Cara Tidur Terbaik..



Diriwayatkan daripada Barra2 bin ‘Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
Maksudnya: “Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu.
 (Hr Bukhari dan Muslim)

Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan. 
Adapun tidur dengan cara yang lain adalah seperti berikut:-
Tidur dengan meniarap

Dr Zafir al-Attar berkata:
“Seseorang yang tidur meniarap diatas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak. “

Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri.

Majalah ‘Times’ telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap.
Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:

Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)
Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:
 
قم واقعد فإنها نومة جهنمية
Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)

Tidur menelentang

Dr Zafir al-Attar berkata:
Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngya rahang bawah.

Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara.

Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya meneyebabkan radang.

Tidur mengiring ke kiri

Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua.Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.


Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri

Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung diantara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.


Tidur yang terbaik

Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.

Ikut sunnah dapat pahala....

Ulasan

Unknown berkata…
memula nak tido mmg posisi terbaik..tapi bila dah tido..ntah lari terus posisinyer..ish....tq nnt boleh amalkan...
Maria Firdz berkata…
Geram tgk kucing2 tu tido.. hehe.. comei.. ikut cara kucing tido pun ok kan.. ^_^
Unknown berkata…
nice info, mulai hari nih nak tidir ikut posisi yang bettul lah, hihi
Aisy Nasiha berkata…
Ha, samalah dgn sy.. Tahu psal ni mula2 tdo mmg tdo ikut yg disunnahkan, lepas tu tah le...
Chic Na berkata…
payah gak nak ikut. kdg2 kita dah terbiasa tido posisi yg kita suka, so susah nak tukar. tp kena try jgk.
Unknown berkata…
tapi remy memang tido megering....dah terbiasa........he3
Si Matatajam berkata…
M pernah gak baca pasal ni..mmg M praktik tidoq mengiring ke kanan..semoga Allah berikan kesihatan yg baik pada M dan anda semua..
P/s: suka sangat tgk kucing tu gerak2 ekor dia..hi hi..comel..
mama aryan berkata…
mcm saya ni..mmg mula2 mengiring ke kanan lepas tu taktau dah kemana..sebab anak2 sorg kanan sorg kiri..hihi
nk tidur jglah ikut posisi yg betul
aizu's life berkata…
nice info, tq kak :)
ngiring ke kanan mmg ikut sunnah. bile dh sunnah, msti ada sebab-musababnya..
anyway, encik kuceng tu mmg comey. hehe
bila dah tidor tak sedar dah kemana2..confirn terkeluar dr kawasan..semua anak2 pun cnggitu.hehe
TiranaAduka berkata…
ta tidur telentang..kalau mengiring kanan atau kiri nanti krem tangan..hehe
Unknown berkata…
sy mmg tak suka tidur meniarap..susah bernafas n tak selesa... insyaALLAH akan diamalkan selalu tidur mengiring ke kanan.. :)
saya suka tidur mengirng ke kiri & kanan macam kucing kat atas tu. hehe

Catatan popular daripada blog ini

BuKaN SeMua GaMBaR PeRLu KiTe uPLoaD/ LiKe/ SHaRe/ KoMeN ... sama2 kita fikir.

Kenali Kuih Tradisional Kita

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.

Biar Gambar Berbicara [2]..SYRIA..

Merah Bak Delima....Banyaknya Khasiat Dia..

Mana Satu Gaya Tidur Pilihan Awak...