Tiang Lampu 0h Tiang Lampu...!


"Tu mak itamnya tak dengo lagi cerita pasai tiang lampu..."sampuk abang de waktu kami rancak berborak di depan meja makan ketika bersarapan..
"ngape...??? ada apa ngn tiang lampu" cuba menyungkil rahsia..

Begini kisahnya....

Menurut kata Hanis anak buah saya, beberapa kali ketika mereka hendak ke Kg Teroh pada waktu malam mereka akan melalui Kg Mangin.. Di Kg Mangin mereka akan menempuh pula rumah waris kami , Sahak... Setiap kali melewati rumah Sahak, ada sebatang tiang lampu jalan di hujung jalan rumah berkenaan...Cahaya lampu jalan tersebut melimpah hingga ke laman rumah Sahak...menerangi jalan dan halaman rumah... Beberapa kali juga mereka lalu di kawasan tersebut begitulah keadaannya...Pernah sekali satu malam , sewaktu melewati tiang lampu jalan tersebut, kelihatan banyak kelkatu berterbangan menandakan hari ingin hujan..

Suatu malam...
Abang De, De, Hanis dan Wani ke rumah Sahak... Tujuannya ingin menolong dan membantu apa yang patut..Sebab keesokan harinya di rumah Sahak akan berlansung majlis pertunangan anak perempuannya... Sewaktu sibuk membuat kerja Hanis tiba2 bertanya pada salah seorang anak Sahak...Apa masalah lampu jalan malam tersebut..Biasa terang benderang tapi malam tu gelap gelita...Mendengar pertanyaan Hanis, anak tuan rumah bertanyakan lampu jalan mana yang sedang diperkatakan..Hanis menerangkan lampu jalan sekian yang ada di tempat sekian... Mereka berpandangan...

"Kat situ mana ada lampu jalan Kak Long"
"ada"
"Takde Kak Long"
"laaa....ada..Kita orang dah 3,4 kali lalu memalam kat sini...memang sokmo nampak ada lampu jalan kat situ.."

Seketika antara tuan rumah dan keluarga De saling menegakkan apa yang mereka nampak...
Akhirnya teka-teki terjawab bila anak beranak De turun ke tanah......
Ye memang benar lampu jalan yang beberapa kali mereka sekelurga nampak tempoh hari memang tiada... Jangan kata lampu bayang tiangnya pun takde ...Kawasan yang mereka selalu nampak cerah malam tu dah gelap gelita...

Sejak hari tu, bila mereka dah tahu kisah sebenar, tiang lampu tersebut dah tak pernah muncul..kawasan tersebut gelap bila malam...Tak pernah cerah lagi , seperti beberapa kali yang mereka lihat sebelum ni..

Masing2 tertanya2..apa yang mereka nampak sebenarnya sebelum ni...Bukan Hanis sahaja yang dapat melihat tiang lampu jalan tersebut malah satu kereta tu akan dapat melihat tatkala beberapa kali lalu di situ pada waktu malam...

Hingga hari ini ianya masih menjadi misteri...

Kisah ni saya dapat sewaktu singgah bermalam di rumah De selepas pulang dari menziarahi Kak Lang di Hospital Kuala Lumpur...Kisah ini dialami sendiri oleh De (kakak saya) sekeluarga..Untuk makluman kampung saya di Karak...
Apa pun segala yang terjadi adalah dengan izin Allah belaka... Kekadang tak terjangkau dek fikiran kita...Kadang2 tak terungkai dek akal kita..Kerana ada sebahagianya menjadi rahsiaNya..Wallahualam..

KembaraHati : Terima kasih pada yang sudi mendoakan Kak lang saya yang sangat baik ni ye..Beliau masih lagi di HKL...sedang bertarung dengan  cancer....semoga Alang saya dan anak2 tabah berhadapan dengan ujian dan dugaan ini...

p/s: Jika banyak kekurangan yang kelihatan pada diri saya, Memang benar....Itulah saya...Andai ada masanya saya MENULIS sesuatu yang tidak mengikut acuan Islam, TEGURLAH saya.. NASIHATKAN LAH SAYA dengan HIKMAH, moga saya SEDAR akan kekurangan itu supaya IMAN ini tidak semakin NIPIS ... Kamu adalah saudara Saya (seagama) dan pada kamu saya meminta teguran yang IKHLAS itu.

Ulasan

RuMaH TuA berkata…
Segala-gala yg berlaku pasti dengan keizinanNya.

(^__^)y

Moga Allah kasih.
Chic Na berkata…
misteri ni kak. huhu..
Unknown berkata…
misteri tu...tertiba takde.......
mama aryan berkata…
jgn biarkan hidup anda diselubungi...misteri..hehe
setiap kejadian hanya Allah yg tahukan,walapon terasa agak seram disitu...
Fiza Rahman berkata…
Memang misteri.

Semoga kak lang di beri kekuatan dan semangat yg tinggi untuk melawan penyakit.
Ira berkata…
semoga Allah memberikan yg terbaik utk kak lang akak.

Misteri jgk ye. Bila da tau kisah sebenar, seram kan..kalau x tau, mesti xde benda..
aizu's life berkata…
selangkah ke alam misteri.. heheh.
hmm.. karak.. dh sinonim sgt dgn benda2 tu :)
Si Matatajam berkata…
Fuhh misteri sungguh >_<
Jahirah berkata…
misteri yg tak terungkai....kadang2 di luar logik akal.tp segalanya mungkinkan kak...
saya ketinggalan ye...erm apapun saya doakan moga kak lang sembuh dgn izinNya...
TiranaAduka berkata…
jadi tanda tanya, ???
jaakechik berkata…
KARAK? alamak... seriau jer rasa huhu... btw, hope c'jai selamat tetiap kali lalu jln tu yer... :)
misteri ni kak..

mudah-mudahan kak lang kuat & tabah! :)
boni kacak berkata…
mak aih... sangat2 menyeramkan.... walaupun ia hanya sebatang lampu, tapi sangat2 menakutkan..
tetiba takder...misteri tu kak..ngeeeee
tetiba takder...misteri tu kak..ngeeeee
syiela berkata…
agak misteri ni...moga selamat tiap kali lau jln tu ye
@LeenShamsh berkata…
karak mmg misteri c'jai..takut je mak pesan kjgn jln malam kt highway takut kete rosak..siang mmeg cntik kate mak

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...