa perlu dipujuk, mandi tak perlu disuruh.. Hari ini, awal pagi mereka sudah bangun, mandi dan siap berpakaian.. “
Si Ayah terhenti seketika menahan perasaan sendu..Anak-anaknya berebut memeluk tiang di tepi tempat duduk seorang penumpang lain..
“Tetapi sewaktu mahu memasuki LRT tadi , saya telah menerima panggilan dari hospital.. Mereka memberitahu ibu anak-anak saya telah meninggal dunia.. Ketika menaiki LRT saya terus duduk dan memejamkan mata.. Saya tidak tahu bagaimana mahu menyampaikan berita sedih ini kepada mereka dalam keadaan mereka yang terlalu gembira .. anak-anak saya masih tidak tahu ibu mereka telah tiada..”Mengalir air mata si ayah ..
Lelaki yang setia mendengar itu jadi terharu…Perasaan kasihannya menggunung.. Maka dibiarkan sahaja kanak itu terus keriuhan dan berlarian di laluan antara kerusi dalam LRT..

****************************************
Ulasan