Imbas Kenangan di MiNa


~JEDDAH 1 Nov -- Seramai 310 jemaah haji Malaysia menjadi kumpulan pertama berangkat pulang ke tanah air ...~

Alhamdulillah... Hari ni dah masuk 4 November pun....Selamat kembali ke Tanah air buat jamaah2 haji..semoga mabrur hajinya..Lepas ini setiap saat kenangan yang ditinggalkan di sana pastinya membuahkan rasa rindu ..

Kenangan saya bersama zauj tersayang sewaktu di Bumi Mina beserta rakan2 jemaah dari As-Har Travel..

Berjalan sejauh 3 kilometer dari khemah untuk melontar ke Jamrat..

 
Berjalan dalam kumpulan yang ramai , perjalanan sejauh 3 kilometer tak terasa...sambil menuju ke tempat melontar jemaah bertakbir raya bersama2...syahdukan..!

Melalui terowong Muassem....Terowong ini telah melakar peristiwa sedih ~ satu tragedi yang melibatkan kehilangan nyawa para jemaah haji yang jatuh dan mati terpijak suatu ketika dahulu....Tetapi sekarang telah dibina satu lagi terowang dan laluan terowong telah dibuat satu hala untuk keselamatan..

Pemandangan Terowong Muassem yang telah dibina laluan satu hala pergi ke tempat melontar dan satu hala laluan balik ke khemah..

Sewaktu di Jamratul Aqobah...

Selesai melontar berjalan  pulang ke khemah..lagi sekali perjalanan sejauh 3 kilometer..

Bumi Mina  yang  kosong ditinggalkan oleh jemaah haji setelah selesai ibadah melontar di ketiga-tiga Jamrat...Setelah selesai ibadah melontar jemaah akan kembali masuk ke Kota Makkah untuk melakukan tawaf haji bagi menyempurnakan ibadat haji.... Mina akan lenggang..

Begitu juga Arafah ..Kembali sepi......

Tapi saya cukup kagum dengan lelaki ini, Senad Hadzic berusia 47 tahun ..Terharu membaca kisahnya yang sanggup berjalan kaki sejauh 5,700km Untuk Tunaikan Haji.. selama 314 hari merentasi Bosnia, Serbia, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan untuk ke Makkah dengan membawa beg sandang seberat 20 kilogram... Berusaha menerima jemputan AGUNG dengan caranya yang tersendiri..Merentasi 7 negara..dan menempoh bumi  Syria yang bergolak, tapi ALLAH yang Maha Penyayang tetap melindungi perjalanannya... Berbahagialah saudara kita ini..Moga setiap langkah kakinya untuk Menerima undangan Rabbul Izzati akan diberi ganjaran yang hebat di sana nanti..Semoga Mabrur hajinya..


p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Ulasan

Chic Na berkata…
bestnya akak dah sampai ke sana. teringin sgt nk pegi. :)
Kakcik Seroja berkata…
Selmat kembali haji dan hajah, semoga membawa kembali haji yang mabrur.
Aisy Nasiha berkata…
tak tahu nak komen apa.. saya baca lagi buat kali ketiga.. cuma berharap Allah dengar permintaan saya utk terpilih mengerjakan haji semasa diri masih sihat... Syukur dan alhamdulillah kpd semua yng dh sampai ke sana sebagai haji dan hajah.. semoga amalan setelah balik ni digandakan dan jadi lebih baik deripada sebelumnya.
Mommy_ima berkata…
harap tercapai juga nak pergi sana..nak hantar mak abah pun belum tercapai.. masih berdoa dan mengharap.. :)
Unknown berkata…
mudah2an Allah beri peluang tu pula pada keluarga dan saya :)
Tie HT berkata…
as salam

alhamdulillah akak selamat dah mengerjakan ibadat haji..jejakkan kaki ke sana..dapat jemputan halus dari Illahi..saya pun teringin nak ke sana beribadah..doakan saya kak..isnya Allah :)
are_lin@yu berkata…
tergin nk kna sana..huhuhu
unsecretostory berkata…
Ya ALLAH best nya dah pernah sampai sana . Alhamdulillah :)
mama aryan berkata…
taktau nak cakap apa kak..saya berdoa moga saya juga berpeluang ke sana satu hari nanti insyaAllah..seronok baca cerita2 akak semasa berada disana
precious moment berkata…
Bila baca kisah Senad Hadzic tu,betapa kuatnya semangat dia untuk ke rumah Allah. Ya Allah..semoga suatu hari nti sy juga akan menjadi tetamu di rumahMU..Amin :)
kalau ada rezeki lebih makkah adalah tempat pertama nurul nak g..insyaallah..bila tgk gambar kabbah rasa sebak kak=(
Jahirah berkata…
doakan saya murah rezeki utk ke sana...:)
314 hari...satu tempoh yang lama tu,nekadnya dia untuk menjadi tetamu Allah..
Ira berkata…
seronok nye baca cerita akak. semoga kami juga berpeluang ke sana satu hari nanti.
hebat sungguh lelaki itu.. :)
QasehnyaRania berkata…
akak dah sampai,,bila pula turn satya..insyaALLAH..
kagum dngan semngat beliau ;)

ye ke jelesnya saya ;)
blom penah jumpa live lg
sal ya berkata…
seronoknya dapat pergi sana kan?
aizu's life berkata…
akak dh jejak kaki kat sana ye. sronoknya.. kenangan terindahkan.. ntah bile la org nk ke sane..semoga ALLAH permudahkan. Aminnn...
*rs nk g sane smakin membuak2 since tgk ADAM & HAWA :)
Tanpa Nama berkata…
alhamdullilah seronok lah sebab dah berkesempatan ke sana ye !
Bestnya akak dh sampai sana....bila la pulak turn wani kan...Insyaallah nk kesana juga sampai masanya nanti
kalau dah ada panggilan dari Allah untuk jadik tetamuNya, Allah akan mudahkan segala-galanya :)
Unknown berkata…
akak tolong doakan sy dpt pegi sana dgn family sy pula ye :)

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...