Catatan

Di Ambang Ramadhan... Teringat Puasa Zaman Dulu2...

Imej
Dua tiga hari ni Ada ketika tersenyum sendirian, ada masa rasa sebak, kekadang timbul perasaan terharu... Dalam masa yang sama, menyorok-nyorok mengesat air mata.... Penangan membaca catatan kawan2 yang penuh nostalgia , pada Ramadhan musim2 yang lalu...Link2 catatan tu ada di dalam segmen NI . Terimbau kembali nostalgia zaman sebelum menjadi isteri dan ibu... Suasana Ramadhan cukup berbeza dengan hari ini... Kemeriahan Ramadhan di zaman kanak2 cukup meninggalkan sejuta kenangan.. Jika diimbas kembali, berpuasa di zaman kanak2 waktu dahulu cukup mencabar...Masa terasa begitu panjang..Permulaan belajar berpuasa abah akan suruh berbuka pada pukul 12 tengahari..Hari kedua dilanjutkan sedikit hingga ke pukul 1.00 petang..Begitulah seterusnya sehingga saya mula mampu untuk menghabis kan puasa sampai waktu berbuka.. Saya di zaman kanak2 bertubuh kecil dan kurus.. Mungkin atas faktor itulah abah tak sampai hati melihat saya seperti orang yang kebuluran tak bangun dan melepek.. Nak menanti wak...

Ada Masa Kita Senang Ada Masa Kita Susah

Imej
ASSALAMUALAIKUM... Di dunia ini, segala kebaikan ada kemungkarannya. Di sebalik nikmat ada azab. Di sebalik gembira ada susah. Di sebalik susah ada senang. Semuanya berpasangan. Hujan dengan panas. Siang dengan malam. Allah buat dunia ini seimbang dan segalanya dalam gelombang. Ada masa kita seronok, ada masa kita sedih. Ada masa kita ada duit, ada masa kita kering. Ada masa kita senang, ada masa kita susah. Contohnya..., bila bawa kereta dengan anak-anak di belakang kereta, ia merupakan satu gelombang juga. Bila aktif, mereka riang bermain, lepas itu berkelahi, lepas itu ditegur semua senyap, lepas itu mereka tidur, bangun cari makan, bertenaga kembali ....Kemudian bermain dan berkelahi semula... Jadi setkan di minda kita, semuanya dalam bentuk gelombang. Bila tinggi ingat masa rendah. Bila masa rendah, usah rasa tersepit, ia sementara saja.. kerana Allah buat semua ini dalam bentuk gelombang, Selepas susah, senang pasti datang. Dengan ini, kita akan tersenyum dengan lebih mudah. S...

JaNgan Lihat Yang di Atas, Tapi Lihat Mereka yang Di bawah..

Imej
Bersyukurlah sahabat........., dengan nikmat yang Allah SWT berikan kepada kita. Jangan lihat kepada orang yang di atas, lihatlah kepada orang yang di bawah. Insya Allah kita akan akan sentiasa berasa cukup dan qana'ah. Jom KLIK untuk Join ~ Segmen : Nostalgia Ramadhan.. ...Tinggal 4 Hari Lagi... p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam,TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

"Apa Yang Istimewa Tentang Pensel ni ?"

Imej
Pernah seorang anak lelaki bertanya kpd ibunya yg sedang menulis. "Apa ibu sedang tulis ? Ibu menulis tentang siapa ? Atau pengalaman ibu ?" "Ibu menulis tentang diri kamu, tp ada yg lebih penting drpd itu iaitu PENSEL ni." "apa yg istimewa tentang Pensel ni ?" tanya si anak. "Ibu berharap hidupmu adalah spt Pensel ... ni. Walaupun sebatang Pensel, ada 5 Nilai yg boleh kita pelajari drpdnya. Mahu tahu ?" "Ya, ibu." 1. Pensel ini mengingatkan jika kamu boleh membuat sesuatu yg hebat dlm hidup ini. Jgn lupa, ibarat Pensel, ada tangan yg memegangnya. Maka, ingatlah akan adanya kuasa yg membimbing langkah hidupmu iaitu ALLAH S.W.T. Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendak-Nya. 2. Ketika menulis, Pensel kerap menjadi tumpu. Ibu terpaksa berhenti utk mengasahnya. Pensel ini pasti menderita ketika diraut, tetapi hasilnya ia menjadi tajam dan bagus tulisannya. Begitu juga akan berlaku dlm hidup kamu. Kamu mesti berani menemp...

RM 100 & RM1.00

Imej
Sama-sama dibuat dari kertas, sama-sama dicetak & diedarkan oleh BNM. Sama-sama keluar dan berpisah dari Bank dan beredar ke tangan masyarakat. 4 bulan kemudian mereka bertemu lagi secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Kemudian terjadilah perbualan antara ke duanya. RM100 bertanya kpd RM1.00, "Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan b au busuk?" RM1.00 menjawab, "Kerana Selepas aku keluar dari Bank aku terus ditangan orang2 bawahan dari Pembawa beca, Penjual sayur, penjual ikan dan ditangan pengemis" Lalu RM1.00 Bertanya balik kpd RM100, "Knp km kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?" Dijawabnya, "Kerana selepas aku keluar dari Bank, aku terus disambut perempuan cantik, & aku singgah ke restoran mahal, di mall & jg hotel2 berbintang serta keberadaanku selalu di jaga dan jarang keluar dari dompet" Lalu RM1.00 bertanya lg, "Pernahkah engkau singgah di tempat ibadah?" Dijawablah, "tida...