Biar Gambar Berbicara [1]..Gaza Kembali BERGEGAR..

ALLAH...ALLAH...ALLAH.....
Mohon Doa Kawan2...PALESTIN Diserang Lagi.....
Kita Hanya Mampu Berdoa Kawan2...Ingat Doa itu Senjata Mukmin...Titipkan secsbis doa dalam setiap solat kita untuk saudara2 di Gaza ye...Ajar anak2 kecil kita untuk berdoa buat saudara2 kecil mereka juga..

Sebahagian kawasan di Semenanjung Gaza sedang di gempur.
Terbelah dada anak kecil ini terkena bom..As-syahid, seorang kanak-kanak kecil berusia 11 bulan. الطفل الشهيد احمد المشهراوي "11 شهراً"
Apa perasaan anda..?

Salah seorang kanak-kanak kecil yang menjadi mangsa pengeboman serangan zionis di Semenanjung Gaza.
 As-Syahid Muhammad Al-Hums, salah seorang pengiring As-Syahid Ahmad Ja'bari yang turut menjadi mangsa pengeboman zionis.
As-Syahid Ahmad Ja'bari atau gelarannya Abu Muhammad.
'Semoga beroleh syahid untuknya'
 Inilah wajah As-syahid Ahmad Ja'bari, Naib Komander Tertinggi KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM.

Pilu hati melihat sehelai tshirt yang terpalit dengan darah. Pada waktu kejadian, Ahmad Younis Abu Daqqa berusia 13 tahun bermain bola sepak dekat dengan rumahnya.

Tshirt yang tertera Real Madrid adalah impiannya, setiap hari disarung dan setiap kali juga, dia sentiasa mahu tahu sejarah Real Madrid.

Namun, musuh yang akal dan jiwanya tersarat dengan keganasan tidak mengenal siapa mangsa. Semasa bermain bola sepak, Ahmad tidak menggalas senjata,  deruan enjin helikopter zionis begitu riak tanpa apa-apa kewajaran, dimuntahkan tembakan hasil akal yang jahat..lalu bedilan tersebut merentap nyawa Ahmad.

Dia telah menemui syahid.
Rumah keluarganya telah sunyi dari suaranya dan Real Madrid juga telah kehilangan seorang peminat kecil.
Semoga as-syahid dicucuri rohnya dan menanti ibu-bapanya di pintu syurga.
~SUMBER~
p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Ulasan

CHE ROSSLI berkata…
Rocket ALQASSAM mampu sampai ke tel Aviv.Hancur Israel
Unknown berkata…
allahuakbar..
semogs mereka yg terkorban mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah,,aminn
Chic Na berkata…
tak sanggup nk tgk. hanya mampu berdoa je.
Unknown berkata…
Allahuakbar!
kita doakan utk mereka di sana.
Si Matatajam berkata…
Ya Allah lindungilah umat Islam disana..
Cik Ai berkata…
Allahuakbar..
x sanggup nk tengok..kesian sgt kat ank2 yg x berdosa tu.hanya mampun berdoa sj pd Allah..
@LeenShamsh berkata…
doa dan usahe memboikot! boikot!!
mama aryan berkata…
tak sanggup nak tengok kak..hanya mampu berdoa,
ozil juga seorg Islam.. InsyaAllah pertolongan Allah akan sampai & diharap usaha kite yg kecil walaupun dakwah di blog Allah terima..moga ini semua jd saksi di akhirat kelak.....
Tanpa Nama berkata…
x mampu nk lihat gambar2 ni,. sgt2 sebab, moga ada jalan penyelesaian buat mereka terutamanyer anak2 kecil yg x berdosa !
ya allah ko turunkanlah bala pada israel yang jahanam tuh..selanmatkan umat umat islam di sana..bersyukur kita di malaysia..
RIZZNA berkata…
Allahuakhbar! Tk mampu melihat, hanya doa sj dpt d kirimkn

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...