Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2011

Kelebihan Bulan Ramadhan

Imej
Assalamualaikum...Pembaca-pembaca yang di Rahmati Allah swt.... Alhamdulillah..Bulan Ramadhan berkunjung lagi..Ahlan wasahlan Ya Ramadhan...Bulan Ramadhan Al Mubarak adalah bulan yang penuh dengan keberkatan di dalamnya.Banyak kelebihan yang terdapat dalam bulan yang mulia ini. Ada beberapa kelebihan yang terdapat pada bulan Ramadhan ini berbanding dengan bulan-bulan islam yang lain.Berikut beberapa hadith yang menceritakan fadhilat bulan Ramadhan untuk kita hayati bersama dan mendapat keberkatannya : 1. Dari Abi Hurairah beliau berkata :Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.” Hadis riwayath Bukhari, Muslim& Nasaaei. 2. Dan daripada Abu Hurairah daripada Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.” Hadith riwayat oleh Nasai’e...

...: Cara-cara Nak Cover Malu Bila TERJATUH:...

Imej
Sahabat2.... di bawah ini ada beberapa petua untuk nak cover malu kalau kita tetiba jatuh tersungkur di khalayak...Ce tengok petua ni..kot-kot la boleh ikut... 1. Kalau tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknya anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bangun bila takde orang nampak.. 2. Kalau terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuh la lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak... 3. Kalau terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus... 4. Kalau terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan.. .. 5. Kalau jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di belakang anda.... 6. Kalau terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada ...

Surat Terbuka Untuk Encik2 POLIS...

Imej
Berikut ingin saya kongsikan surat terbuka Prof. Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin untuk sekalian anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)... [link] Warkah buat saudaraku anggota polis Dari Dr Mohd Asri Zainul Abidin Assalamualaikum warahmatuAllahi wabarakatuhu, Terlebih dahulu, pohon kemaafan jika warkah ini terbuka. Saya harap ia dapat dibaca oleh semua. Jika ada kebaikan, ambillah darinya. Jika tidak, campaklah ia ke tepi dan lupakan sahaja. Ia hanya satu coretan dari seorang rakyat bawahan. Tanda cinta dan kasih kepada saudara yang saya lihat tercegat di segala penjuru negara atas tanggungjawab menjaga keamanan kita semua. Mata memandang, hati merintih dan berdoa agar tugasan saudara benar-benar diberikan pahala di sisi Tuhan dan diiktiraf di sisi rakyat.

MENARIK Bukan...?

Imej
I CAN READ IT! CAN YOU? Ada sesiapa yg boleh baca ni? (Mgnieukt kjiaan Cmabrigde Uinervtisy sseaipa upn bleoh mmbcanaya waalu hruufyna brterbaur kraena oatk ktia tiadk mngjea hruuf stau-prestau tpai mmebcaa preaktaan sceara mnyeulruh asalakn hruuf peratma jgua ynag trakehir bareda diteamptyna) :- fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid too. Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe can. i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt! if you can raed tihs forwrad it. ADA SESIAPA YANG GAGAL MEMBA...

Dialog Ramadhan Di Hadapan Allah

Imej
Di akhirat semua amal kebajikan boleh dilihat dan ditimbang. Amal kebajikan datang dengan rupa dan paras yang sangat elok seperti bulan purnama; sementara amal kejahatan kelihatan amat buruk dan busuk. Ramadhan merupakan satu bulan di mana amalan puasa diwajibkan. Pada hari kiamat ia kelihatan amat cantik. Satu ketika Ramadhan datang ke hadrat Allah swt. memohon sesuatu recommedation bagi manusia yang berpuasa di bulan Ramadhan. Allah bertanya : Apa hajat kau ya Ramadhan?. Ramadhan meminta Allah memakaikan mahkota kepada setiap orang yang berpuasa di bulan ini. Allah lantas perkenankan dengan mengurniakan 1000 mahkota kepada setiap pengamal puasa di bulan Ramadhan. Di samping itu ada tambahan lain iaitu setiap orang diberikan syafaat untuk membebaskan 70,000 orang yang berdosa besar. Kemudian dikahwinkan setiap orang dengan 1000 bidadari yang rupawan. Setiap bidadari itu dilayan oleh 70000 dayang-dayang. Untuk kelengkapan menerawang di syurga mereka diberikan kenaikan BOR...

KEWAJIPAN ISTERI TERHADAP SUAMI

Imej
Dalam soal ini telah banyak diceritakan oleh Hadis Nabi SAW. Antara lain baginda bersabda, “Setiap perempuan yang mati dimana suaminya rela kepadanya, pasti dia masuk syurga.” Seorang lelaki keluar hendak pergi dan berjanji kepada isterinya agar jangan turun dari rumahnya di bahagian atas ke bawah. Padahal ayah si isteri sedang sakit di bawah. Si isteri menyampaikan utusan kepada Rasulullah SAW mohon izin menziarahiayahnya. Rasulullah SAW BERKATA, “Taatilah suamimu!” Sehingga ayahnya meninggal. Maka dia menyampaikan utusannya lagi kepada Rasulullah SAW mohon izin turun menziarahi ayahnya. Rasulullah SAW mengatakan, “Taatilah suamimu.” Kemudian ayahnya meninggal dan Nabi menyampaikan utusannya kepada perempuan itu serta mengkhabarkan kepadanya bahawa ayahnya telah mendapat ampunan dari Allah SWT sebab ketaatannya kepada suaminya. Juga Rasulullah SAW bersabda: “Manakala seorang perempuan telah solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga farajnya dan mentaati su...

Cuba Teka....???????

Imej
Apa dia..... , 1) menelan kita hidup ditelan kita mati ........ 2) lebih berguna setelah pecah... 3) Minah ketawa terjerit-jerit Melihat koyak pada seluar Orang putih duduk sederet Pagar didalam tebing diluar? hehe..apa dia ?????? Haa...!!!!!! Jawab jangan tak jawab.....sediakan alasannya sekali ye..... ....**********...

..: Dialog antara ALLAH swt dan Iblis Laknatullah :..

Imej
Salah seorang sahabat, Ansa bin Malik r.a. berkata: “Iblis laknat telah bertanya kepada Allah s.w.t. antaranya ialah:- Kata Iblis kepada Allah s.w.t.: “Ya Tuhanku, Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat kediaman yakni rumah untuk berzikir kepadaMu. Tunjukkanlah kepadaku tempat kediamanku.” Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Wahai Iblis tempat kediamanmu ialah di dalam bilik air (tandas).” Tandas adalah tempat kediaman iblis. Gambar ini sekadar penyeri catatan Iblis berkata: “Ya Tuhanku, Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat mereka berkumpul (mesjid, surau). Di manakah tempat bagiku berkumpul?”

SYUKRAN FOLLOWER2 UMMUAINRIES ~ ..:FOLLOWER ke 100:....

Imej
Assalamualaikum... Entri ini saya coretkan Sempena blog saya yang telah mencecah FOLLOWER yang ke 100.. . (Sebenarnya 'baru' 100 je).. Tak kisahlah, Bukan ramai atau tidak follower itu yang kita banggakan cuma mengharap apa yang kita ingin kongsikan tercapai maksudnya dan sahabat sudi membaca walau tidak menjadi follower sekalipun..Ingat tentang catatan saya berkaitan UJUB ZAMAN MODEN ...Semoga kita dikeluarkan dari golongan ini.. Terima kasih kepada semua FOLLOWER yang sudi ber ukwah . .. Yang selalu terjah ke sini pun apa kurangnya..Terima kasih tak terhingga...Kalau boleh ingin saya war2 kan di sini , antara yang saya sedar kehadirannya ...... ALQASSAM , Sue@Syuhada , dan Akhi Huzaifah yang jauh nun di Timur Tengah...dan ada lagi beberapa org yang lain..Yang saya tidak nyatakan di sini jangan berkecil hati ye...Yang sudi memberi komentar juga, ImaHanim Zakaria , cik ah atau sesapa saje...SYUKRAAAAN Jazillah... Kepada Saudari Shida 'R anda FOLLOWER yang k...

Balasan...MELEWATKAN Waktu Solat

Imej
ASSALAMUALAIKUM.., Apa khabar reader semua....., akhi2, ukhti2, saudara2, saudari2... Entah kenapa saya begitu rajin dan ringan tangan pula malam ni meninjau-ninjau ke blog follower dan yg bukan follower ...Sewaktu asyik 'berblog walking' , secara tak sengaja saya terjumpa satu entri yang agak menarik minat saya...Lalu ingin saya berkongsi rasa dan cerita dengan reader semua...Kisah yang boleh kita jadikan teladan dan saya percaya kebanyakan kita memang selalu melakukan perkara ini kerana kita memang kaya dengan sifat suka bertangguh...Dan kisah ini saya khususkan untuk diri saya sendiri terutamanya... MARI KITA BACA SAMA-SAMA hingga ke nokhtah terakhir...

Mohammed Buoazizi :- Pencetus Revolusi Tunisia

Imej
Ikon revolusi dunia Arab, seorang peniaga gerai buah yang miskin, berusia 26 tahun. Membakar dirinya di depan pejabat Gabenor di Sidi Bouzid, Tunisia untuk menzahirkan protes ketidakadilan peguasa di tempatnya. Gerai buahnya dan alat penimbang dirampas penguasa wanita dari Majlis Bandaran yang telah memalukan beliau dengan menampar di khalayak ramai. Mohammed dibelasah dan barang jualannya dirampas. Mati pada 4 Jan 2011. Seluruh Tunisia marah dan bangun memberontak atas kemiskinan rakyat seperti Muhammed Buoazizi dan berjaya menghalau Presiden Zein Al Abidin, yang membiarkan rakyat miskin selama 23 tahun. "Buoazizi Effects" merebak ke Mesir, Yemen dan Jordan. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa Buoazizi. Ameen.

Kisah Nelayan Mukmin Dan Nelayan Kafir

Imej
Pada zaman dulu, ada dua orang nelayan, seorang mukmin dan seorang lagi kafir. Pada suatu hari kedua-duanya turun ke laut untuk menangkap ikan. Semasa menebar jala, nelayan kafir menyebut nama tuhan berhalanya. Hasil tangkapannya amat banyak. Berlainan pula dengan nelayan mukmin. Apabila menebar jalanya, si-mukmin itu menyebut nama Allah. Hasilnya tidak ada seekor pun ikan yang tersangkut pada jaringnya. Hingga ke lewat senja, nelayan mukmin tidak berjaya mendapat sebarang ikan manakala si-kafir itu kembali dengan membawa ikan yang sangat banyak. Meskipun pulang dengan tangan kosong, namun nelayan mukmin itu tetap bersabar serta redha dengan apa yang Allah takdirkan. Si-kafir yang membawa berbakul-bakul ikan pulang dengan rasa bangga dan bongkak. Malaikat yang melihat keadaan nelayan mukmin ini berasa simpati lalu mengadu kepada Allah. Allah memperlihatkan kepada malaikat tempat yang disediakan olehNya untuk nelayan mukmin itu; iaitu sebuah syurga. Berkata malaikat “Demi Allah, sesungg...

Surat Saidina Umar Ibnu Khattab Kepada Sungai Nil.

Imej
Assalamuaialikum...,Sahabat2.. Kisah kali ini adalah kisah berkaitan Saidina Umar dengan Sungai Nil di Mesir.Mari kita ikuti sama-sama bagaimana Saidina Umar telah menulis surat kepada Sungai Nil ... Sewaktu negeri Mesir ditakluki oleh tentera Islam, khalifah Umar r.a. telah melantik Amru bin Al-As sebagai Gabenor di wilayah tersebut, satu peristiwa ganjil telah berlaku semasa pemerintahannya. Air Sungai Nil dikatakan akan berhenti mengalir dan penduduk Mesir bercadang hendak melakukan satu upacara Jahiliah iaitu dengan mengorbankan seorang gadis ke dalam sungai itu. Amru bin Al-As sudah tentu berkeras tidak mahu melakukannya. Apabila air Sungai Nil mulai kering, penduduknya merasa cemas. Sebahagian dari mereka terpaksa berpindah ke kawasan lain. Keadaan ini memaksa Amru Al-As memulis surat kepada Khalifah Umar r.a. untuk meminta pandangannya. Saiyidina Umar pun mengirimkan jawapannya kepada Amru. Surat itu bukanlah ditujukan kepadanya, tetapi kepada Sungai Nil. Sebelum menc...

Nabi Idris a.s. Menikam Mata Iblis

Imej
Assalamualaikum..., Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa pada suatu hari sedang Nabi Idris a.s. duduk menjahit bajunya, maka dengan tiba-tiba berdiri di hadapan pintu rumah Nabi Idris seorang lelaki yang tidak dikenali dan ditangannya terdapat sebiji telur. Lalu ia berkata: “Wahai Nabi Idris! Bolehkah Tuhan kamu memasukkan dunia ini ke dalam telur yang sedang aku pegang?” Apabila Nabi Idris mendengar kata-kata lelaki itu, tahulah ia bahawa yang berbicara dengannya itu adalah iblis. Lalu Nabi Idris berkata kepadanya: “Datanglah dekat aku dan tanyalah apa yang hendak kamu ketahui.” Setelah iblis menghampirinya maka Nabi Idris pun berkata: “Tuhanku boleh memasukkan dunia ini ke dalam apa saja, jangankan dalam telur yang kamu pengang itu, bahkan ia dapat memasukkan dunia ini ke dalam lubang jarum yang aku pegang.” Setelah menjawab soalan yang dikemukakan oleh iblis itu, Nabi Idris dengan pantas mencucuk mata iblis dengan jarum yang ada di tangannya. Alangkah terperanjatnya ibl...

Air Mata Taubat Nabi Adam a.s

Imej
Tahukah saudara saudari......., Semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt. Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip.Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, “Sedap sungguh air ini.” Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, “Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu.”

Mudahkan Yang Payah....

Imej
Seorang lelaki mengadu kepada seorang doktor pakar mengenai masalahnya tidak boleh tidur malam. Pelbagai cara telah diusahakan, tetapi masalah tetap tidak dapat diatasi. "Apa yang mengganggu fikiran kamu hingga tidak dapat tidur?" tanya doktor "Saya rasa ada seekor dinosaur bersembunyi di bawah katil saya.Dan apabila saya memejamkan mata, dinasour itu akan membaham saya!" "Masalah awak hanya ada pada pemikiran awak.Tidak ada dinosaur, percayalah." "Ada!" jawabnya penuh yakin.

Dr Lo' Lo Dalam Kenangan : Hilangnya Sebutir MUTIARA..

Imej
Jenazah ahli parlimen PAS Titiwangsa, Allahyarhamah Dr Lo Lo' Mohd Ghazali selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Datuk Keramat di ibu negara kira-kira jam 11.10 pagi ini. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memimpin solat jenazah bersama-sama ribuan jemaah di Masjid al-Akram, Datuk Keramat. Turut hadir memberikan penghormatan terakhir, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, ahli parlimen Pakatan Rakyat dan juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Shahrizat Jalil. Hadir sama naib presiden PAS Salahuddin Ayub, Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR) dan Ketua Dewan Muslimat Siti Zailah Yusof. Dr Lo' Lo' meninggal dunia pada jam 10.13 malam semalam di hospital Selayang di Kuala Lumpur. Allahyarhamah berusia 54 tahun. Berita kematian allahyarhamah dimaklumkan dalam laman Facebook dan Twitternya atas nama keluarga. Beliau dalam keadaan kritikal akibat penyakit barah paru-paru sejak akhir...

Nisfu Syaaban

Imej
Assalamuailaikum... Bulan Syaaban telah sampai dipertengahannya...Dimana pada 15 Syaaban ia dikenali dengan Nisfu Syaaban..Banyak kekeliruan yang timbul berkaitan dengan Nisfu Syaaban di kalangan orang-orang Islam Melayu. Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud : “Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Rasulullah s.a.w menjawab, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama). Tergerak hati ini untuk mengetahui dengan lebih detail tentang Nisfu Syaaban..Dalam usaha mencari maklumat berkaitannya saya terjumpa soal jawab tentang Nisfu Syaaban di satu laman .Saya bawakan soal- jawab itu ke sini untuk kita teliti dan kongsikan bersama..Mudah-mudahan ia dapat menambahkan lagi ilmu dan pemahaman kita berhubung dengan Nisfu Syaaban.. Soal Jawab Tentang Nisfu Syaaban Soalan : Apakah hukum atau dari manakah asalnya amalan membaca yaasin 3 ka...

"Eh, Kamu nak jadi ustazah ke?"

Imej
Gambar sekadar hiasan..tiada kena mengena dengan cerita di bawah ini.. Hari itu adalah hari penyerahan kad laporan peperiksaan. Seperti biasa ibu bapa sibuk bertemu dengan guru-guru kelas dan guru-guru yang mengajar untuk mengetahui prestasi anak-anak mereka. Tiba-tiba datang rakan saya Ustazah Sal mengadu. "Macam-macam perangai la parents ni!" rungut Sal "Kenapa Sal?" Tanya saya "Tu, ada mak pelajar saya tadi, anak dia dapat 96% untuk subjek Pendidikan Islam, dia bukannya bersyukur, tapi kata pulak kat anak dia.."

Koleksi Video 'Kemesraan' Polis Malaysia : Wajah Sebenar Polis Kita..

Imej
Gambar sekadar hiasan...Tiada kena mengena dengan yang masih berkhidmat atau yang telah pencen . Antara himpunan video yang memaparkan 'wajah' sebenar sebahagian polis-polis Malaysia...Buat pembaca yang berada dalam satu perjuangan , satu aliran boleh lah menonton aksi-aksi dan kehebatan Penguasa Undang2 Malaysia yang sangat2 berhemah ini.. Kepada yang bukan sealiran mungkin anda tak perlu melihat dan menontonnya kerana ia mungkin tidak mendatangkan apa2 pada anda kecuali membangkitkan rasa marah dan sakit hati....hmmmm... dan tak perlu juga kata apa2... Lagi di bawah...

Sembah Bangunan Kotak Hitam

Imej
Kafir : ‎Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu? Muslim: Oh.. itu Ka'abah atau nama lainnya Baitullah Kafir : Baitullah tu apa?

Peludah Warna

Imej
Kuasa gusar kini menggelegak murka; warna kuning diisytihar racun terbisa. Diragutnya baju-T segeram tenaga dan diumum itulah busana bahaya. Tapi, kita jahit semula perca kain, menjadikannya panji terindah dan tulen. Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu kita kembalikan damai ke dalam qalbu. Kini cahaya mentari mungkin diramas dan sinar kuning nya juga mungkin dicantas. Memanglah mereka kini peludah warna sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya. Kerana nikmat amat lama berkuasa, kuasa pun seolah menjadi hartanya. A.Samad Said

Isteri Solehah

Imej
Isteri cerdik yang solehah Penyejuk mata penawar hati Penajam fikiran Di rumah dia isteri Di jalanan dia kawan Di waktu kita buntu Dia penunjuk jalan Pandangan kita diperteguhkan Menjadikan kita tetap pendirian Ilmu yang diberikan dapat disimpan Kita lupa dia mengingatkan Nasihat kita dijadikan pakaian Silap kita dia betulkan Penghibur diwaktu kesunyian Terasa ramai bila bersamanya Dia umpama tongkat si buta bila tiada kita kehilangan Dia ibarat simpanan ilmu sentiasa kekal untuk diwariskan Di dedikasikan untuk sahabat blog , Syuhada @ Areda Juga buat isteri-isteri solehah di luar sana.. Selamat menghayati bait2 lagu ini.

Tak ramai, ada la dua tiga orang... kahkahkah...

Imej
Malas nak cakap banyak....cerita selanjutnya... Sila klik http://shalehudin.blogspot.com/2011/07/tak-ramai-ada-la-dua-tiga-orang.html Buatlah penilaian sendiri bagi yang mahu berfikir...

Musibah Latihan Sukan

Imej
KUANTAN – Seorang murid Tahun Dua di Sekolah Kebangsaan Sungai Ular di sini tenat setelah disengat lebih 10 tebuan ketika menjalani latihan sukan 20 Jun lalu. Mohamad Al-Amin Ibrahim, 8, kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan setelah paru-parunya dikatakan gagal berfungsi kerana jangkitan kuman.

Menanti Di Alam Barzah

Imej
Ku Merintih, Aku Menangis, Ku Meratap, Aku Mengharap, Ku Meminta Dihidupkan Semula, Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata, Perjalanan Rohku, Melengkapi Sebuah Kembara, Singgah Di Rahim Bonda, Sebelum Menjejak Ke Dunia, Menanti Di Barzakh, Sebelum Berangkat Ke Mahsyar, Diperhitung Amalan, Penentu Syurga Atau Sebaliknya, Tanah Yang Basah Berwarna Merah, Semerah Mawar Dan Jugak Rindu, 7 Langkah Pun Baru Berlalu, Seusai Talkin Penanda Syahdu, Tenang Dan Damai Di Pusaraku, Nisan Batu Menjadi Tugu, Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku, Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian, Seakan Ku Dengari, Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan, Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan Tetapi Ia Sebenar Kejadian Kembali Oh Kembali, Kembalilah Kedalam Diri, Sendirian Sendiri, Sendiri Bertemankan Sepi, Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku, Terbujur Dan Kaku, Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu, Ajal Yang Datang Dibuka Pintu , Tiada Siapa Yang Memberi Tahu, Tiada Siapa Pun Dapat Hindari, Tiada Siapa...

Doa Keluar dan Masuk Rumah

Imej
Doa Keluar Rumah Maksudnya : " Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada Allah. Dan tiada daya upaya melainkan dengan kehendak Allah. " Adab Keluar Rumah ...