Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2012

'Tumpul' dan Mood yang HILANG...

Imej
Salam SaYaNg SeMuA.. Lama dah tak 'mengerjakan' blog ni... Entah kenapa kepala ni rasa tumpul semacam.... Ide untuk menulis hilang tak tahu menyorok ke mana... Paha hal, bukan tak boleh untuk mencari bahan yang bermanfaat , salin dan tampal untuk di kongsikan bersama....tapi..entahlah... Kalupun ada ide, tetiba mood menulis plak terbang melayang-layang.. korang pernah tak lalui saat-saat begini...? insyaALLAH...bila keinginan untuk menulis kembali hadir, cik Jai akan bersama-sama kalian semula... rindu pada kawan2 blogger yang selalu menyapa satu ketika dulu... izan mama mia, shida, etuza, alqassam, cik ah, Aisyah Jahirah Aisyah Jahirah......terima kasih bertandang dan bertanya khabar.. Cik Jai sihat..dan walau apa pun keadaan diri cik jai ketika ini, cik jai ingin hadapi nya dengan TABAH... mungkin sedikit ujian dalam bentuk kesihatan atau apa jua adalah sebagai pembasuh dosa2 kecil yang pernah kita lakukan dahulu... Moga kalian sentiasa dalam LINDUNGAN NYA.. Wassalam..

...Segenggam Garam...

Imej
Seorang guru sufi mendatangi seorang muridnya ketika wajahnya belakangan ini selalu tampak murung. “Kenapa kau selalu murung, nak? Bukankah banyak hal yang indah di dunia ini? Kemana perginya wajah bersyukurmu?” Sang Guru bertanya. “Guru, belakangan ini hidup saya penuh masalah. Sulit bagi saya untuk tersenyum. Masalah datang seperti tak ada habis-habisnya,” jawab sang murid muda. Sang Guru terkekeh. “Nak, ambil segelas air dan dua genggam garam. Bawalah kemari. Biar kuperbaiki suasana hatimu itu.” Si murid pun beranjak pelan tanpa semangat. Ia laksanakan permintaan gurunya itu, lalu kembali lagi membawa gelas dan garam sebagaimana yang diminta. “Coba ambil segenggam garam, dan masukkan ke segelas air itu,” kata Sang Guru.”Setelah itu coba kau minum airnya sedikit.” Si murid pun melakukannya.Wajahnya kini meringis karena meminum air masin. “Bagaimana rasanya?” tanya Sang Guru. “Masin, dan perutku jadi mual,” jawab si murid dengan wajah yang masih meringis. Sang Guru terkekeh-k...

Cara Berfikir Orang Berjaya

Imej
Teringat saya kepada sebuah kisah popular tentang keluarga seekor kura-kura. Suatu hari Mereka pergi ke taman untuk berkelah sekeluarga. Apabila si ibu mengeluarkan makanan, mereka dapati makanan yang terhidang itu kekurangan garam. Lalu salah seorang daripada anak mereka, diminta untuk pergi mendapatkan garam. “Saya tidak mahu. Nanti semasa saya tiada, kalian akan habiskan semua makanan” kata si anak. “Tidak. Mana mungkin. Kami akan tetap menunggu” jawab si ibu. “Betul. Lagi pun tidak enak makan tanpa garam. Pergilah!” pinta si ayah. “Adik janji, adik tak usik makanan itu sampai abang pulang!” ikrar si kecil. Setelah puas dipujuk, akhirnya kura-kura itu bersetuju. Dengan hati yang berbelah bagi, beliau pergi mencari garam. 10 minit. 20 minit. 1 jam. 2 jam. Kura-kura itu tidak pulang. Keluarganya sudah amat kelaparan. Mereka hairan mengapa sukar benar hendak mendapatkan garam. Dek rasa lapar yang bersangatan, akhirnya si bapa mencubit makanan yang terhidang, demikian j...

Kalau Dahi Tak Mencecah Sejadah Dunia..

Imej
Sudah Bersediakah Kita Ketika Dipanggil Pulang Oleh Allah SWT?!!! Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan! Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan! Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan! Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan! Dengan kain kafan yang serba putih! Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih.... Walaupun orang yang hadir itu merintih.... Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai.... Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah Dengan empat kali takbir dan satu salam Berserta Fatihah, Selawat dan doa.... Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus.... Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup? Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud.... Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput? Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian.... Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat.... Usunglah dirimu ke tikar Solat.... Sebelum kamu diusung ke liang lahad.... Menjadi makanan cacing dan ...

Wanita Pembakar Roti

Imej
Diriwayatkan dari sebuah kitab, terdapat seorang wanita pembakar roti di zaman Nabi Isa (A.S.). Suatu hari sedang wanita tersebut membakar roti maka berkumandaglah panggilan untuk menyembah ALLAH SWT. Wanita tersebut dengan bingkas bangun dan meninggalkan roti yang sedang dibakar semata2 untuk mengadap ALLAH SWT yang Maha Besar. Dengan hati yang penuh bimbang dan mengharap, wanita itu telah menyembahkan diri di hadapan Tuhan yang Agung. Ketika itu datanglah syaitan yang menyamar seperti seorang perempuan dan berkata kepada wanita itu "Sudah hangus agaknya roti engkau di tempat pembakaran." Jawab wanita itu "Tuhan lebih baik dari roti itu." Syaitan berasa sangat putus asa kerana tidak berjaya menggoda wanita itu. Lalu syaitan itu mengambil anak wanita tersebut dan dicampakkannya ke dalam bara api. Tidak lama kemudian, suami wanita itu masuk dan didapatinya anaknya sedang bermain main dengan bara api. Melihatkan kejadian yang pelik itu, suami wanita...

Emak..Terima Kasih Atas Segalanya....

Imej
Saya Bukan Nak Sambut Hari Ibu pun... Sebab Bagi saya Setiap Hari Adalah Hari untuk Mak Saya... Ya Allah.... aya sayang sangat kat emak ♥♥.. . Walaupun dah kawin, aya masih cium mak setiap kali kita bertemu .. tapiiiii....setahun lebih pipi lembut mak yang selalu aya cium dulu dah tak ade... dulu kalau peluk mak...mak akan balas pelukan aya sambil urut2 dan tepuk2 belakang anak mak ni...kalau baring dekat mak tetiba je ada tepukan lembut kat bahu.. macam anak kecil je mak layan aya walau aya dah ada anak... kami ni nampak masih macam anak2 kecil di mata mak.. terkadang bila menyembong cucu, dengan mak cucu sekali mak cembong..hehe... itulah mak ... 'yang patah tak tumbuh yang hilang tak berganti..' aya Saaaaaaayang Mak ♥ Walau kita telah jauh terpisah dibatasi bumi :( Al Fatihah..

Nomophobia ~ Fobia Tanpa Telefon

Imej
Siapa yang singgah membaca di sini tak de telefon..??? Rasa macam janggal pulak kalau ada di kalangan kita yang tak punya alat telekomunikasi ni... Masyarakat zaman moden kini berdepan dengan sejenis penyakit baru yang dikenali sebagai nomophobia ...Penyakit apa tu...? Bahaya ke..? Penyakit ini juga di kenali dengan istilah fobia tanpa telefon. Dianggarkan lebih 66 peratus daripada penduduk Britain kini memilih untuk 'bersama' dengan telefon sepanjang masa dan tidak boleh berpisah dengan alat telekomuniskasi itu walaupun sekejap.Agak-agak kita macam tu juga ke..... Berdepan dengan masalah nomophobia..? Cuba lihat tanda-tanda di bawah ni...kot-kot kita termasuk dalam kumpulan ini.. Antara tanda-tanda seseorang itu berdepan dengan masalah nomophobia adalah tidak boleh mematikan telefon, sentiasa memeriksa panggilan tidak dijawab, mesej pesanan ringkas (SMS) dan e-mel. Mereka yang menghadapi masalah itu juga dikatakan kerap mengecas bateri dan tidak boleh meninggalkan tele...

Wanita Tua dengan Seekor Kucing Di Tanah Suci

Imej
Kepada yang tidak suka ataupun yang sangat mengasihi kucing, singgah sebentar di sini..Kita baca seketika kisah teladan di bawah ini.. ...Ini Kisah seorang wanita tua yang menunaikan haji.... Wanita tua ini, semasa tawaf dan saie menggunakan kerusi roda kerana beliau sudah tua dan keuzuran..Lututnya pula lemah dan sentiasa sakit. Dia telah mengupah petugas Arab menolaknya untuk melakukan tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah. Beliau hanya menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Disebabkan masalah kesihatan beliau tidak mampu melakukan ibadah sunat . Lagi pun wang yang dibawa hanya secukupnya sahaja. Namun, ada satu amalan mulia yang dimiliki Muslimah ini. Wanita tua ini sangat mengasihani dan menyayangi kucing di desanya.Salah satu Sunnah nabi yang diterapkan ke dalam dirinya. Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya terdapat banyak kucing. Dia juga memungut kucing yang dibuang orang. Lalu diberikan makan dan minum. Kucing-kucing itu j...

Kita Bagaikan Layang-layang

Imej
Teringat memori zaman kanak-kanak dahulu... Masa itu,pokok disekeliling belum tinggi melayut..Wayar-wayar dan tiang elektrik pun belum banyak lagi merentang jalan....Jadi selalu lah petang-petang waktu angin banyak saya dan rakan sepermainan menjadi penonton kanak-kanak lelaki bermain layang-layang..sesekali rasa teringin, berhasil juga saya membuat layang-layang dan terbangkannya di angkasa.. walau adakalanya ia terbang jatuh...terbang jatuh.. Anak-anak saya tak berkesempatan untuk merasai nikmat bermain layang-layang...Banyak sebab yang tidak mengizinkan layang-layang dikawasan perumahan kami terbang bebas..Rasanya di mana-mana pun sama saja , asalkan namanya kawasan perumahan.. manakan tidak..terlalu banyak halangan yang menanti , walau pun tidak banyak pokok disekitarnya tetapi 'pokok-pokok besi' dan wayar elektrik sangat-sangat menghalang keinginan untuk menerbangkan lelayang..Kawasan perumahan pula sibuk dengan kenderaan yang lalu lalang..Ada ketikanya budak-budak rem...

Menikmati Sunset di Gold Coast Morib Resort.

Imej
♡Percutian Mei lalu.... Suatu hari nanti teringin nak kesini.. Membawa anak-anak untuk menikmati alam. Teruja melihat keindahan matahari petang yang seolah-olah berada di atas dada Laut Selat Melaka di Pantai Morib. Alhamdulillah da lam pada bercuti dapat memberi ruang untuk diri saya dan anak2 menikmati keindahan alam... memberi ruang pada diri untuk bermuhasabah.. Betapa kerdilnya kita sebagai makhlukNya.. memandang laut yang terbentang bukan sekadar dengan pandangan kosong semata-mata. Mengajak anak-anak berfikir inilah Keagungan Ilahi.. Suami dan anak-anak Merakam kenangan berlatar belakangkan Selat Melaka... Di atas pondok ini ada disediakan tempat rehat boleh bersantai bersama keluarga... Kami Menyusuri pantai bersama -sama... Kelihatan matahari telah mula ingin melabuhkan tirainya.. Subhanallah... Saya tak pasti perasaan org lain bagaimana.. tetapi setiap kali memandang suasana begini hati saya rasa sayu teramat. menggamit kesayuan..melih...