Catatan

Tunjukkan catatan dari 2013

Mencari Diri Yang Hilang..

Imej
Kadang kala kita perlu menyepi untuk mencari kembali kekuatan diri yang telah hilang.... Adakala kita perlu menyendiri untuk ketenangan hati... Adakala kita perlu membawa diri seketika Untuk  mengenal diri.... Suka dan duka, bahagia dan derita adalah dua sisi hidup yang akan selalu ditemui setiap hari.Kerana barangkali itu caranya DIA ingin mendidik hambanya yang sering terleka ini...  Namun percayalah, bahawa keduanya menjadikan kita manusia yang lebih baik kalau semuanya itu tangani dengan bijak.... ~ Senyumlah dalam menghitung hari2 yang maSih bersisa ~ p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Tidak Akan Papa, Orang Yang ..........

Imej
Assalamualaikum...  Alhamdulillah diberi kesempatan untuk bertemu lagi diruang yang kecil ini.. Saya cuba untuk kembali menulis di sini... Melunaskan rasa rindu pada dunia blog ini... Ingin saya berkongsi sedikit mutiara ilmu yang dipetik dari buku 'Senyum' karangan 'tok Guru' saya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man... harap ia nya dapat menjentik minda setiap yang singgah di sini .... senyummmmmm...   Setiap orang dengan tabienya akan sayangkan harta... Sehingga ada yang sanggup mati kerana mempertahankannya. Sedang apa yang dipertahankan itu akan hilang selepas kematiannya. Mungkin yang akan mewarisi hartanya ialah orang yang dimusuhi selama ini sama ada bapa, saudaranya atau warisnya yang lain. Apabila memberi infak, derma atau sumbangan wang ringgit, kita akan terasa berat untuk mengeluarkannya pada jumlah yang agak besar. Umpamanya kalau kita menderma satu ribu, kita akan merasa besarnya jumlah tersebut. Perasaan itu disebabkan kita beranggapan umur kita mas...

Catatan Buat Kakak Manis..

Imej
Assalamualaikum saudara seaqidah yang lama saya tinggalkan.... Berbulan-bulan menyepi,namun saat ini saya gagahi jejari untuk membina patah demi patah perkataan... Kerana seorang sahabat saya terpanggil untuk menukilkan sesuatu... ********************* Buat kakak yang manis.... saat kakak berbicara dalam sendu tempohari sebenarnya saya ingin  mengucapkan lebih banyak kata2 untuk memujuk hati seorang sahabat..  kerana menahan perasaan sedih...simpati, kata2 itu sekadar tercicir di kerongkong nan sempit ini... Kakak yang manis... saya tahu kakak seorang yang sabar di atas ujiannya... cuma kadang2 kita sering tenggelam dalam rasa kesedihan...betulkan.. kerana waktu itu kita belum mampu menterjemahkan apakah hikmah disebalik semua yang terjadi.. Kakak ku yang manis... Allah tak pernah menzalimi hambanya... Lebih2 lagi manusia sebaik kakak.. Hari ini kita mungkin tak mampu mencungkil kebaikan di sebalik sesuatu dugaan... tapi percayalah kakak... Inilah yang ma...

Akibat Suka Mempersenda

Imej
Ada seorang lelaki yang dikenali sebagai seorang yang amat suka bertanya dan mempersoalkan sesuatu. Mungkin dia merasakan itu hanya sekadar untuk bersuka-suka atau saja-saja. Namun tanpa disedari, sikapnya itu menimbulkan banyak masalah di kalangan penduduk setempat dan lebih bahaya lagi apabila soalan-soalannya menyentuh soal keimanan.

Berhati-hati..Kita Diintai setiap Masa......

Imej
Assalamualaikum.... 5 minggu  blog ini terbiar tanpa berusik..Alhamdulillah hari ada sedikit keiginan untuk berkongsi apa yang boleh dikongsikan bersama..Mudah2an ada manfaatnya.... Malaikat Maut Mengintai Kita 70 kali Sehari..... Kematian ‘menjemput’ manusia secara perlahan-lahan atau beransur-ansur mulai daripada jasad, hujung kaki kemudian ke paha. Bagi orang kafir pula, apabila nyawanya hendak dicabut Izrail, wajahnya akan menjadi gelap dan keruh dan dia mengeruh seperti binatang yang disembelih. Itu pula tanda azab yang diterimanya disebabkan dosa dan kekufuran mereka. Al-Qamah bin Abdullah meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan perlahan-lahan dan bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap dengan kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut nyawa seekor khimar.” Allah juga turut menimpakan seorang Muslim yang berdosa itu dengan kekasaran ketika mereka menghe...

Salam Kerinduan...

Imej
Tatkala hati teringatkan teman,  terfikir diminda adakah aku juga ada didalam hati-hati kalian,  tatkala hati rindukan teman,  terfikir diminda adakah aku juga dirindui,  tatkala kaki berat untuk melangkah pergi,  hati tertanya, adakah kalian ingin bersamaku lagi   Aku rindu benar pada kalian.  Moga doaku diterima  agar aku tak kan kehilangan teman seperti kalian.  Semoga bertemu dan berpisah kita kerana YANG MAHA ESA. KembaraHati : Lama tak jengok blog sendiri dan blog kengkawan..Sekadar kerap berinstagram yang dilinkkan dengan FB...Terima kasih pada yang masih sudi singgah dan menjadi follower2 baru.. mama aryan ... Ira ..., akak  alhamdulillah sihat .. Syukra n sudi bertanya khabar.. cuma bermula dari kekangan masa , tetiba perasaan untuk menjengok blog pun  jadi pudar , seperti tiada hati untuk berkongsi cerita.....  entah men g apa...2013 ini, sering di dalam fikir kematian menjadi agenda ut...